Hari tu masa balik kampung aku dekat Penang, en suami dok merancang pergi berkubang. Kesempatan yang ada sempena Cuti Tahun Baru Cina, kami sekeluarga beraya dekat Hutan Lipur Ulu Paip. Kalau tak salah tempat ni masih lagi dalam kawasan Kulim, Kedah. Pejalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari rumah aku. Aku juga baru pertama kali ke sini. Bukan senang nak berkumpul semua. Ini pun adik aku yang bongsu, Ain tak dapat turut serta sebab beliau kerja (tengah praktikal).
Aku sempat merakam kenangan berkubang dengan kamera cikai aku. Sila bersedia untuk berkenalan dengan jejaka-jejaka idaman malaya. Semuanya still available lagi tau kecuali abang yang paling taf tu.haha..Layan!
Dari kiri abang (abang aku yg sulung ), Ateh dan Acik (adik aku) dan yang berspecky chubby tu semua sudah sedia maklum. |
Sekali lagi posing dari jejaka idaman malaya. Abang bonzer yang taf dan terlebih riang tu sila abaikan! |
Tiba saja di Ulu Paip kami mula mencari port yang sesuai untuk berkubang. Oleh kerana masing-masing sudah bersedia dengan baju mandi sejak dari rumah, kami terus menjunam ke dalam air. Sejuk gila air dekat sini. Aku tak ada dalam gambar kerana aku pemalu orangnya. Ewah..
Sesi berkubang bermula |
PEACE no war, wajib ada! |
Kami cuma makan roti dan air mineral yang dibeli dekat Petronas. Lapik perut dengan roti jadilah. Sebenarnya menyesal tak beli nasi. Terliur jer tengok orang berkelah makan sedap-sedap. Dah puas berkubang jom kita balik! Perut pun sudah mula berdansa.
Mencari jalan pulang kepangkal |
Masa kami nak balik semakin ramai orang datang. Macam-macam ragam orang dekat sini. Pasangan dua sejoli yang mandi berdekatan kami tak tau nak sejuk berendam dari mula kami datang sampai balik masih dok bercerekarama dalam air. Ada jugak makcik yang terlebih excited nak picnic siap bawak tong gas. Selamber je masak buat macam rumah sendiri. Pelik tapi benar..
Penat sudah! tidur pun stylo ok.. |
Sesekali beraktiviti bersama ahli keluarga terasa sungguh mesra lebih-lebih lagi Lunch nasi campur Ateh belanja, dinner nasi lemak dan charkoteaw Acik belanja, esoknya abang plak belanja. Syukur..hehe!
26 comments:
spec tak tinggal si aiman tu.. haha
syoknya berendam,tambah lagi time panas2 ni kan..
Tengok hero comel tidur lena tahulah dah kepenatan mandi hihi...
oloh gmba jejaka aje? jejaki mn? ha..ha..sdap tul brndam dlm air sungai tu kan. ssl dh lama t. g bkelah
enak yah liburan
by 4kopisusu online
sampaikan salam kat abang yang taf tu ya.. hik hik!
lama tak berkubang ni,nak pinjam spek mata aiman boleh?hehe
tak penah denagr pun nama tempat ni.kat kulim ye?
syoknya pi berkubang.. haha... ada plak makcik siap bawak tong gas ye...
patutnya cuti hari tu pun kami berendam dekat kemesah blkg zoo nun.. tapi sbb x sihat x dapatlah nak berendam kesana... mesti seronokkan dpt berendam mcm ni...
mane beli spec aiman tu?
nak satuuuuuuuu!!!
heheh..
mandi air terjun mmg lapar!hee..
lain kali kena bekal nasi kak..lepas kenyang leh berkubang ag..keke
lar sygnya..npa p.kutu x msak je..klau x bleyh dok lama lg..
slalu klau nak p pcnic camnie mmg kami akan bwak mkann..mndi..mkn..mndi lg..naik plak mkn..haha..
wahhh p berkelah mandi manda , seronok nye, sy dah lama tk berkela bersama family...>_< sonok nyer
wah.. seronoknya berkubang gini.. sy dah lama x g tempat gini.. best nyaaa...
seronoknya...mandi manda...follow sini...
berendam mmg syokkk kan..
besnyer mandi waterfall... sejuk n damai j kan.. klmarin pon plan nk ke air terjun.. tp x jadi lak..
ooo..orang penang...
syok naa..cny, ramai buat entry cuti2..huhu...saya tak dak cerita menarik nak share..CNY kt perantauan ja..
spontan K
da lame tak nampak air.. haha.. bestnyaaaaaaaaaa...
kak mmg sedap...plus ada sotong bakar besar y sedap lagi..ngee..:)
lunch kan mmg penuh org mkn kat situ..not bad la..heee
akak.. kalau nak tempat berkubang best.. mehla ke trg...
seronok berendam..comel lah anak u..sama debab mcm anak ita..aqil..
sekodeng lah apa pasangan sejoli tu buekkkk ..
hahaha .. kalau berkelah ramai2 , sambil panggang ayam ke .perghh memang best kan ..
mak aih..sampai bawa tong gas skali..melampau la tu
mcm chii ngn family..kalo kitorang g piknik ..mesti WAJIB bawa nasi sebagai bekalan..sebab nnt akan kelaparan pas mandi..lgi2 air sejuk..mkn akan sentiasa berulang2 =)
pehh..berkubang .. awat kutu xberkubang dua kaki (patutnye sekaki kan..hikss)
mandi manda mmg meletihkan dan melaparkan..alahai stylonye tido si chubby . tp sonok dier ramai pelayanz
Post a Comment