"Teruk saya tengok keadaan Cik Din, dalaman luaran memang teruk. Air mata Cik Din bergenang masa salam dengan saya"
Aku teringat kata-kata en suami dua minggu lepas.
Sepanjang mengenali keluarga ini, tidak pernah walau sekali aku melihat mereka sujud di tikar sejadah. Bukan tujuan untuk membuka aib, cuma kisah manusia yang secebis sebagai pedoman.
Dulu perkahwinan Cik Din dengan perempuan Indonesia tidak pernah mendapat restu. Ibu kandung sendiri membenci. Anak sendiri tidak pernah merasa kasihnya seorang nenek. Mujur ada ibu mertua buat menumpang cinta. Cerita kehidupan mereka bahagia, penuh gembira dan tawa, susah senang diharungi bersama.
Hampir setahun juga aku meninggalkan mereka.
Kini cerita kehidupan mereka tidak lagi sama. Mata pencarian keluarga hilang, isteri yang selama ini menjadi penguat semangat tiba-tiba menjadi musuh, ibu mertua terluka hatinya, ibu kandung yang selama ini mengintai peluang tega sekali merumitkan keadaan. Sayu hati ini bila menyelam mentafsir wajah Nabila dan Najwa. Dua anak kecil secomel mereka tidak layak merasa cerita sengsara.
Berumur awal tiga puluhan terlalu muda untuk menanggung walaupun aku sedar cerita sakit bukan mengenal usia. Banyak versi dialog sinetron yang menerpa telinga. Isteri dengan ceritanya, Ibu mertua dengan ceritanya, orang sekeliling merasa tempias juga dengan cerita entah yang mana aku mahu percaya. Yang nyata cerita mereka benar, cerita mereka betul, cerita hanya mereka sakit, cerita hanya mereka saja yang derita.
Lalu semua kekhilafan milik Cik Din seorang..
Ketakutan ini juga yang selalu aku bawa bila memikirkan masa depan keluarga sendiri. Aku tidak tahu bagaimana nasib aku dimasa hadapan. Aku selalu khuatir akan hari esok, kerana masa hadapan pasti mempunyai ceritanya sendiri. Pegangan aku, Allah menulis cerita kita. Kesenangan dan Kesusahan Allah yang paling tahu. Muhasabah diri dan hanya mampu berdoa dalam setiap usai solatku.
Kalau ketika cerita kita ditimpa musibah pun kita sombong mengingatiNYA, layakkah kita mendapat cerita kebahagiaan semula?
9 comments:
memang betul kak.. kite xtau jalan cerita kehidupan kite..semoga segalanya baik2 saje..
Allah punya perancangan rapi utk setiap hambaNya..jika kita x pernah lupakan DIA..insyaAllah DIA juga tidak akan lupakan kita..berdoa & tawakkal seadanya~
kita pun tahu nasib kita,
Berdoa meminta yang terbaik pada Allah.
kita tak tahu apa yg akan terjadi di masa akan dtg...lebihkan lah masa yg ada ni untuk bersamaNYA..jgn lupe dan sombong padaNYA...dan jgn bila dah susah baru nk ingat..
yang mampu dilakukan hanya berdoa....
A'aa betoi tu.. sy selalu pikir kehidupan sy di ms depan.. kdg2 risau pun ada.. tapi tetap percaya apa je yang berlaku kat kita adalah yang terbaik untuk kita.. oleh tu, kita kene lah sentiasa ingat DIA kan..
kita hanya merancang ttp allah yg menentukan segalanya......dihadapan masih byk ranjau yg brliku yg perlu kita tempohi....
btol tu kak...tapi apa pon..kita jgn lupa pada Allah..sbb pada dia la segalanya y berlaku akan berlaku..
berdoa byk2 supaya hidup kita sentiasa diberkatiNya..
Post a Comment