Seingat aku, sejak kecil aku memang pemboros orangnya. Sampai aku kerja, aku ni jenis yang tak pernah lekat duit dekat tangan. Aku sangat lemah kalau bab menabung. Selepas melalui frasa perkahwinan, aku mula sedar akan kepentingan menabung dan nilai wang itu sendiri. Aku tak mahu anak aku ikut perangai buruk aku waktu kecik.haha.. Sebagai ibu bapa kita sepatutnya menunjukkan contoh yang baik pada anak. Aku sendiri kurang arif bagaimana caranya hendak mendidik anak tentang kewangan.
Bilakah masa yang sesuai untuk mendidik anak mengenai wang? Melalui artikel yang aku baca, tidak ada jangka masa tertentu tetapi eloklah dimulakan seawal yang boleh. Mendidik, menggalakkan dan memberi kepercayaan kepada anak untuk bijak berbelanja sejak kecil akan menanamkan tabiat kewangan yang baik.
Berikan Anak Wang Saku
Ini membantu membina keupayaan anak merancang perbelanjaan. Untuk memutuskan berapa yang perlu diberi kepada anak, fikir dengan teliti jenis perbelanjaan yang boleh digunakan untuk wang saku itu. Misalnya bagi belanja sekolah, elok kita pergi tinjau harga makanan yang dijual di kantin sekolah. Kalau perlu, beri wang saku dalam beberapa pecahan wang bagi menggalakkan anak menabung. Contohnya RM2, beri wang kertas RM1 dan selebihnya dalam bentuk wang syiling supaya anak boleh mengasingkan beberapa keping wang syiling untuk dimasukkan kedalam tabung.
Tentukan Matlamat Yang Realistik
Berbincang dengan anak mengenai matlamat tabungan dan matlamat itu mestilah realistik. Anak mungkin mahukan sejenis permainan yang istimewa, buku, basikal dan sebagainya. Galakkan mereka untuk menabung. Kemudian tinjau kos barang yang hendak dibeli dan congak berapa banyak anak perlu menabung setiap minggu bagi membeli barangan tersebut dalam satu jangka masa yang munasabah.
Anak yang lebih besar boleh menyimpan rekod simpanan dalam buku nota dan buat pengiraan setiap minggu. Bagi anak yang masih kecil, alat pandang dengar boleh membantu. Gunting gambar yang diperlukan dan lekatkan pada sebuah balang. Sambil anak memasukkan wang kedalam balang setiap hari, dia oleh tengok wangnya semakin bertambah dan tidak lama lagi bolehlah dia mencapai matlamatnya.
Didik Anak Mengenai Nilai pelaburan
Laburkan sebahagian daripada wang simpanan anak dalam dana amanah dan ajak dia sama-sama melihat perkembangan pelaburan itu. Jangan halang hak anak untuk mengeluarkan sedikit wang jika dia hendak membeli sesuatu kerana jika kita menghalang, ini mungkin akan melemahkan minat anak untuk menabung. Kita hanya perlu memberitahu anak bahawa jika wang simpanan dikeluarkan sebelum matlamat tercapai, maka lebih lamalah masa yang akan diambil untuk mencapai matlamatnya. Didik mereka memahami kesan mengeluarkan wang itu pada masa tersebut.
Izinkan anak mengatur sendiri perbelanjaan mereka.
Belajar berbelanja secara bijak membabitkan beberapa percubaan dan kesilapan. Anak perlu belajar daripada pilihan mereka sendiri sama ada keputusan perbelanjaan yang mereka ambil itu baik atau tidak. Sebagai ibu bapa, kita boleh mengajak mereka berbincang mengenai kebaikan dan keburukan sebelum mereka berbelanja. Galakkan anak untuk membuat sedikit tinjauan sebelum berbelanja besar atau menunggu masa yang sesuai untuk membeli, contohnya ketika jualan murah.
SUMBER : Majalah Pa&Ma
11 comments:
owh..menabung??
apa bnda tuh?? haha..
xdak asanya dlm kamus hidup husna..
saya suka shopping..ngee..:P
tips yg bagus untuk diamalkan kanak2 ..tp mcm kanak2 tadika skrg ni..dorng akan diajar mcm mana nak berbelanja dengan bijak..dorang da ada sylibus nya yang tersendiri..
kalo x diajar dr awal..mmg dorang xkan kenal erti susah..pastu dorng ingt senang je nak dpt duit
Apa khabar Muni? Lama tak jenguk sini... Menarik Info yang Muni kongsikan. kanak2 sememangnya dididik dari awal... Sebab didikan awal adalah paling penting. Chewah! macam dah tau sangat. Padahal baru nak ada baby.
ce bagi tips mcm mana nak elakkan anak2 minta beli mainan? lagi2 kalo p pasar malam, or kedai2 yang ada jual alat mainan?
memang penting utk mendidik anak-anak tentang sikap berjimat cermat dari kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.
hee..ira pon dah mula menabung kak..
hee..ira pon cm akk gak..boros..haha ;p
a'aa bagus ni.. tibe2 sy dh terpikir nk mngajar alisha menabung... confirm lenkali saya keluar gerenti beli tabung pulak..hihii
mesti alisha akn seronok dgr duit siling jatuh dlm tabung... so, scra xlgsung nanti mesti alisha pntang nmpk duit mesti sumbat tabung.. hihii
bagus2... baru terpikir psl ni ketika bc entry ni..hihii
memang kena ajar anak pasal wang ni seawal mungkin..
anak2 kakyong masa tak kenal duit.. depa buleh kutip duit singgit dr beg kerja ayahnya.. buat main2, pastu buang dlm tngsampah... mujur nampak..
perkongsian yang bagus ni. anak2 memang suka kalau nampak duit syiling banyak2 dalam tabung... bila dah penuh cepat2 ayah pergi simpan dalam bank...
sy ajar ank menabung jer ... hehe
mase sy skolah2 dulu,mule2 dpt le 2 kupang jek..pehtu pelan2 makin brtambah sampaile yg plg tinggi,dpt rm2 .. masa form 5 ;)
akak pn boros ttp akak didik agar anak2 brjimat cermat..alhamdulillah mrk pandai simpan duit..xmcm ibunya...hu.hu.hu....
Post a Comment