Hari tu aku share Teori Saiyidina Ali, hari ni jom kita tengok Teori Imam al- Ghazali, 3 dalam 1 dalam mendidik anak. Sekiranya ketiga-tiga aspek yang ditekankan dalam teori ini dijalankan secara seimbang, Insyaallah dapat membantu anak kita menjadi insan berakhlak.
1. Tubuh Badan
Penuhi dan jaga keperluan tubuh anak dengan memberi makanan seimbang, pakaian, tempat tinggal dan rawatan perubatan yang sempurna agar tubuhnya sentiasa cergas dan berfungsi dengan baik.
2. Akal Fikiran
Untuk memastikan akal fikiran anak sentiasa cerdas,kita perlu memberi tiga jenis makanan akal
- Akidah dan Tauhid - Ilmu mengenai pencipta-Nya. Ajarkan ilmu-ilmu agama.
- Syariah - Ilmu mengenai jalan hidup yang tepat dalam menjalani kehidupan supaya mencapai matlamat kebahagiaan dunia dan akhirat. Jika tidak mampu mendalaminya, cukup sekadar mengetahu serba sedikit untuk pengetahuan dan amalan sendiri.
- Akademik - Ilmu mengenal alam Allah untuk kegunaan diri bagi anak meneroka alam. Ia juga supaya dapat menggunakan ilmu dalam mencari rezeki mengikut kepandaiannya.
3. Hati Budi
Tanam iman sebenar dalam hati anak agar ia sentiasa berfungsi. Ini mendorong dirinya untuk sentiasa melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan. Jangan lupa untuk memberi didikan akhlak pada anak.
17 comments:
Cara yg perlu kita amalkan demi melahirkan anak2 yg cemerlang dunia n akhirat....
insyaallah kalau kita ikuti...
Semoga anak kita cemerlang dunia dan akhirat ya..puan kutu....Amin..
melentur buluh biar dari rebungnya...
:-)
thanx for sharing..
simple jer teorinya tp lengkap kan..
Nak ajar anak ni susah... Selalu risau kalau kita gagal didik mrk dgn baik....
selamat pagi akak yang comel..
alhamdulillah.. semoga ianya akan menjadi semangat kepada diri kita semua untuk memanfaatkannya...
cuba praktik kalau aku ada anak nnt la.
ko pemalu la sgt kaann...haha
betoi2.. cara didikan ni mmg patut kita buat.. sekurang2nya kita x asyik ajar yg dunia je..
good info....tq for sharing
thanks sebab info ni.. bagusss sangat! :) keep blogging!
Alhamdulillah kalau dpt jaga ketiga2 aspek ni dgn lengkap kan kak muni =)
insya Allah..kalo ramai ibu bapa yg praktikkan..mesti dpt melahirkan anak2 yg cemerlang kan
bagus ni untuk saya..banyak lagi kena belajar ilmu keibubapaan..hehe
bukan sng kan jadi mak pak ? hmm ... lg ramai anak,lg berat tnggungjwb .. moga2 Allah beri kita kekuatan utk mndidik anak2 dgn baik ..
biler ikut, baru kita tau cara islam itu paling sempurna..
bagusnya info ni kak..:)
Post a Comment