Pixajoy

Monday, April 09, 2012

Home » Petua Menambah Berat Badan.

Petua Menambah Berat Badan.



Monday blues pula hari ini. Malam tadi terharu tengok abang aku menang ABPBH. Nanti bawak Aiman ronda naik kereta baru ye. Abang Fizz, percayalah kamu sangat layak menang! Adik stacy dan Shila Amzah, korang nampak gemuk. Puan lady gagap, serius menyampah tengok fesyen kanopi makcik. Sekian terima kasih.haha..






Buat yang ingin menambah berat badan seperti hyz dan ibu alisha, take note about this.hiks..


1. Banyakkan makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian. Gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi ataupun anda boleh mengambil nasi, dan sejam kemudian roti.

2. Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan 3 hidangan utama bersama 2 atau 3 hidangan snek sehari. Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Anda juga digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3. Makan secara kerap. Jika anda tidak mempunyai selera makan, boleh makan 5 atau 6 hidangan kecil sehari. Ambil hidangan yang sihat. Amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi juga melambatkan proses metabolisme tubuh.

4. Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protein tinggi. Minum satu gelas susu setiap hari, roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak.

5. Bersenam secara teratur. Lakukan senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan, 30 minit setiap 3 atau 4 kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika anda menjalani proses menambahkan berat badan.

6. Selepas selesai senaman, anda boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi. Ambil makanan yang mempunyai sumber protein dan karbohidrat. Ini untuk menggantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

7. Amalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia. Lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan, kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan.




Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA













32 comments:

Diana @ BKKC said... Best Blogger Tips

mencari ubat mujarab utk menguruskan berat bdan...* hehee... Petua ni boleh ditujukan utk abg sy yg cekeding

bujal X said... Best Blogger Tips

kuruskan badan punya tips takde?

yang benar,

boroi,

he~~

Unknown said... Best Blogger Tips

heheh..kesian btol tgk pic kat atas tu....izan tak nak naik berat badan dah..izan kalau boleh nk camgini jer..hihihi...50kg tu berat tak??

Ym.Bundle said... Best Blogger Tips

untung la sapa kurus..tak payah la nak berat2..nanti dah mati susah orang nak angkat bawak masuk dalam kubur..hahaha..

ida =) said... Best Blogger Tips

Tambah berat badan? Saya dah expert! Tiap minggu berat naik. Kalo nk turun tu yg payah ;)

azura said... Best Blogger Tips

najwa latif pun gemukk semalam...bab kurus badan ni kena kuat semangat

LYAfrina said... Best Blogger Tips

BLH SUH FAIN BACA GAK..SBB FAIN MMG SLALU CBA NK TMBH BERAT BADAN.. TP X NAAIK2

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Kakak tak nak gemuklah PK.. kakak nak kurus...

Masya said... Best Blogger Tips

nasib baik berat badan saya ideal, hubby suke berat sekarang.. walaupun saya rasa sgt² tembam pipi ini huhuhuhuhuhu......

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

adoi! puan kutu...nak kurangkan berat badan nie...betul tue stacy gan shila gemuk hihihi

fieda said... Best Blogger Tips

aiyakk..takut tgk gambar tu...kita nak kurang berat jer..

Anonymous said... Best Blogger Tips

akak kutu, nape tak mention nama aku sekali? hahaha, aku perasan kurus :)

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

thanks 4 e tips :-) blh ikut ni.. skrg ni ibu alisha dah mkn tak hengat donia..hahhahha

Pen Biru said... Best Blogger Tips

kita nak bagi kurus, dia bg tips nak gemuk pulak..hahahahah

Salmi said... Best Blogger Tips

Tips tu sesuai utk akak 15 thn yg lalu.. Sekarang kena bagi tips lain pulak..

Ramai yg nampak gemuk semalam..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Terima kasih Sis sebab kongsi petuanya. Penat sudah Awan ni pakai baju saiz xs.

Apple said... Best Blogger Tips

Lebih senang nak gemuk malahan seronok sebab boleh makan banyak benda. Tapi itulah parahnya bila ada masalah diabetes dan sebagainya. Lol.
Saya setuju jika kita makan kecil tapi kerap dalam 6 kali sehari. Boleh menghilangkan rasa lapar disamping itu menjaga diet kita.

eita said... Best Blogger Tips

kita taknak gemok...

Unknown said... Best Blogger Tips

cepat-cepat sapa nak tambah berat terjah sini..haha..husna dah terlebih dah nie..

hyz said... Best Blogger Tips

sy selalu makan nasik banyak. kadang2 tambah. lepas 3jam saya makan nasik lagik.. malam plak, pas makan nasik, saya minum milo/susu + roti jagung. sehari purata makan 5-6 kali. 4kali makan berat, 2 tu snek2 je.. cane tu? waaaaaaaaaaaaaaaa nak gemok.........................

azura said... Best Blogger Tips

kelakar lelaki tu

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

cara sy tmbh berat bdn minum susu full creme sekotak sblm tido...akibatnya byk suar xmuat klm kabut nk kuruskan bdn blk...hahaha

sal ya said... Best Blogger Tips

siapa yang kurus sangat tu blh la ambil tips ni.

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

sangat berguna tips ni utk mereka yg bercita2 nak menaikkan berat badan...cam suamiku lah tu...

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

erm.. bila buat semua ni.. perut yg naik dulu.. :( rasanya dah ok badan mcm ni. org kata kurus tapi tuan badan rasa ok. ini pun tak larat nak bawa ;)

NzA said... Best Blogger Tips

ho.ho.ho.....petua ni xnk, nk petua kuruskan badan...ngee....

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

abag fizz gitu.. auww... ok ape kan fizz tu? hanie pun xsetuju lady gagap menang... xsegan ke dia ek dgn bekas hubby dia ridzuan hashim tu.. hehe

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

erm.. tips tmbh berat bdn ni insyaAllah akan berguna kendian hari nnti.. nice tips, sesuwei utk abang ku :p *abg kandung, bukan hubby

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Sesungguhnya Ibu Yusuf tidak perlukan tips ini tp sebaliknya.. hadoii.. :D

Unknown said... Best Blogger Tips

bleh ar chii kasi tips ni pd kawan adik chii..da mcm pesakit aneroxia da chii tgk dia..

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

hari2 ira minum susu tp sama je..haha..

bdn gini gak kak..wuuu

nOur Yatee said... Best Blogger Tips

uwwaaa..nk gemok gakk