Semua orang mahu memiliki wajah dan tubuh badan yang cantik. Namun kadang-kadang kita terlalu percaya kepada mitos tanpa mengetahui apa fakta sebenarnya. Berikut beberapa mitos dan fakta tentang kecantikan :
Mitos : Waktu aku kecik-kecik dulu, aku pernah terdengar yang jika kita mencabut sehelai uban, akan tumbuh lebih banyak lagi uban.
Fakta : Uban sebaiknya tidak dicabut kerana boleh merosakkan folikel, saraf-saraf dan juga akar rambut. Jika akar rambut ini rosak, ia boleh menyebabkan terjadinya infeksi. Selain itu kebiasaan mencabut uban juga boleh menyebabkan rambut menjadi nipis. Uban akan kelihatan lebih banyak, meskipun sebenarnya jumlah uban yang muncul di rambut itu tetap.
Mitos : Rambut harus dicuci setiap hari.
Fakta : Salah. Deterjen yang terkandung dalam shampo membuatkan rambut semakin rapuh dan kering terutama bagi yang mewarnakan rambut.
Fakta : Salah. Deterjen yang terkandung dalam shampo membuatkan rambut semakin rapuh dan kering terutama bagi yang mewarnakan rambut.
Mitos : Tidak perlu memakai sunblock (krim pencegah sinar uv) ketika cuaca mendung atau di dalam ruangan yang dingin.
Fakta : Sunblock sebaiknya kita pakai meskipun cuaca dingin atau mendung. Ini kerana ketika cuaca mendung pancaran sinar ultraviolet (UV) sebenarnya adalah lebih kuat dibandingkan hari panas biasa yang boleh merosak kulit.
Fakta : Sunblock sebaiknya kita pakai meskipun cuaca dingin atau mendung. Ini kerana ketika cuaca mendung pancaran sinar ultraviolet (UV) sebenarnya adalah lebih kuat dibandingkan hari panas biasa yang boleh merosak kulit.
Mitos : Kertas minyak akan membuat kulit tambah berminyak.
Fakta : Fungsi kertas minyak sebenarnya memang untuk menyerap minyak berlebihan pada kulit wajah. Walau bagaimanapun, muka akan lebih berminyak jika kita menekannya terlalu keras. Ini juga membuatkan kotoran dan minyak di wajah menjadi tersumbat di pori-pori. Jika menggunakan dengan betul, kertas minyak tidak akan menambah kadar minyak di wajah.
Fakta : Fungsi kertas minyak sebenarnya memang untuk menyerap minyak berlebihan pada kulit wajah. Walau bagaimanapun, muka akan lebih berminyak jika kita menekannya terlalu keras. Ini juga membuatkan kotoran dan minyak di wajah menjadi tersumbat di pori-pori. Jika menggunakan dengan betul, kertas minyak tidak akan menambah kadar minyak di wajah.
Mitos : Jangan segera mandi selepas bersukan.
Fakta : Jangan sekali-kali enggan mandi setelah bersukan. Ketika aktiviti sukan, tubuh memproduksi sebum yang bila tidak dibilas akan menghambat pori. Bakteria mudah bersarang di keringat dan minyak.
Fakta : Jangan sekali-kali enggan mandi setelah bersukan. Ketika aktiviti sukan, tubuh memproduksi sebum yang bila tidak dibilas akan menghambat pori. Bakteria mudah bersarang di keringat dan minyak.
Mitos : Jika kulit berminyak, selalulah basuh dengan pencuci muka. Fakta : Merawat kulit berminyak memang tidak semudah merawat kulit normal. Minyak yang menempel di wajah lebih terdedah terhadap debu dan kotoran yang boleh menyebabkan jerawat. Minyak di wajah tetap diperlukan dalam kadar tertentu. Jika semua minyak yang ada di wajah dihilangkan, iritasi boleh berlaku. Penggunaan pencuci untuk membersihkan wajah maksima boleh dilakukan empat kali sehari. Pencuci yang digunakan pun mesti khusus untuk kulit berminyak yang memiliki kadar pelembab dan minyak seimbang. Mitos : Krim kolagen membuatkan kulit lebih lentur Fakta : Kolagen adalah molekul dengan ukuran besar, sehingga sulit untuk masuk menembusi lapisan kulit. Cara paling efektif untuk memasukkan kolagen ke dalam kulit adalah dengan menyuntikannya, bukan dengan mengoleskan di permukaan kulit. Mitos : Pelembab dapat mencegah timbulnya kedut. Fakta : Manfaat utama pelembab adalah mencegah kulit kering. Efeknya pun hanya berlangsung beberapa jam. Pelembab memang membuat kulit terasa nyaman kerana mengisi garis-garis di wajah. Namun pelembab tidak mampu mencegah timbulnya kedut tambahan lagi hendak menghilangkannya. Pelembab tidak boleh menembus lapisan kulit yang dalam. Padahal di lapisan itulah mulai terbentuknya kedut. |
*Kalau macam ni tak gunalah SRG aku.haha..
23 comments:
Selama ni memang selalu dengar kalau lepas sukan jangan terus mandi nanti demam. Baru tahu fakta sebenarnya. Aiyaiyai..
oh baru tau ..hehe main hantam je...
yg no 1 tu mmg slalu dgr..sampaikan ada yg takut nak cabut ubat sebab takut nnt tumbuh lg bnyk..eheh..ada gak yg kata..kalo nk cabut sekalipun..kena slow2..
mitos yg pertama memang btl tau..sehelai uban kalau di cabut,dia akan tumbuh 5 helai lagi..
tertarik engan jangan segera mandi selepas bersukan... memang saya kalau lepas bersukan ke, kena relaks dulu, bile peloh dah kering baru la manja2 kan diri kat bilik air.. hehe
yang khalis tau kalau mandi lepas bersenam boleh wat panau..hehe..kena bagi badan sejuk sikit..
memang bercanggah fakta betul dengan ape yang di ketahui selame ni.. huu
patut la bapak ku takut cabut uban,,ada mitos rupanya.
oh..barulah tahu..nk kena suntik muka ngn kolagen lah nih..muka i dah start nk kedut dah nih..
yearghhh...TERRRbaekkk...!!
thanx 4 sharing... =)
betui tau kalu uban di cabut sehelai...10 helai kan tumbuh~slam malam muni
Orang tua cakap mandi lepas bersukan atau berpeluh nanti naik panau kat badan. Rupanya mitos je.
yuyu selalu tlg suami cabut uban..kesian pulak sbb dia duk mengadu gatal..dh mcm org tu pulak..
pasal sun block tu, yuyu nk pakai la lepas ni.walaupun kat rmh
Yang uban gan mandi tue pernah dengar jugak hihihi thanks for sharing..
ahahaha..aku tau SRG tu Rania Gold kan. hahahahha..
actually mak aku kata kalau kulit yang berminyak lambat kedut. walaupun mengundang jerawat tapi biasa nya akanjadi awet muda.. hehehe..
tapi kan kalau kita yang betudung ni. gatal kot kalau sehari tak cuci rambut.
eh kak muni..yeke? sy kalau lps peluh2 bsukan mmg tak terus mandi..tggu peluh kering baru mndi..konon takut badan bpanau...salah la eh? heeeee
hahahaa.. sy bc entry ni pun tibe2 tingat srg..hahahaaa.. kedut jugaklah kulit nmpknya.. hahahahahaaa
tang uban tu smpai le ni akak prcaya.....ngee....
memang ada yang kita salah faham tentang kecantikan ni. tu la bagi mitos yang bukan2. sapa suruh percaya? hehehe...
fakta atau auta
nice entry beb
aku slalu basuh rambut hari2..maybe sbb tu rapuh wuwu
pasal uban tu selalu je dgr... konon kalau cabut lagi banyak tumbuhnya...
fakta vs auta... best2 ;)
sy suke sgt cabut uban..eh,bukan di kpala sndiri yer...dulu uban emak, skrg uban suami..erk :p
alooo..mcm tu kaa.. mama husna slalu sruh kami adik bradik cabut uban dya..xtaw plak knapa..then yg sunblock tu bru taw..wktu mndung lagi bnyak ye uvnya..
wink..wink..^^ safi rania gold..
Post a Comment