Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka. Insomnia, membabitkan beberapa ciri seperti Aiman :
- Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
- Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
Situasi 1 - Sukar untuk mula tidur
"Ibu, bacakan Aiman buku cerita.."
"p tidoq!! ibu ada kerja nie.."
Berkali-kali aku ulang ayat suruhan yang sama malam tadi. Disebabkan hari ini tak sekolah, aku malas mahu mengulit mimpi Aiman di katil. Lagi pula idea sedang mencurah membuat kerja menaip entri. keke..
"Dah, p tidoq!"
Aiman baring disofa kemudian berubah tempat berkali-kali. Lagak si chubby tak ubah seperti kucing nak beranak. Sejam kemudian matanya masih membuntang. Aku masih dengan netbookku. Aiman dari tadi belum mahu memejamkan mata.
"Ibu..tolong la bacakan Aiman buku cerita, satu je!"
At last aku mengalah, kesian pula.
" Jom masuk bilik!"
Selesai kisah Jack dan Kacang Ajaib, si chubby terus dibuai mimpi indah. Selalunya kalau tidurkan Aiman, mesti aku yang tidur dulu. Nampak sangat Aiman dah mengantuk gila!
Situasi 2 - Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula
Minggu lepas aku agak penat, rutin buku cerita aku rasa nak skip saja. Walaupun jelas kecewa diwajah, lepas baca doa memang cepat betul Aiman tidur. Agaknya sama penat dengan ibu sebab bila ibu kerja petang, Aiman ligat betul main di rumah pengasuh.
Pukul dua atau tiga pagi Aiman terjaga. Dia ke tandas buang air kecil. Aku turut terjaga bila Aiman menyarung seluar. Aiman baring dikatil tapi matanya membulat, gelisah tidak mahu melelapkan mata.
"Ibu..bacakan Aiman buku cerita"
Kali ni aku hanya menurut, bukan satu cerita, tapi tiga, di pagi-pagi buta! Yang pasti Aiman tidur semula.
Wahai para doktor, inikah dinamakan insomnia tanpa buku cerita?
21 comments:
alahai kesiannya..amin jadi mcm along...dh 3 minggu kena insomnia...masih brgantung pd ubat..buntu rasanya.....
Bagus aiman.... Bed time story mmg baik utk kanak2. Develop encyclopedic knowledge anak2. Kalo adam, tido ngan tv....
Xde maknanya mama nk bed time story kan dia... Sbb mama tido dulu dr dia. Hee
cerita yang menarik. tetapi pada pandangan saya, jika seseorang budak 2 dah tido petang, malamnya dier akan tidur sendirinya...
Mungkin aiman suka tido siang kot...
aiman nk dgr suara mak dia sblum tido. :)
Nasib baik ibu Aiman rajin membacakan buku cerita utk Aiman....
Kalau akak, belum hbis buku dah zzzzz...
Maryam senang je nak tidor.. kepit je bawah ketiak ibu tidolah dia.. hihi..
heeeee...
insonmnia sbb buku cerita sbb lepas bc buku cerita terus tdo..ngee
tp kan kak..ada kalanya kita pon susah nak tdo gak..mgkin cuaca panas..dah terlebih tdo..buku cerita tu jd rutin ala2 lullaby utk aiman sbb bila dgr je suara akk bc bku cerita mgkin rs ngantuk dia dtg..suara akk mendodoikan aiman..cheewah..;p
doc2 sekalian sila jwb..ira merepek je tu..huu
aku selalu jugak tak leh tido mase kecik. tapi aku bce buku sendiri. tak pun aku main tulis-tulis. aku takot nak kejut mak ayah. nanti kena marah. haha
insomia sindrom anak manja ni puan Muni
kalo camtu saya ni memang ada insomnia la kak...
kelakar aiman....tapi elok untuk kanak-kanak sebelum tido..
kutu bee , no 1 ada , no 2 pun ada .. cuma no 2 tu tetap susah nak tidur , dah tidur terbangun , jd susah nak tidur semula .. cam mana tu ?
ehehe aiman nak ibu bacakan buku cerita saja kot
aiman aiman...
tak pa , itu lah kenangan terndah buat aiman bila dah besar nanti..
anak kakyong x dan nak dibacakan buku sblm tidur.. sbb jenis siang x tidur, main je koje depa.. cuma Aliya jer yg susah tidur.. sindrom nak tidur bawah ketiak ibu.. heheh..
amir un kdg² macam tu bile soh tdo dia cakap x boleh tdo.. nnt dia sibuklah menyanyi.. soh sy nyanyi... tak pernah lg cuba bacakan buku...
@Mohamad Ridhwan Ruslan
the prob is aiman tak pernah tido siang.hehe..
Kesian aiman...
alahaiii.. bila mcm ni, tido kita pun terganggu kan.. tp oklah, sekurg2nya dia suh bc buku cerita... dpt tmbh ilmu n jd bdk pandai ;-)
aiman tak blh tido sbb tak dengar sore muni tu..
mesti aiman teringat2 ibunye bacakan buku sebelum tido bila dia besar nnti.. ;)
ehh..hubby hanie ade insomnia kedua tu ke? simptom2nye ade..tp bile dpt tgn bini kat kepala,baru le lena..hihik :p
parah juga ibunya kalau anak kena insomnia nih..
tp mujur dh dibiasakan dgn buku cerita jd aiman boleh tidur lena..
kalau anak sy senang je..sepit celah ketiak lenalah dia HEHE
bagus juga tu aiman kena dgr ibu bercerita sblm tido.
mujurlah anak2 izan senang tido. kalau sorang2 nak kena baca buku cerita...jenuh juga umminya ni.
Post a Comment