Kisah yang terkandung dalam CD Zikir dari Aruah Ustaz Asri yang selalu menjadi halwa telinga kami sekeluarga waktu dalam kereta. Dah lama rasa nak share, kebetulan tadi jumpa dekat facebook.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Inilah penawar ringkas yang Rasulallah ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan dalam hidup mereka,
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Untuk menghilangkan keletihan dan kelelahan dalam menguruskan rumahtangga, Rasulullah mengajarkan Bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada puteri kesayangannya. Semoga menjadi amalan buat para suri rumah dan ibu-ibu. Suami-suami dan siapa-siapa sahaja boleh juga jadikan amalan bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas harian sama ada di rumah atau di tempat kerja.
* Jangan hanya tahu nak complain penat jer! (diri sendirilah.haha..)
16 comments:
perkongsian yg sangat baik ni kutu... boleh diamalkan sama2...
izan pun rasa letih sangat akhir2 ni... lagi separuh fasa kehamilan mesti dilalui...
zikir ni namanya Tasbih Fatimah, kan kutu... ia seolah2 p'ganti bibik ;)
setiap kali masak akak xlupa utk brselawat n membaca al-fatihah utk disedekahkan pd anak2 n suami...InsyaAllah, mrk akan makan dgn brselera n mknan lmbat basi....
sama2 kita amalkan tasbih n zikir2........InsyaAllah...
slalu sgt mengeluh..isk..isk..
terima kasih kak..^^
Sama2 kita amalkan..
sayalah tu jugak.. selalu mengadu letih, padehal rumah sekangkang kera jer.. x besar mcm rumah mak kat kampung pun... tq kongsi info ni... boleh amalkan.. tp selalu sy amalkan bismillah banyak² kali sampailah tertido sendiri...
menarik ni. kena praktikkan.
perkongsiaan yg bagus ni.. br tau.. blh diamalkan...
Info yang menarik hihihi kadang2 cik rose nie merunggut jugak...terukkan...
emm sgt berguna..2la dari dok merungut2 penat baik berzikir kan dapat gak pahala
Perkongsian yg bagus... :D
Sila terima komen pendek itu seadanya.. Tapi dah jadi panjang sikit dah ni.. Haha..
bende palign senang nak buat tapi kadang kala menjadi berat bila hati sendiri tak mau. kan.
nice sharing.
insya Allah chii akan amalkan..thanks muni
owhhh kena amalkan ni... selalu letih2 gak... puas tampal salonpas ngan minyak. huhu
selain dpt pahala..ade hikmah lain yg tersembunyi..
ok nt ira buat..hee
:D
Post a Comment