Pixajoy

Friday, March 09, 2012

Home » Budak Paling Bijak

Budak Paling Bijak



Sempena Jumaat yang mulia, jom kita hayati pengajaran dari kisah ini:

Disebuah kedai gunting rambut di utara tanahair, Mamak yang berperut boroi sedang menggunting rambut seorang pelanggan. Dia kemudian menuding jari kepada seorang budak yang sedang leka bermain di hadapan kedainya.


“Tengok budak yang pakai baju angry bird tu. Dia budak yang paling bodoh di dunia!”

Seorang pelanggan disitu bertanya dengan agak blur, 
“Kenapa cakap macam tu mamak?”

“Hang tengok ni...” kata mamak dengan riak.

Lalu mamak memanggil budak tadi datang kepadanya. Mamak mengeluarkan dua helai kertas dari poket, satu RM1 dan satu lagi RM10.

 “Nah hang ambil la duit ni, hang pilih yang mana?”

Budak tadi mengambil duit RM1 dan dengan riang gembiranya mengucapkan terima kasih. Lepas tu dia terus blah.

Mamak ketawa besar..

” Hahaha kan aku dah kata! budak tu bodoh. Aku dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”

Seorang pemuda yang melihat kejadian tadi menghampiri budak berbaju angry bird kemudian bertanya,

“ Pasal apa hang tak ambik duit RM10 tu?”

Saya takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau saya ambil duit RM10 tu. Mamak tu selalu suka kalau saya ambil duit RM1. Kalau saya ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”

“hang memang budak paling bijak dalam dunia..” 


* Ramai orang merasakan dirinya lebih bijak sehingga selalu memandang rendah kepada orang lain. Aku selalu juga berdepan dengan orang spesis macam ni.



                                               





20 comments:

D'China Store said... Best Blogger Tips

jangan igt budak kecik tak bijak. kan dah kena main..hehe

Ym.Bundle said... Best Blogger Tips

nanti bagi aiman sehari singgit ye kutu..hehe

azura said... Best Blogger Tips

betul juga, bijak budak tu

MulutPayau said... Best Blogger Tips

pngajaran yg berguna...budak yg disangka bodoh rupanya lebih cerdik....itulahkan..jngn pandang rendah pada orang lain...

nurpiska said... Best Blogger Tips

eyh. bijak betul budak tu.

msredcheesecake said... Best Blogger Tips

Sukati je dia kata budak tu bodoh.... Gelak kan diri sendiri ler gamaknya tu...

So Shy Lady (SSL) said... Best Blogger Tips

bijak bijak!

biasalah tu...diri sndiri smua smpurna, kkurangn org smpai kiamat pun t.habis nak crita

Salmi said... Best Blogger Tips

Setuju sangat.. Memang ramai yang rasakan diri terlalu hebat hingga memandang orang terlalu rendah..

NzA said... Best Blogger Tips

bijak...bijak......sbb tu kita jgn memandang rendah kpd org lain n merasakan diri kita je yg trbaik....

Fakhruddin said... Best Blogger Tips

suka citer ni..
budak ni betul2 bijak lah..

Unknown said... Best Blogger Tips

Memang bijak, anak sapelah tu? Hehehe

LYAfrina said... Best Blogger Tips

a ah.. padahal bdk tu y bfikir jauh kedepan.. so hari2 leh collect duit :-)

hyz said... Best Blogger Tips

tah dah berapa collection budak tu.. hahahhaa

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Dalam situasi tertentu, kdg2 kena buat2 bodoh.. kadang2 kena buat2 pandai.. hmmmmm...

~Sal Ismail~ said... Best Blogger Tips

memandang rendah pada org sebenarnya memperbodohkan diri sendiri~

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

terbaek ! budak tu yg bijak, mamak tu yg... b***... opss...!

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

hihii budak tu lg bijak sbnar nya ;-)

sal ya said... Best Blogger Tips

betul la tu. dia ingat dia pandai tapi budak tu lagi pandai.

Masya said... Best Blogger Tips

pandai budak tu kan.. mesti dah banyak duit rm1 tu.. dah lebih rm10 kan..

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

eee..sbnrnya siapa y tak pandai kat sini..;p

mamak tu la kan...