Sejak hari Rabu lepas Aiman tak sekolah kerana demam. Batuk Aiman sudah berlarutan hampir dua minggu. Batuk dah reda tapi lepas balik dari rumah pengasuh, batuk semakin menjadi-jadi, malamnya Aiman demam semula. Kata pengasuh Aiman minum air batu. Kalau kat rumah memang aku tak pernah bagi even dia tak batuk. Dekat sana mesti dia main sakan sebab ramai kawan. Nak salahkan budak tak boleh, nak salahkan pengasuh pun tak boleh, terpaksa redha sebab nak carik rezeki (positive thinking)
Semalam pergi jumpa doktor lain pula. Bagusnya doktor ni sama dengan nilai perubatannya. Patut lengang je klinik ni masa kami sampai.haha..
"Arggghhh! sakit.." terkejut aku dengan en suami dengar jeritan Aiman. Si chubby terus menangis menitik-nitik air mata. Kesian Aiman kena cucuk dekat bontot.
Kata doktor salur pernafasan Aiman sempit. Kahaknya pekat dan ada tanda-tanda asma kalau perkara yang sama berulang. Doktor terpaksa bagi injection, minta aku pantau pemakanan dan aktiviti Aiman. Dalam kesian ada kelakar. Bila doktor sebut perkataan cucuk, perlahan Aiman bersuara "tak mau cucuk doktor.." Memang muka cuak gila. Lepas cucuk Aiman buat aksi tak boleh jalan. En suami yang berbadan sasa kenalah pikul bebanan 30kg. Apa ada hal selalu main dumbell.kihkih..
Walaupun badan Aiman panas, dia langsung tak merengek, tak menganggu tidur malam aku. Aku yang tak lena, sekejap-sekejap terjaga dan merasa panas badannya. Bila aku letak tuala basah dekat kepala, boleh pulak Aiman tanya, " ibu..berapa jam lagi nak letak benda nie? ". Sejak kecik dia memang tak suka. Malam tu Aiman biarkan walau jelas aku nampak dia tak selesa.
Lepas injection demam Aiman terus beransur pulih. Sejak semalam Aiman tak selera makan. Aku paksa-paksa juga menjamah sedikit makanan untuk mengisi perut sebelum makan ubat. Pagi tadi aku angkut Aiman ke opis. Lepas makan batuknya semakin menjadi-jadi, dia muntahkan semula ubat. Bila aku pandang wajah Aiman, terbit sayu dihati kerana dia sentiasa cuba senyum walaupun sakit. Aiman anak yang tak tabah walaupun manja! Petang tadi dah boleh sepak-sepak bola, tak boleh lega sikit dia dah nak aktif. Cepat sembuh ye sayang!
15 comments:
salam kenak,kesiankan kalau tengok anak2 demam@sakit..kalau boleh,biar kita yang tanggung
saya paling sedih tengok anak kena cucuk..tapi demi kesihatan dia terpaksa jugak terima..
salam kak kutu..
entri akak yg ni membuat sy jadi sgt rindu adik kecil sy. anak kecil bila demam memang sedih.sebab dia tak tau nak bgtau dia sakit apa/kat mana.
sayu sy baca.semoga aiman cepat sembuh ya..
sian aiman. dia tabah mcm abg dia ni... ehem3. kim slm aiman...
salam puan kutu..Aiman anak yg baik,xmo kedua ibubapanya susah hati.Acik atie doakn semoga cpt sembuh yer Aiman..Amin
Semoga aiman cepat sembuh.. baca cerita PK, jelas Aiman anak yg tabah..
"owhh sungguh tabah aiman.....hehhe...sedih2 jugak,tp kalau teringat aiman jer wpun tk penah jumpa rasa dia tentu jenis yg akan buat kita selalu gelak jer kan...smga aiman cpt sembuh.."
semoga aiman cepat sembuh....
semoga lekas sembuh ya..insya Allah..amin
kutu sama lah , sedih betul tengok baby demam ..biasa demam tk teruk sampai cirit birit dan muntah2 yg ni pelik lah demam biasa ke something ek ..
semoga cpt smbuh aiman..alollo ciannyaaaa dia..hee
moga cpt sembuh ye...gud boy.
mg aiman cpt sembuh... walaupun dia demam tapi saya rasa aiman ni tetap sweet tetap byk cakap..hihii
baiknya Aiman.. Fikri kalo demam, penin kepala nak jaga dia.. kejap2 merengek.. panas, panas.. meracau2.. kalo dia demam memang boleh jadi hangin.. tp sabor jer la..
Anis & Aliya paling senang jaga kalo demam.. dah makan ubat.. terbaring jer.. tak dak nak merengek mcm abg dia..
lor cian si chubby ... kene cucuk montot lak tu... aiman keep up terus jd anak yg baik yea ... ;)
Post a Comment