Pixajoy

Thursday, April 26, 2012

Home » Tips : Langkah Perlu Sewaktu Anak Demam

Tips : Langkah Perlu Sewaktu Anak Demam


Lepas Aiman kena campak tempohari, seminggu Aiman tak ke sekolah. Bila dah mula sekolah, tiba-tiba Aiman diserang demam waktu malam selama dua hari berturut-turut. Bila siang aku tengok Aiman aktif dan tak ponteng sekolah. Alhamdulillah malam tadi Aiman dah beransur sembuh. Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang berusia kurang daripada 7 tahun, jangan ambil ringan apabila anak-anak kita demam! Ini kerana jika mereka terkena sawan, sel-sel otak boleh mengalami kerosakan kekal. Nauzubillah.


Melalui apa yang aku baca, aku nak kongsi langkah-langkah yang sepatutnya kita ambil ketika anak demam. Semoga beroleh manfaat buat kita semua.
1. Kalau boleh, ambil cuti.
Jika kita sendiri yang memantau tahap suhu badan anak-anak sewaktu mereka demam, sudah tentu kita akan lebih teliti berbanding kakitangan taska ataupun pengasuh. Kadang kala mereka terlepas pandang.
2. Periksa samada tubuh anak memerlukan antibiotik.
Biasanya kalau kita bawa anak-anak ke klinik swasta, doktor di klinik tersebut biasanya akan bagi antibiotik. Jangan ambil antiobiotik tersebut sekiranya anak cuma mengalami demam viral, kerana demam viral tidak memerlukan antibiotik. Antibiotik diperlukan untuk demam yang disebabkan oleh bakteria sahaja dan ketika tonsil bengkak. Kalau hanya tekak merah tetapi tonsil tidak bengkak, anak kita sebenarnya tidak memerlukan antibiotik. 


Ini pengetahuan yang patut kita tahu supaya kita tidak mudah menerima antibiotik yang selalunya diberi oleh doktor klinik swasta atau sekurang-kurangnya kita punya pengetahuan untuk bertanya doktor berkenaan ini. Jika anak makan antibiotik, sedangkan sebenarnya badannya tidak memerlukan antibiotik tersebut, imuniti badan anak akan jadi lemah. Imuniti badan yang kuat amat diperlukan supaya tidak mudah diserang penyakit di masa akan datang. Ibu bapa mana yang suka kalau anaknya sakit kan. 
3. Bezakan antara demam viral dan demam disebabkan oleh bakteria.
Jika demam viral biasanya kanak-kanak tersebut aktif (seperti tidak demam) di siang hari tetapi suhunya panas di malam hari (macam Aiman). Jika demam disebabkan bakteria, kanak-kanak sememangnya tidak aktif dan kelihatan lemah sepanjang hari.
4. Sediakan ubat yang sewajarnya untuk anak.
Selain ubat demam sama ada Syrup Paracetamol atau Syrup Brufen untuk demam, kita juga perlu menyimpan ubat pil yang dimasukkan ke dalam dubur kanak-kanak, Supp Paracetamol (SUPP PCM). Bagi bayi yang berat kurang daripada 12kg, gunalah supp PCM 125mg, jika berat melebihi 12kg, guna supp PCM 250mg


So far aku memang tak pernah simpan ubat ni dekat rumah. Kita dinasihatkan supaya sentiasa menyimpan bekalan supp PCM di dalam peti walaupun semasa anak tidak demam, kerana jika tiba-tiba anak demam kuat pada waktu malam, kita hanya perlu memasukkan ubat ini dengan kadar yang segera ke dalam dubur. (aku memang tak reti sebab tak pernah buat.hehe) Selepas memasukkan ubat ini biasanya suhu badan akan turun dengan kadar yang cepat berbanding dengan minum Syrup Paracetamol. Jika suhu badan kanak-kanak sangat tinggi, mereka akan terdedah mendapat sawan demam (febrile fits).
5. Selain daripada menyediakan ubat apa lagi yang perlu kita lakukan?
Selain menyediakan ubat, kita juga perlu sentiasa tuam kepala dan ketiak anak pada waktu malam untuk mengawal suhu. Tuam kepala aku selalu buat. Masalahnya waktu kecik dulu je Aiman tak suka, dia siap tarik tuala basah yang aku letak dekat dahi. Alhamdulillah sekrang Aiman dah ikut perintah dan jenis yang tak merengek, cuma aku je tak lena tidur sebab risau. 


Jika demam anak berterusan melebihi 3 hari dan keadaannya bertambah teruk seperti muntah, mengadu sakit perut atau susah bernafas segera membawa anak ke jabatan kecemasan untuk rawatan lanjut. Keadaan ini dibimbangi anak mengalami demam denggi.







                                               



27 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

bagus nie..slalu klau ssiapa demam dlm rumah husna mesti asyik nk telan ubat jaa..hak3..xtaw apa masalah sebenar..nak plak adik2 husna..

NzA said... Best Blogger Tips

risau kalau anak2 kecil demam...dr pngalaman akak, Beby pernah kena sawan kalau demam..mmg risau sgt2....

lieynanilaz said... Best Blogger Tips

demam pun tak boleh dipandang ringan...kena ambilberat juga...:)

lieynanilaz said... Best Blogger Tips

demam pun tak boleh dipandang ringan kena ambil berat juga..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

kalo anak demam..mmg ssh hati sgt.. nn mmg lya akn ambik ct utk jaga asya..esspecially..hari pertama demam.. msti truk sikit.. apa2 pon..smuanya info berguna buat kaum2 ibubapa

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

paling risau bila anak demam panas. takut sampai bawa ke sawan tarik. mintak2lah dijauhkan dari anak2 kita ye.

transformed housewife said... Best Blogger Tips

kat msia ni mmg ramai doktor kat klinik biasa suka bg antibiotik.

eita said... Best Blogger Tips

biasa kalau demam sikit...
minum air barli suam je..

jebengotai said... Best Blogger Tips

kalo dh nk start demam better cepat2 pi klinik @ hospital utk elak lebih parah..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

sy mmg akn letak kain yg dah direndam air asam jawa dekat dahi tp xpnh plak ltk kat ketiak. lps ni kne ltk ni..

fieda said... Best Blogger Tips

anak2 kak fieda ni jenis demam waktu malam..bila siang ok la plk..pastu mmg selalu wat stok ubat cucuk bontot tu sbb budak2 ni jenis culas nak minum ubat..nak2 plk kalau tgh mlm bila suhu tiba2 panas sng sikit masuk jer ubat tu..

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

Saya memang cepat panik kalau anak tak sihat. Susah nak terima yang anak sakit. Sebab terlampau takut kalau membahayakan dia. Ubat memang sentiasa ada dalam peti ais. Memang antibiotik tak boleh suka2 nak bagi. Doktor pun ada cakap budak kecil tak elok makan antibiotik. Melainkan keadaannya teruk. Sebab diorang punya sistem imunisasi tinggi.

Kalau anak tak sihat mesti saya yang nangis ;)

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

fuh. kak muni, mmg lengkap la entry ni. tengs bebanyak wpun sy belum ada kena mengena lagi =)

So Shy Lady (SSL) said... Best Blogger Tips

kna bjaga2 lah ye... amalkn btul2 langkah2 tu dmi ksihatn n kslamatn nyawa ank2 kita. dmm jgn dpndang ringan

saffiya_aleesya @ echa said... Best Blogger Tips

jangan pandang remeh pada demam ni..kalau panas badan tu dah sampai suhu yang tinggi memang boleh effect kat otak tau..

Unknown said... Best Blogger Tips

BAGUS INFO NI..ANAK2 BUI KALAU TERLALU PANAS MMG BUI AKAN MASUKKAN UBAT DALAM DUBUR TU..DULU TAKUT DAN GELI NAK BUAT,SEKARANG DH BIASA..

ProfHariz said... Best Blogger Tips

Saya kalau tak sihat dulu pasti mama temankan :) Alhamdullilah. Memang jadi raja~

Unknown said... Best Blogger Tips

anak keck kalau demam..jgn dipandang sepi...sebab kalau x dirawat awal..boleh mcm2 yg terjadi..

walaupun xde anak lg..tp tips yg berguna..thanks muni..leh chii praktikkan bila da ada nnt :p

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

Entry ni sgt berguba sbb sume info sgt baru. Biasa aku tgk kalau budak demm para ibu trus je bwk pegi klinik. Aku ada kwn anak dia masa kecik demm sampai kee sawan. Kesian dia mcm pelat sikit. Tp dah nak besar dia ok dah. Alhamdulillah.

ida =) said... Best Blogger Tips

supp tu, boleh beli kt farmasi x?

Salmi said... Best Blogger Tips

Info yg baik utk ibu bapa..
Dlm soal ni, ibu bapa perlu ambik berat tp ada yg teragak2 nak ambik langkah 1 tu..
Jadi, cikgu pulak yg bersusah payah bw anak2 ke hospital..
Bila ditanya, rupa2nya dh demam kat rumah..
Pernah terjadi, murid sawan di sekolah sebab dh lama demam tapi tak dpt rawatan..

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

kdgn2 ada yg tak pahm kan bila kita amik cuti sbb anak2 demamkan..
saya pun kurang arif pasal antibiotik nih..emm kena learn more..
mmg sngt risau bila anak2 tak sihat kan..

Masya said... Best Blogger Tips

sebenarnya kene ade bekas ubat kat rumahkan 'first aid' jadi mcm² ubat blh letak kat situ... amir sensetif ubat antibiotik dr klinik biaser.. klu makan mesti muntah.. kecuali dr klinik pakar kanak² baru ok.. kt pun xtau sebab ape...

sal ya said... Best Blogger Tips

mmg ada SUPP PCM 125mg dgn 250mg. sbb masa kena warded tu doc nasihatkan buat bekalan SUPP PCM. tapi kat farmasi ada yang 150mg dengan 175mg. suhu mmg cek sentiasa. tuam kepala dgn ketiak pun sama. cuma sekarang ni guna spray je. senang.

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

good tips..

nt dah kahwin, ada anak leh la buat kalau anak dmm..hee

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

Tips yg sangat menarik......kat umah nie selalu ada ubat demam masuk ikut bontot hihihi

Unknown said... Best Blogger Tips

info berguna..tq