Itu hari aku balik kampung. Ala baru lagi, hari Selasa Lepas. Abah, en suami dan Aiman keluar ambil ubat sebab mak demam. Aku tinggal sorang dekat rumah. Dah lama aku niat nak cari mereka. Tapi disebabkan aku suka makan kepala ikan bilis, aku asyik lupa. Hari tu aku nekad jalankan misi yang dah lama tertangguh.
Aku selak gobok bilik lantas aku buka lacinya. Pencarian aku berjaya tak sampai beberapa minit. Mereka masih comel dan bersih tinggal didalam plastik bersama jiran-jiran sebaya yang lebih kecil dari mereka. Jiran-jiran itu bukan kepunyaan aku. Adik en suami punya barangkali. Aku ambil dan aku tatap mereka.
Aku simpan semula jiran mereka dalam laci. Walaupun aku tak jaga mereka, mereka berdua tetap berkasih sayang seperti dulu. Aku tinggalkan mereka dikampung sudah lama. Sekarang mereka sudah selamat bersama aku di dalam gobok aku pula. Nak kenali mereka tak? Mana ntah kamera gila aku tu. Kalau ada pun lightingnya menyakitkan jiwa. USB handphone aku pula dicuri, nak beli baru tak terbeli. Maka aku describe sajalah rupa mereka dan cerita Kisah di sebalik Pengantin.
Mereka, pengantin perempuan dan pengantin lelaki.
Wajah mereka saling tak tumpah seperti ini.
Warna yang sama dan saiz yang lebih kurang sama.
Tapi mereka berdiri dan pakai baju macam kat bawah.
Baju mereka lebih kurang sama macam beruk ni.
Cuma pengantin perempuannya ada seutas rantai pearl dileher.
Aku beli mereka sebab mereka sangat comel. Memori aku bersama pengantin lelaki masih segar di ingatan. Aku beri hak penjagaan pengantin perempuan kepada cinta hatiku. Dulu, aku buat perjanjian, kalau ada jodoh aku dan cinta hatiku, kami akan satukan mereka. Pejam celik sudah hampir enam tahun mereka bersama, sama tarikh aku dan cinta hatiku (en suami) bersatu.
Aku rasa sweet je bila aku tatap mereka. Terasa kembali ke alam percintaan!haha..Nanti aku nak bagi Aiman pula mewarisi mereka untuk diberi kepada bakal menantu aku. Entri ditulis selepas membaca Warkah Buat Hani.
13 comments:
Ni kira harta pusaka ka apa ni? Haha
warisan turun temurun ye...hihi..
waahhhh.. memang kira pusaka ni kak..
Bear ni kira sentimental value tinggi la kan?
amboi wariskan patung ye? mcm2 la pn kutu ni.... alaaaa nak tgk gak hasil gambar guna kamera pn kutu tu. hehehhehe
acece..hehe..nak tiru p.kutu gak r..
wahaha..
nk buat bakal menantu y mn ni??;p
mak ngah ira ke anak saudara mak ngah ira?ekekkekek ;p
aimannnnn..tgk ibu ni kecik2 lagi dah jodohkan aiman tau...ahahaha
so sweet.....
hihii.. sweet je muni n hubby ni.. :-)
hehhe, kami takde pusaka turun temurun yg macam PK ni.. ;)
wahahaha..aku pun ada bagi patung pegang love sebelah kat husband aku sebelum kawen. aku punya sebelah. dah kawen kitrg satukan letak kat meja tepi katil.
kisah kita lebih kurang la. romentik gitewww...aauuww..
alahai sweetnye ada harta simpanan mcm ni ... kami xde,xsempat bercinta .. haha ... tp leh buat gak lepas kawen kan..cari le ape2 special mcm ni ;)
hehehe harta pusaka ye kak..sweetnya
Post a Comment