Aku baru tahu tentang ini. Aku cuba search di google dan terjumpa banyak juga kisah tentang qarin. Dalam bahasa Arab, qarin bermakna 'teman' atau 'rakan'. Tertarik untuk berkongsi, mana tahu ada yang masih naif seperti aku. Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan dosa. Sudah pasti dia gembira jika kita tewas dengan kejahatan.
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)
Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
40 comments:
baru kutahu....nice info...
oooo...baru tau....
takutlah plok...
saya tak pernah tahu pula Puan Muni....kena baca detail ni utk faham
pernah dengar cuma tak tahu dgn lebih lanjut. terima kasih sbb berkongsi.
husna pernah dgr pasal nie..dulu ada skit x prcaya..tp skarang taw dah..huk3..
terima kasih dik atas prkongsian ni....
seram amat bila baca,, nak jemput puan kutu join ga muja,, hehe,, tu pun kalau sudi,, :D
http://mujadafewa.blogspot.com/2012/03/first-giveaway-by-nurmujahidah-lady.html
As salam Murni,
Perkongsian yg sgt sgt menarik! Sebelum ni sy mmg tahu juga serba sedikit ttg Qarin ni... Teman yang sentiasa mendampingi manusia, dr kalangan jin... Sb tu bayi2 kecil kdg kala menangis krn disakat oleh mereka2 ni... Walahu'alam...
Ni sy dah share ttg homemade nugget tu, nnt cube lah ye utk Aiman ;) >>>>>>>>>>>>>>> http://my-mindofmine.blogspot.com/2012/04/homemade-nugget-resepi-nuget-cara-saya.html
hehe..puan kutu pon berminat dgn home made nugget marya :)
sy pernah bc psl qarin cuma x detail..yg ni lebih detail..maka sy akan berusaha mengkuruskan qarin sy bermula harini..
tq for sharing :)
salam jumaat.. terima kasih kongsi info ni.. bukan kak murni jer baru tau.. saya pun baru tahu... tq sesangat yer...
hmm...bab qarin ni mmg dah tahu, tp baru ni tau yg qarin kita semua kafir ! seram je kan rasa...
nice sharing, kutu... moga2 kita dpt melawan desakan qarin kita tu
dulu kat U sy penah wat research pasal alam mistik... n mmg setiap org ada 1 jin yang mendampingi kita....
first time dengar pasal qarin ni kak... ingt org yg mengamalakan ilmu hitam je ada pedampingnye sendiri... wallahualam..
ooo br tahu psl qarin ni... dh bertambh info sy skrg... :-)
eh.. yana @ masya panggil muni kak muni.. hihii... kita 3 org sbaya daaaa.... heheh
baru tahu pasal qarin ni peneman manusia, semua orang ada qarin sendiri...terima kasih berkongsi kak :D
best la entri ni kutu..ni rupanya cakap orang tua-tua dulu yang dimaksudkan kembar..benda ni yang selalu buat kacau..aku nakal sebab depa ni la..hampehh..hehehe...
Tang gambar tu.. seram lak tengok..
ps: sbb tu adakalanya seseorang telah meninggal dunia, tp ahli keluarga masih nampak kelibatnya.. qarinlah tu..
subhanallah... baru tahu tentang qarin ni... semoga kita semua dilindungi dari hasutan qarin... amiiinnn
itu la selalu gak terfikir ni mesti keje qarin ni duk hasut je ni bila time marah etc..
qarin ni la yang selalu buat kita was was..sekrg ni aku tengah bw ni pun dia adalah kat sebelah ni kan. wuwuwuwuwu...
so,lepas ni sapa dah tau sama sama kita berusaha buat qarin tu slim.
izan pun tau pasal qarin ni masa tgk tanyalah ustaz kalau tak silap. mekasih atas perkongsian yg detail ni ye.
patutlah kdg2 lalai time smbhyang, si qarin ni punya angkara.huhuhu automatik mulut ssl bslawat, takut juga ni
tq info yg bagus
Baru nurul tahu..thanks info.. tapi takut plak tgk gambar...
Baru tau yg qarin kita semuanya kafir..
Thanks atas perkongsian..
kak fieda baru terbaca semalam kt fb..takut plk rasanya..petut la selama ni ada jer gangguan2 yg menyebabkan kita rasa was2 utk melakukan sesuatu..
Baru tau pasal ni, dalam diam semua orang ada kembar rupanya..
Yg beza cara kita mengawalnya
tq for sharing.. lya pon xpnah tau psl ni..
Kakak teringat masa menghadiri ceramah lama dah bertahun tentang Qarin nie... siap menyamar itu yg ada kata org mati balik sebenarnya itu adalah Qarin pada si mati. Betul kata PK qarin yg jahat pun ada...
Ada buku tentang ini olahan Dato' Harun Din...
akak pn ada trbaca ttg ini...dan PK bygkan kalau kita nmpk mrk sntiasa disisi...aduyai...haru...
Subhanallah!
Terima kasih kerana berkongsi maklumat pasal Qarin ni. dulu pernah dengar cuma tak berapa nak jelas..
Alhamdulillah, semoga ia bermanfaat dan menjadi iktibar buat kita semua dalam melaksanakan amal ibadat :)
ya..memang setiap dari kita ada qarin...:)
ohhh.. baru saya tau. thanks share
Murni,
Breadcrumb tu boleh beli yg dah siap, cuba cr kat s/market... Klau xde boleh buat sendri... Roti tu keringkan atau dibaked bg kering kemudian hancurkan... Jdlah breadcrumb, tp xberwarna kuning lah ;)
gue pun baru tau..
thankz for sharing...
ehehheee
Baru tahu gak nih kutu
qarin hanya membisik shja..yg buat keputusan ttp kita sendiri..
chii pernah terbaca pasal ni before this..tp terlupa..thanks sebab ingatkan semula..
mmg x nafikan..dlm setiap diri manusia..ada seseorang 'teman'
tp spt yg muni share kan..part last skali " qarin akan berlepas tngan dan tidak akan bertanggungjawab di setiap kesesesatan yg berlaku " makanya...kena la kuatkn diri kita dgn amal2 sprt berzikir dan sebagainya
tahu pasal qarin tp tak tahu pulak sejarahnya tu. thanks for the info.
sy pun ada bt entry tentang nih..:)
Post a Comment