Seronok mandi sampai pejam2 mata.hiks |
Aiman seorang yang agak penakut. Sejak kecil bila bawak ke taman tema air, mandi laut atau air terjun dia memang tak berapa kamceng dengan air. Kalau tanpa pengawasan, dia tak berani ke tengah. Mula-mula dia akan terjerit-jerit takut. Bila mandi dia akan peluk atau pegang tangan kita.
Entah macam mana Aiman berani ke tengah dan boleh lemas masa dekat Pangkor. Masa tu Aiman mandi dengan Paksu Nizam (suami SIL) sementara semua yang lain masih di darat selepas makan.
En suami kemudiannya interview Aiman tentang tragedi kejadian.
Mula-mula Aiman nak ikut Paksu, Aiman jalan-jalan tiba-tiba kaki Aiman tak sampai dah kat pasir. Nie abah tengok! (sambil tangan memegang baju). Abah tau tak baju ni kan basah. Bila basah dia jadi berat, sebab tu la Aiman tenggelam..(dia salahkan baju pulak)
Lain kali abah beli la speck mata dengan benda yang nafas tu baru la Aiman tak tenggelam..
Bila mak tanya kenapa Aiman tak panggil sapa-sapa masa Aiman lemas?
Macam mana Aiman nak panggil Maktok...Aiman ni sudah tenggelam!
Selama beberapa hari masing-masing asyik bercakap pasal tragedi Aiman Lemas di Pangkor
Abah cakap pasal tenggelam, Acu cakap pasal tenggelam,Wan cakap pasal tenggelam, Maktok cakap pasal tenggelam, Paksu cakap pasal tenggelam..Semua orang cakap pasal tenggelam.Pening la kepala Aiman nie!
* Dalam keadaan berhati-hati pun boleh jadi kejadian tak diingini. Mujur Aiman tak apa-apa.
nasib baik aiman tak pape... hadoilah.. aiman.. aiman..
ReplyDeletetenggelam..mmg trauma..tuu
ReplyDeleteAiman oh aiman,syukur aiman tak apa2..
ReplyDeleteAstaghfirullahal'azim... Aiman terhenti sekejap nafas auntie baca N3 mama ini.
ReplyDeleteSujud syukurlah PK atas apa yg terjadi mujur Aiman masih selamat. Syukurlah...
Ya allah, nasib baik tak jadi apa2. Fuhhhh
ReplyDeletesalam kak ;)
ReplyDeletesib baik tak ada apa2..riso je
syukur xapa2......lain kali kena lebih hati2....
ReplyDeletebenda nak berlaku kak..mujur aiman selamat..=)
ReplyDeletetp lawak plak baca sesi temuramah tuu..=P
mujur selamat...patut bg aiman mandi dalam bilik air jerr =)
ReplyDeletemasyaAllah.. syukurr Aiman tak apa2...
ReplyDeletehanie pun fobia air! tp baru2 ni mndi gak laut, tahap boleh cecah kaki je la...
betul tu. kita rasa dah slmt tp rupanya malang tu ttp tak berbau kan?!
ReplyDeletenasib baik tak ape2 ye aiman..
ReplyDeleteYa Allah... nasib baik tak apa2... tapi yg lawak tu, pandai plak dia menjawab bile di interview yer.. hihi
ReplyDeletedah besardah anak bujang pn kutu eh? kn biasakan dia p main air ni.. bg hilang sikit takutnyer...
ReplyDelete