Friday, January 06, 2012
Home »
Kuasa Cerita Pada Anak
Siapa antara korang layan Rancangan Adik-adikku? Petang semalam aku sempat tengok kepetahan dan kelincahan adik-adik dalam berpidato. Dalam pidato peserta juga menyanyi dan bercerita. Mereka menggunakan teknik penceritaan dan ini berjaya memukau bukan sahaja anak kecil, malah orang dewasa. Kata ustaz yang menjadi juri, bercerita boleh menyihir orang. Pada zaman dahulu, bila tabib hendak merawat pesakit, tukang cerita dipanggil untuk bercerita supaya pesakit tidak merasa sakit sewaktu pembedahan dilakukan. Hebat kan kuasa cerita?
Alkisah semalam Aiman suruh aku cerita. Tiba-tiba idea spontan datang untuk bercerita kisah Pinocchio. Aku bukan ingat sangat kisah tu, yang aku tau Ponocchio berkisar tentang cerita puppet yang nak jadi budak lelaki. Bila dia menipu hidungnya akan jadi panjang. So aku aplikasikan kisah Pinocchio versi aku sendiri. Aiman pun sangat seronok mendengar ibunya kelentong.haha..
Sampai dekat part hidung Pinocchio jadi panjang sebab menipu, Aiman bersuara "boleh kita sidai baju, kita sidai kain..".haha tengok melalui cerita Aiman boleh berfikir diluar kotak, sedangkan aku cerita Pinocchio adalah seorang budak yang malas mandi, tak buat kerja sekolah dan menipu dalam setiap perbuatan. Bercerita juga boleh merangsang minda anak untuk berfikir secara kreatif.
Seperti yang aku pernah beritahu sebelum ini, adakalanya kanak-kanak lebih faham suatu arahan dengan bercerita. Tak perlu mengarahkan secara formal, tapi teknik penceritaan yang menarik akan menimbulkan semangat dan motivasi kepada anak. Ini memang aku praktikkan sebab Aiman sangat suka mendengar cerita. Penglipurlaranya tak lain tak bukan tentulah ibu.kihkih..
Melalui kisah Ponocchio tadi, aku beritahu Aiman yang kita tak boleh menipu, menipu itu berdosa, tak boleh malas dan sebagainya. Kisah Pinocchio itu akan memberi motivasi pada Aiman untuk rajin belajar dan menyiapkan kerja sekolahnya. Teknik penceritaan boleh membuatkan anak mengikut sesuatu arahan. Anak akan menimbang semula untuk menipu atau bercakap bohong. Begitulah kuasa cerita. Aku cuma share apa yang aku praktikkan. Kalau salah tolong tunjukkan..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
wah best tu..masa saya c-zer dulu doktor pun bercerita dengan saya nak tenangkan saya...
cara akak tu dah betul kak.. kanak-kanak lebih faham dengan teknik penceritaan..
betul tu..semua budak2 suka dengar cerita kan..sama ada kita yg kena kreatif
betul3x..
dulu masa bersalin no2 & 3 pun x rasa sakit sgt sbb bidan dok bersembang2 bercerita macam2..
sy setuju cara muni tu.. sy sendiri dah tak sabar2 nak bercerita dkt alisha sbb nak suh alisha jawab balik cam aiman...
cam skrg ni, sy cerita.. alisha asyik bls bahasa german.. ibu dia ni la msalahnya... xpaham apa dia ckap.. hihii
biar betul tabib dulu dulu bius guna cerita je. uuhhh..hebat hebat.
bagus jgk arahan ko guna cerita kan.sbb budak budak ni suke ingat sesuatu perkara tu dlm cerita yg diorang pernah dgr atau tonton.
Setuju... budak-budak memang suka kalau kita bercerita. Tak kisah kita nak kenen pada dia janji niat nak motivasi tercapai....
melalui teknik bercerita kita dapat menarik fikiran mereka ke alam imaginasi,otak kanak2 mudah menerima.;)
bagus kaedah puan kutu.
tp sy nih sgtlah x pndai nk mengarang cerita.
puan kutu bab ngarang dh tahu dah. mmg berbakat.
kpah guna cara tu.. bercerita utk sampaikan mesej secara tak langsung dgn anak2..
bila PK kata brcerita kt aiman tiba2 tringat mama akak....dia suka brcerita kisah2 nabi n nyanyi2 masa nk tidurkan kami adik beradik..sampai akak drjah 6 pn mama masih gitu....hu.hu.hu...rindu mama....
menarik tu.... nanti bila2 saya try dengan Adam. cuma, tak kreatif nk kelentong
kanak2 skrg ni da lagi bijak..x perlu marah2 atau disuruh untuk melakukan sesuatu perkara....
hebatnya! aiman dah pandai berfikir di luar kotak... baguslah kalau dari kecil dia dah dididik sebegini. sampai besar mesti dia ingat setiap nasihat ibu mesti melalui penceritaan.
Aku dulu waktu kecik suka soh daddy aku bcerita. Plg suke cite semut yg rajin hihi
Yg c aiman ni buat aku tringin sgt nak jumpe pastu hug kuat2 haha
Budak lebih pantas menyerap dan meniru, itu teknik pengajaran awal!
kak tepat sekali!hee
apa y ira belajar...sbb nak jd cikgu kanak2 ni..hee...mmg kanak2 suka sgt dgr org bercerita...di samping tu...kita blh terapkan nilai2 murni n pengajaran kat diorang..
mmg lbh mudah kanak2 ni nk fhm n dgr ckp kita..:)
Betul kak... bercerita mmg boleh meransang minda anak kite especially sblm tdo... mcm anak sy, sll jgk sy bercerita ttg kisah pinochio ni... smp die dah boleh ceritakan balik pd sy... dah tebalik kot...kih kih kih anak sy skrg dh 2 thn 4 bln ;)
memang, budak2 ni kadang pk ape yg kita tak pk..terkedu gak nk mjawab tu..hehe
Betul tu PK, bercerita merupakan salah satu cara menyampaikan maklumat kepada anak.. cuma ibu yusuf ni tak berapa nak pandai bercerita.. dia tau berceramah je.. ngee..
fuh..azam pasni nk byk bercerita pd anak2 ... ;)
Post a Comment