Pages

Monday, December 31, 2012

Pesta Bilis @ Teluk Batik



Entri terakhir percutian di Lumut. Esok dah masuk tahun baru. Ingatkan tak nak up entry dah. Tiba-tiba datang kerajinan luar biasa untuk menaip. 

Di Lumut kami menginap di rumah SIL, kuarters dalam Pangkalan TLDM Lumut.  Malam selepas balik dari Pangkor aku tengok berita mengatakan ada Pesta Bilis di Teluk Batik. Keesokkan hari selepas Asar abah dan en suami ajak ke Teluk Batik. Ikutkan penat aku memang malas nak ikut. Tapi sebab belum pernah jejakkan kaki kesana walaupun dah banyak kali ke Lumut, aku ikut juga. Pantai di sini airnya tidaklah sehebat Pangkor tetapi sentiasa dikunjungi  manusia terutama pada hari minggu dan Kelepasan Am.

Tak sangka begitu ramai manusia di Pantai walaupun pesta sudah habis waktu kami tiba. Kereta tak usah cakap memang beratus-ratus lemon. Kami hanya mengambil angin sebentar di pantai dan pusing di gerai yang menjual baju dan cenderamata. Sekadar dapat rembat 3 ketul FM kami bertolak balik.

Ternyata kunjungan ke Teluk Batik jadi kalut sebab terperangkap dalam jam. Kalau tahu sesak macam tu taubat kami tak p!





As request aku tempek sekeping gambar terselit ibu Aiman yang sedang membuyung bagaikan juara. Setakat ini aku dah naik sebanyak 12kg. Hebat bukan?haha..


* Hari ni buat BSP asyik ulang beberapa kali sekali cucuk. Entah dimana malangnya sadis sungguh jari comel aku ni jadi mangsa.  



11 comments:

  1. woaa..naik 12kg terus...bape bulan dah ko?

    ReplyDelete
  2. bsp..ada kencing manis mmg leceh slll kena ambil darah...mg kandungan sihat yaa

    ReplyDelete
  3. INGAT PESTA IKAN BILIS..HUHUHU.. MASA MENGANDUNG DULU NAIK DEKAT 30 KG.. SB BABY KEMBAU

    ReplyDelete
  4. boleh tahan naik ye. bsp la paling leceh rasanya.

    ReplyDelete
  5. masa pesti bilis tu last day akak kt lumut....xpergi pn...masa p mandi kt teluk batik tu airnya sgt2 kotor....habis baju anak2 trlekat lumut2 yg entah dtg dr mana..mungkin akibat pembinaan jmbatan baru kot.....

    ReplyDelete
  6. hihihi... rembat fm je? ingat pesta bilis, p rembat bilis :)

    btw, 12kg utk berapa bulan? hihihih

    ReplyDelete
  7. Berat berisi takpe. Slmt tahun baru

    ReplyDelete
  8. pandai cover pakai baju hitam.. x nampak perut sgt hihihihihi.. naik ade isi takpe murni ...

    ReplyDelete
  9. fuhh...12kg tu naik berat ye..

    ReplyDelete
  10. kalau terperangkap dlm jam mmg saya tak suka lah... rimas..

    alaaa gambar sambil duduk, xnmpak perut camne..

    ReplyDelete
  11. jelsnyer pn kutu naik berat 12 kilo... sy ni, nak naik sekilo pom payah... hahahha

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!