Pages

Tuesday, January 01, 2013

2013 Yang Bakal Merubah Hidup



Salam Tahun Baru,



Lembaran tahun baru yang bakal merubah setiap inci kehidupan kami sekeluarga dengan kehadiran orang baru. Doaku agar dipermudahkan sepanjang mengandung, sepanjang bersalin, sepanjang dalam pantang dan segala urusan sepanjang tahunPintaku juga semoga kehidupan lebih diberkati, di beri kesihatan yang baik, dilimpahkan dengan rezeki serta di beri kebahagiaan berpanjangan. Ameen..

Di kedah hari ini adalah hari pertama persekolahan 2013. Tidak seperti tahun lepas,banyak sungguh drama air mata di tadika. Perasaan kasihan dan kelakar berbagi antara dua melihat ibu bapa menangani anak masing-masing. Kenangan yang cukup manis untuk anak-anak ini kenang bila dewasa nanti. Sungguh aku faham bagaimana perasaan seorang ibu. Anak yang di manja kini sudah besar. Mereka perlu melangkah ke alam yang lebih besar walaupun kurang bersedia.

Alhamdulillah pendaftaran Aiman berjalan lancar. Aiman seperti biasa seorang anak yang baik. Dia sudah biasa dengan sesi persekolahan dan memang tak ada masalah langsung pada hari pertama sekolah. Tahun ini Aiman dah 6 tahun. So kena pulun lebih sikit tak boleh nak main banyak sangat. Tak boleh nak ponteng-ponteng lagi. Aku sebagai ibu pun kena beri lebih perhatian pada pembelajaran Aiman. Semoga diberi kesabaran dan kekuatan yang tinggi dalam mendidik. 

Bercakap pasal orang baru, bila ada baby, seluruh kehidupan akan lebih tertumpu pada baby. Tanggungjawab akan bertambah. Tidur malam pasti terganggu. Pendek kata semuanya akan berubah. Selama ini aku merasakan cukup senang bila Aiman dah besar, pandai berdikari, makan pakai mandi semuanya sendiri. Selepas ini hari-hariku akan jadi lebih kalut. Namun ini semua tiada tolok tandingnya bila diberi peluang untuk merasai keindahan perasaan membesarkan seorang lagi zuriat.  

Semoga aku di beri kuasa hebat untuk menjadi manusia yang lebih hebat dari tahun sebelumnya. 2012 dalam kenangan, Selamat datang 2013...



20 comments:

  1. Tersentuh baca. Mmg senangkan dgn aiman. Mesti mcm adam juga.

    Mmg berubah 360darjah la bila ada baby nnti. Tapi abg aiman dh besar, bleh minta tlg sikit2

    ReplyDelete
  2. selamat tahun bru kak...

    mesti x sabar kn nk timang baby baru..

    ReplyDelete
  3. AMIN, SEMOGA TAHUN INI AKAK SEKELUARGA LEBIH SUKSES

    ReplyDelete
  4. Ameen. Akk pun harap thn 2013 ni dapat menjadi org yg lebih baik.

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru PK. Tentu kehidupan bakal lebih ceria dgn kehadiran ahli baru dlm keluarga. Moga segalanya dipermudahkan buat PK sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. in shaa ALLAH

    jemput baca sini

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/01/perhatian-kepada-ibubapa-atau-sesiapa.html

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru puan kutu.. semoga tahun ini menjadi lebih baik drpd tahun2 sebelumnya..

    amin~~

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah...semoga segalanya di permudahkn....amin..

    Tahniah...-_*

    ReplyDelete
  9. baru dpt baby jugak ye,,,tahniah...dan selamat tahun baru....

    ReplyDelete
  10. Selamat thn baru PK..moga segalanya berjalan lancar n sntiasa dibwh lindungan kasih syg Allah...InsyaAllah.
    Gud luck utk si cubby aiman..selamat kembali ke sk..belajar rajin2 ye..nnti jadi anak yg bijak......

    ReplyDelete
  11. selamat tahun baru...

    insyallah.aiman akan baik saja bila ada baby nanti ;-)

    ReplyDelete
  12. selamat tahun baru jugak ye.

    ReplyDelete
  13. slmt tahun baru kak murni...smoga abg aiman bleh tlg ibu jaga adik nnti ye.. :)

    ReplyDelete
  14. tak sabar tgg org baru yer..mg semuanya ok saja

    ReplyDelete
  15. insyaallah moga dipermudahkan....
    seronoknya tgk kawan² nak dapat baby baru ...

    ReplyDelete
  16. slmt tahun baru, kutu... lebih ceria dgn kehadiran bby baru...

    mmg pd mulanya agak kalut, hanie dah merasa berkali-kali... apa pun, tenangkan diri, fikir positif ;) kalut itu adaklanya indah... haha

    aiman pun dah masuk tadika 6 thn kan.. sama dgn Onie ;)

    ReplyDelete
  17. selamat tahun baru..bestnyer nanti dapat org baru..in shaa Allah..moga semuanya selamat..

    ReplyDelete
  18. saya alhamdulillah sejak dari alisha, mmg tidur mlm xda gangguan.. alhamdulillah, dapat tidur dgn lena.. hihii.. senang jaga dorg walaupun dlm pantang

    ReplyDelete
  19. abg aiman dah besar n nak dpt adik tak lama lagi. moga semuanya akan dipermudahkan utk muni n family ye.

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!