Petang semalam aku, en suami dan Aiman ke Pantai Merdeka. Perjalanan menaiki kereta mengambil masa lebih kurang 30 minit saja dari rumah. Kalau dari Tanjung Dawai boleh juga menaiki bot untuk ke Pantai Merdeka. Setahun menetap di Sungai Petani baru berkesempatan ke sana. En suami kali terakhir kesana pada tahun 2002. Dah banyak perubahan berbanding dulu en suami kata. Walaupun aku orang utara, ini kali pertama aku ke Pantai Merdeka, selama ni dok dengar lagu Cinta Pantai Merdeka ja.haha..
" Nak tidoq pun balik rumah la.." kata en suami
Turun saja dari kereta aku dah ketawa besar. Ada pasangan merpati dua sejoli sedang melakonkan adengan filem hindustan. Si pemuda sedang baring diatas riba si gadis di depan orang ramai pula, tak tahu malu sungguh. Mustahil suami isteri sebab keduanya kelihatan seperti remaja. Kalau dah kahwin mesti buat filem kat rumah kan?kihkih.. Buat korang yang belum pernah kesini, aku ceritakan serba sedikit tentang Pantai Merdeka.
Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah. Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda, lebih kurang 30 km dari Sungai Petani (kalau tak salah aku..hehe). Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai rekreasi dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan juga orang luar. Sewaktu Aiman bermain di taman permainan, aku lihat ada pengantin sedang berposing di situ. Disini tempat yang sesuai juga untuk outdoor photoshoot. Rugi pula tanpa kamera.hoho..
Terdapat kemudahan seperti rumah penginapan calet ( Merdeka Beach Resort), rumah rehat, tempat perkhemahan, kolam renang, gerai-gerai, taman permainan dan medan makan. Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu.
Selepas ini Insyaallah akan selalu kesana. Sesekali menghirup udara yang sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati keindahan pantai dan ragam manusia yang pelbagai merupakan suatu terapi juga. Semalam tak sempat menikmati makanan disitu kerana kami sudah berhenti makan semasa dalam perjalanan. Aku sedang berdiet dan semalam adalah hari yang membuatkan aku tersasar jauh.kehkeh.
* Entri skema buku teks.haha..
33 comments:
Seronoknya dia... kita pun tak sabar nak nunggu cuti sekolah, nak jalan-jalan gak....
seronoknya bersantai! arini, kami santai dlm jem... jem di mana2, entah kenapa....
Kalau lah dekat boleh je pergi tiap2 minggu lagi elok untuk projek diet kita hehehe
hahah teringat plak lagu kumpulak tropika, cinta pantai merdeka... hehehe
akak pernah singgah masa p kedah hr tu...ttp kejap je..
Alahai buat drama kt pntai mmg syok..nk2 yg blm kawin tu..sabo jelh....
tak mandi ke Puan Muni...saya dok tepi laut Port Klang ni tak boleh mandi jamu mata jela
best nyer jalan hari minggu...
uish..pantai merdeka..lama gilaaaaa x p sana..sejak2 dah besaq masing sibuk belaka asyik berkelah kat rumah jaa..haha..
jauh tak dari jitra? geografi negeri kedah aku fail lagi..hahaa
ermm best jugak pergi sana..banyak seafood segar2 tau kak..kan kat sana perkampungan nelayan..
hahaha. sebab hirup udara segar banyak sangat ni. tu ayat tukar skema tu :)
sekali sekala lepak tepi pantai mmg best..ilang stress :)
akak tak pernah sampai lagi ke sana.....teruja jugak nak pergi...akak mmng suka pntai..
sy dh byk kali g sini.. sbb bwk alisha main kt tmn permainan tu..hihii...
setiap kali g situ, kitaorg mesti g pulau sayak sbb nk mkn mee udang..hihii
ishh teringat lakk kat lagu tuu ekekek ..
sure macam2 adengan kan kak ;)
salam kenal puan kutu..sy teringin nak ke pantai merdeka tapi tak tau jalan la..ikut tanjung dawai jugak ka..
seronoknya....kan ada lagi pantai merdeka...hihihi
oo dok kt SP...fyzz kt aloq setaq tak jauh la tuh..:)
saya pun last pi pantai merdeka dkt 2 thn lepas..masa tuh adik ipar bertunang kt kg yg kena tsunami masa 2004 tuh..apa nama kg..lupa la..
emm ofis pun pernah wat meeting kt PM nih..ok la kan ..skang nih nmpak berubah dari PM dulu ngan PM skang nih...
wahhh! lama dah tak pi pantai.. rindu nak dnegar deruan bunyi ombak yang menghempas pantai hehee..
*nanti kalau fik pi utagha jangan lupa tolong bawak jenjalan ke Pantai Merdeka yea :)
duk pi juga...hehe...
salam org BM mai melawat..dah follow dan linkkan...jua cuba klik2 nuffnang cik puan...hehe
bestnya muni jalan2 kat pantai. kami pun dah lama plan nak bawa anak2 pegi pantai. tapi rasanya next week baru dpt pegi kot...
erh..jauh sgt kat kedah sana...chii ingtkan kat area kl..ehehe...slalu dok dgr lagu ni je...
lemau la kalau ke pantai tgk ada couple yg terlebih aksi gitu.
wah.. bestnye relaks2 kt pantai.. sy last g mandi manda kt pantai thn lepas kak.. hehe
seronoknya..lya pon suka lepak2 pntai..tp lateni mcm agak trauma sikit lepas kes gempa n tsunami..
singgah tgk pantai merdeka;)
sahabat, dlm kepala ni kan, asik terfikir pantai merdeka jek.. rupa2nya disebut2 di sini... teringin juge nk pegi, mmg tak pernah sampai pun...
kihkihhh... lawak betul perenggan ketiga tu.. buat filem kat rumahhh... :p
bestnya jenjalan tepi pantai..dah lama x outing walaupun umah dekat je ngan pantai:(
dh pernah sampai sini sekali..
dh pernah sampai sini sekali..
Ooooooo (moncongkan mulut ye masa baca.. ngee..) Pantai Merdeka tu kat Kedah rupanya. Cetek betul pengetahun ibu Yusuf ni.. huhu..
INGATKAN STADIUM MERDEKA JER.. ADE.. PANTAI MERDEKA PUN ADE YER.. MMG TAK TAHU HIHIHIHIHI.....
cantiknyer view pantai..
Post a Comment