Pixajoy

Wednesday, January 04, 2012

Home » Oh Cikgu Jalilah

Oh Cikgu Jalilah



Cerita semalam waktu pendaftaran Aiman sekolah,


" Mak dan ayah nak balik dah ni..semua dok tempat masing-masing.." kedengaran suara cikgu tadika yang berkulit gelap dan agak berumur itu memberi arahan. 


En suami pandang aku. Kerana jarak kami agak jauh, aku segera mendekati en suami.


 "Suara ni macam cikgu Jalilah ja" kata en suami dengan nada teruja. 


"Lor p la tanya.." aku spontan bersuara.


Pantas en suami melangkah. Aku mengekori dan berdiri sebelah en suami didepan cikgu yang memberi arahan tadi.


" Waktu persekolahan pukui berapa cikgu? Masuk pukui berapa? Balik pukui berapa?" en suami bermukadimah.


"Masuk pukui 7.30, balik pukui 12, blablabla.." (sebenarnya dah tau..)


"Dulu cikgu mengajaq dalam kem ka? 


"ya..dulu kat dalam, la ni tukaq kat sini pulak.."


"Cikgu ni sapa nama? tanya en suami bertubi-tubi.


"Jalilah..cikgu ni garang. Semua orang kenai cikgu garang.." (sambil ketawa kecil). 


Dok mana?" tanya cikgu pula.


"ni kuarters depan tu.."


"oh..dekat jela.."


"Dok unit apa?" ( Aku rasa cikgu tu sangka en suami ni tentera.hehe..)


"Dak orang rumah saya awam..keja dalam kem la.." en suami menjawab sambil memperkenalkan aku.


Aku dengan tak sabarnya terus menyelit, " abah dia dulu askar.."


"Cikgu tak kenai saya?" Dalam hati aku tergelak kecil. Kompem la cikgu tu tak kenal en suami.


"Saya ni anak murid cikgu.."


Walaupun sudah 20 tahun berlalu, ingatan en suami masih utuh pada Cikgu Jalilah. Mendengar suara cikgu je en suami terus terngiang-ngiang suara cikgu tadikanya. Aku langsung tak terkejut mendengar nama cikgu Jalilah sebab en suami selalu bercerita tentang zaman tadikanya pada aku, tentang Cikgu Jalilah yang garang, tentang keberaniannya mengimamkan setiap bacaan doa waktu tadika dan tentang kenakalannya yang selalu ditahan lepas sekolah.


Tempat aku bekerja sekarang memang banyak kenangannya untuk en suami sebab beliau dulu pernah menetap dalam kem. En suami bersekolah hingga darjah satu di dalam kem kemudian berpindah ke Alor Setar selepas abah berhenti tentera. Siapa sangka cikgu tadika en suami sekarang jadi cikgu Aiman pula. Cikgu Jalilah walaupun garang tapi sangat bagus dalam mendidik. Kata en suami " Cikgu didiklah anak saya macam cikgu didik saya dulu.." Mampuihlah Aiman dapat cikgu garang.haha.. 




Semalam waktu Aiman balik sekolah, 


Aku : How's ur first day? Ok tak? Best tak sekolah?
Aiman : Best..Aiman dah ada kawan dah. Cikgu tak marah pun.. 
En suami : Hari ni..esok hang tau la..(merujuk kepada Cikgu Jalilah yang garang) 
Aku : Aiman makan apa kat sekolah?
Aiman : Makan mee koteaw, sedap..Ada ayam besar punya!
En suami : Amboi sedap..Abah dulu hari pertama makan roti planta ja. Abah ingat lagi..Wan beli kuih kat abah tapi abang buang.hehe..


En suami : Ni Aiman ada bawak balik kerja sekolah. Dia buat tak siap..Cikgu Jalilah kata macam mana nak siap, kuat sembang macam ayah dia.
Aku : hahaha...


Aku : Cikgu Aiman nama apa? 
Aiman : Cikgu Ani..Cikgu Eisya..Cikgu Eisya..


Haha memang betul tiga orang cikgu Aiman, Cikgu Ani tu nama cikgu sekolah lama, maybe kot nama sama. Maybe Aiman masih dengan loyar buruknya. Tapi yang nama Eisya tu nama kembarkah sampai dua kali? Nama Cikgu Jalilah tak ada pun.kehkeh. 




*Bestnya kalau kuat ingatan macam en suami, aku nie otak berkarat, banyak benda aku tak ingat masa tadika dulu, nak cerita kat anak pun tak boleh.haha..









22 comments:

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

hebat encik suami..masih cam suara cikgu jalilah tanpa tgk wajahnya


hakhak..nape aiman x sebut nama cikgu jalilah..susah sebut kott

hyz said... Best Blogger Tips

saya ni jgnkan tadika, menengah punya memori pun ingat x ingat. hahaha

Kak Aya said... Best Blogger Tips

salam..sama macam kak aya, memori lemah, kena tambah RAM kot...

Unknown said... Best Blogger Tips

currently dah 2 kali husna jmpa ckg pra skolah husna..
1st time tgur sbb ada mmber..pra skali..
2nd time x brani sbb tkowt dya x igt..haha..kt kdai mkn lak tuu..

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

Memang hebat suami puan kutu...masih mengingati suara cikgunya...hihihi

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

mmg kuat betoi pennagan cikgu dalilah ni..hiihii

tp baguinya suami siap ingat lg mkn roti planta..hihii

Ym.Bundle said... Best Blogger Tips

dari mengajar bapak, sampai ajar anak pulak..huh..hebakk..panjang umur cikgu jalilah tu..hehe

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

heee sy sntiasa ingat cikgu tadika...cikgu dah, kwn mak..smpai skg pun dok jmp lagi =)

Pen Biru said... Best Blogger Tips

cikgu tu mengajar dari bapak sampai ke anak..tapi rasanya tak smpat sampai ke cucu kot..heheh

Masya said... Best Blogger Tips

mesti cikgu jalilah ni muda² dah jadi cikgukan.. sebab daripada ayah, sekarang aiman pulak dia mengajar...

Asrul "iLham" Sany said... Best Blogger Tips

bagus r tu ingat cikgu... cikgu sy dulu pembuli tegar hahaha

intan morsalin said... Best Blogger Tips

tabik spring kat en somi sbb masih leh cam sora cikgu tadiak...hahaha..mmg kuat penangan cikgu jalilah

Unknown said... Best Blogger Tips

mesti cikgu tu sangatm meberi kesan pada en suami puan kutu..tu yang teringat sangat

ida =) said... Best Blogger Tips

huiiii... sweet saja. ingat suara cikgu. Saya ingat sorang cikgu ni. satu2nya cikgu yang pernah rotan tangan saya. huuuu.... kes dapat markah 89 dalam math. sebab budak2 lain suma pandai.... 90 ke atas. sapa dapat bawah, kena rotan.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

bestnyer.. blh jumpa cikgu lama lagi.. dan skarang dh sampai ke generasi aiman lak

Ibu Mifzal Arsyad said... Best Blogger Tips

wah...kenangan tuh..skang aiman lak jd anak murid cikgu jalilah.. :)

Ayu Rashidah @ Cik Ayu said... Best Blogger Tips

kenangan yg best susah la nak lupa... abang saya dia seorg guru, 20 tahun dia mengajar di tempat dia belajar dan sejawat dengan guru yang mengajar dia, dan guru tu jugak mengajar anak dia.... baru tahun lepas abang saya bertukar ke sekolah lain....

oopsss, ada hadiah misteri nk bg, jom !

http://ayurashidah.blogspot.com/2012/01/nak-hadiah-misteri-untuk-anak-yang.html

Farah Shamsudin said... Best Blogger Tips

betapa hebatnye mereka yang bergelar cikgu kan.. sampa ke tua akan ingat cikgu..

Unknown said... Best Blogger Tips

wah, nostalgiknya.. cikgu ayah akhirnya jd cikgu aiman... ;)

aiman mesti pandai nak tackle cikgu jalilah.. sure cikgu nak marah pun tak jadi... hihiii

puanbee said... Best Blogger Tips

suara pun dia ingat haha ..kutu suami kutu tu ingat sebab dia nakal kot dedulu selalu kena kihkihkih ..kita ni baik .. cikgu pun tk berapa kenal kita hahahha

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

wah lamanya cekgu jalilah berkhidmat yer ...

kutu...kite ni sama je plupanya..tp kngn tadika tu ade le igt juge sikit2...

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

dasyat!heee..tp xmustahil kan?hee..msti cikgu jalilah terharu suami akk igt lagi kat dia..heee :)