Gigi aku memang tidak mendapat penjagaan yang baik sejak kecil sebab tu gigi aku berterabur.haha. Disebabkan ini, aku tanamkan azam supaya Aiman dan bakal-bakal adiknya nanti (hehe macam banyak je, Insyaallah) mendapat didikan tentang penjagaan kebersihan gigi. Tidak lama dulu aku pernah berkongsi Tips Penjagaan Gigi Bayi dan Kanak-Kanak, hari ni nak berkongsi cara aku mendidik Aiman pula.
Gambar lama : Lihat gigi Aiman! |
Ketika bayi iaitu dari mula Aiman tumbuh gigi aku cuma bersihkan gigi Aiman dengan tuala atau lampin basah. Ini cara yang paling mudah dan tak keluar modal sebab aku tak pernah beli berus khas untuk bayi atau finger toothbrush. Sejak bayi juga Aiman memang suka minum air masak, so setiap kali lepas menyusu aku mesti sumbat mulut Aiman dengan botol air masak. Lagi satu cara kejam ialah boikot air manis untuk Aiman.haha. Tak adalah haramkan terus, cuma memang jarang Aiman dapat merasa air manis sebab ibunya pun tak suka. Air batu pun sama.
Bila dah pandai memberus, aku belikan ubat gigi yang berperisa walaupun tidak digalakkan kerana anak akan telan dan ini menyebabkan toksid dalam badan. Oh ye ada juga kawan opis aku cakap, doktor kata tak apa kalau anak telan ubat gigi kanak-kanak, memang tak bahaya. Entah mana satu yang betul aku tak tahu.hehe. Tapi setahu aku Aiman memang tak suka ubat gigi sampai kadang-kadang muntah. Selalunya Aiman hanya akan berus gigi tanpa ubat gigi. Lepas tu dia berubah suka pula ubat gigi berperisa tu dan kadang-kadang tertelan juga.
Bila dah dua tahun, aku perkenalkan ubat gigi berflourida. Ini adalah waktu paling kritikal untuk Aiman memberus gigi kerana aku terpaksa pujuk dan kadang-kadang menjerit dalam bilik air. Bab menjerit tu jangan ikut cara aku, sila buat cara pujukan saja.hiks..Aku dan en suami juga ajar Aiman memberus gigi menggunakan cara yang betul. Seperti kita tahu anak suka ikut apa yang ibu bapa mereka buat. Waktu aku gosok gigi, aku suruh Aiman tengok dan ikut. Pada tahap umur ini tak perlu berkumur tapi memadai dengan meludah keluar saja ubat gigi.
Transformasi berus gigi juga seiring kecanggihan teknologi. Ayat poyo! Oleh itu aku selalunya dapatkan berus gigi bermotifkan haiwan, kereta atau apa saja berus yang menarik hati kanak-kanak untuk menjadikan waktu memberus gigi Aiman satu aktiviti yang menyeronokkan. Sekarang sebab Aiman dah tahu memberus gigi tu satu kewajipan, dia dah tak kisah kalau belikan berus gigi bentuk apa pun. Even Aiman dah pandai berus gigi sendiri, aku akan pantau dengan cara suruh Aiman nganga setiap kali mandi. Lepas tu akan keluar ayat "Ok putih dah gigi Aiman".hehe..
Aku memang hadkan pengambilan makanan dan minuman manis. Sejak kecil memang tak ada istilah hari-hari dapat makan gula-gula, coklat atau jajan. Sesekali je bila ke kedai aku belikan sebab kesian tengok Aiman agak jakun bila dapat merasa makan semua tu. Boikot air manis diteruskan.haha. Sebenarnya tak salah beri makanan manis seperti aiskrim cuma kenalah kurangkan pengambilannya. Sekarang aku akui Aiman memang selalu juga makan gula-gula, tapi lepas makan macam biasa minum air masak dan sebelum tidur kena gosok gigi. Kadang-kadang geram juga dengan si chubby bila aku suruh gosok gigi boleh dia kata Aiman tak makan gula-gula pun. Satu lagi cabaran untuk menerangkan apa dan kenapa bila anak dah petah bercakap.
Alhamdulillah sampai Aiman umur 5tahun tak pernah lagi dia mengadu sakit gigi. Senyumannya pun menawan (sesekali puji anak sendiri takpe kan?) dan rata-rata orang memang puji giginya cantik berbanding rakan sebaya lain. Harap-harap gigi kekalnya nanti pun sama. Kita sebagai Ibu bapa perlu mendidik anak untuk menjaga gigi mereka agar sentiasa sihat dan tetap cantik apabila sudah dewasa. Sekian entri membebel dari aku. Ini hanya sebahagian perkongsian yang tak seberapa. Kalau salah tolong tunjukkan.
*Selamat menskip entri ini! (aku tahu dan Allah tahu.keke)
28 comments:
gigi amir pun dah mule rosak huhuhuhu.... tp belum lagi mengadu sakit gigi.. risau jugak ni...
jaga gigi dari kecil lagi memang bagus..baru leh dapat gigi yang cantik dan tersusun..baru leh senyum nampak gigi!! hehehe
budak banayk cakap mmg banyak songeh. hahaha...
Alisha ni pun mmg jnis yg sk gosok gigi... pantang jumpa berus gigi..hahahaaa... tp alisha ni nsb baiklah jugak jnis yg sk je org tlg gosok gigi dia... so, snanglah sy nk gosok2 gigi dia tu..hihii
sy lum bg alisha guna ubt gigi lg.. sbb doc kata xleh lg.. nk kne tunggu umo dkt2 3 thn br blh... skrg ni just gosok guna berus je...
akak kutu, masa kecik aku selambe je pasal gigi. boleh kata tiap-tiap taun kena g dentist. hahaha, padan muka aku
Anak-anak kakak pun tak ada masalah skit gigi sebab gigi mereka tahan sehingga gigi kekal nak tumbuh. Cuma masalah kakak bila gigi susu tak gugur tapi gigi kekal dah nak tumbuh. Terpaksa juga ke dentist cabut sebab kalau tak gigi jadi tak rata...
anak-anak cik rose tak pernah sakit gigi...cik rose paksa gosok gigi...hihihi
bila gg sihat,senyum pun comel....anak siapa tu,cantik giginya..nk try ikut cara ni pada mia gak
jg gigi ni kene ajar dr kecik :D
wah3 comelnya aiman..besar kang kompom ensem.bleh jd model ubat gg hehhe
Hohoho.. ayat akhir tu yg tak tahan. Hahaha..
Maryam sangatlah suka manisan. Bab makan ubat gigi pun suka juga. Tapi alhamdulillah, giginya cantik.. harap2 dah gigi kekal pun cantik juga.. :D
ASYA, WALAUPUN GG DIA TJAGA ELOK TP STILL ROBOH HABIS..SBB KSILAPAN LYA BG AIR GLUKOSA STIAP MLM TIME DIA KECIK DULU..JD DIA HAKIS HBIS GG ASYA..SBB AIR GLUKOS KN MANIS
bila gigi cantik...snyum pasti menarik....
Comelnya Aiman.....
ayat last kemain.hahaha..
tu la nak didik budak budak ni kene sabar. nasib ibu aiman sabar kan.kekekeke..
bagus kalau ajar dari kecil.kitrg dulu pun dr kecil kene jgk berus gigi bagun tido dan sebelom tido. pagi pagi kene jugak kumur listerine tu. huhu..sampai gigi susu aku kuat sgt tak mo jatuh, gigi kekal tak sabar nak kuar jadi belapis plak gigi aku ni ha.
jeles tgk gigi aiman yg cantik tu! gigi si kembar dah mula rosak... maybe sbb tak cukup kalsium sejak dari dlm perut kot. hmmm... cuma setakat ni blm pernah mengadu sakit gigi lagilah... beza sungguh dgn naufal, gigi masih cantik lagi...
untung Aiman sejak kecil dah di ajar minum air kosong...
aiman kuyus sket masa kecik ya..skang dah membesar bagai johan HEHE
risya ok..dari kecik senang jer nak gosok gigi dia..tp zikry ni susah skit..nak gaosokkan dia x bg..nk gosok sendiri kononnya tp bukan gosok tp dia isap ubat gigi sbb ubat gigi berperisa tu kan sedap..
risau jugak ada toksid mcm kutu ckp nih..sy ingat nak gosok gigi dia pakai ubat gigi org dewasa lah biar dia tobat x nak isap ubat gigi kejam x ? HEHE
bagusnyeee pembikotan minuman manis itu kutu...!
teman memang lemahh sgt bab itu... sangatlah sweet tooth ;)
iman mmg susah nk berus gigi. dia ketap mulut dia.. sblm ni guna berus gigi yg dimasukkan dlm jari kita. bila baca entri ni nk belilah berus gigi yg menarik utk dia mana tau dia nak berus gigi dia.. jgn buat main tp x mau berus dah le ;)
nice blog......
budak2 kan..
kalau setat je makan coklat..
hancur lah gigi...
model gigi kat atas tu hensem lah..
wah bakal adik2? mcm otw je? hahahha... aiman x minum manis pom badan mcm di pam2.. hahahah...
heheh..mmg cabaran kan nak suruh budak kecik gosok gg..kadang2 chii mandikan anak buah..umo 3 thn..chii yg kena gosokkan..kalau x..nnt dia telan abih..da tu suruh dia ludah balik..da kumur2..tu pun kadang2 terlepas ke dalam gak..ahaha
wahh...bagusnya..da 5 thn msih ok lg..cucu2 maklong byk yg da ilang gg bila masuk umo 6 thn..ahhaha..org panggil gg gopes..mkn byk gula kot :p
penjagaan gigi mmg kena didik dari awal..kalau dr kecil mrk diasuh InsyaAllah mrk akn trbiasa dgn rutin ini..Syukur Alhamdulillah gigi2 anak akak xde yg brmasalah.....
untuk kuantiti yg sedikit ubat gigi yg ditelan mungkin x bahaya kot.. :)
gigi maira pun dah rosak bahagian depan..sbb masa kecik dia dok minum susu dlm tido..susu sustagen dah la manis,habisla kena hakis..huhuhu..
gigi maira pun dah rosak bahagian depan..sbb masa kecik dia dok minum susu dlm tido..susu sustagen dah la manis,habisla kena hakis..huhuhu..
tak skip!heee
bgusnya ibu aiman ni..ikut peredaran zaman dlm mendidik aiman..nge
tp brus gigi comel2 gambar haiwan tu mmg bdk2 suka kan..ohh xelok ke ubat gg ada perisa strawberry limau semua tu?ahha..br tau kak!
thanksss sbb bg ilmu pd ira..:)
pss : mmg ibu sendiri je suka puji anak sendiri..ngeee
Post a Comment