Tu dia sikit punya panjang tajuk. Benda ni lama aku pending nak buat sebab dok fikir nak menguli tu macam azab. Depa kata kena uli setengah jam or sejam. Ohh setengah jam macam-macam boleh buat woo.. Tak sangka kena sekali terus gigih buat kali kedua selang dua hari kemudian. Patut la roti sarang lebah ni sungguh hebat diperkatakan, tengah hot dan fenomena sangat.
Adunan pertama aku uli dalam setengah jam juga, tapi adunan kedua tak sampai setengah jam pun. Aku tak tau la kalau roti orang lagi lembut hebat-hebat rasa (nyanyi gaya Amy Mastura) sebab aku malas uli lama-lama pastu aku malas nak kecahkan oven juga, so aku sumbat dalam pemanggang ajaib senang cerita.huhu
Resepi asal aku salin dari blog ina. Sini aku share yang PK version.
- First step bancuh 1 sudu mauripan + 1 sudu gula dalam 1/2 cawan air suam dan biar hingga berbuih. Bancuh juga 1/2 cawan air dengan 3 or 4 sudu susu tepung. Lagi afdal guna 1/2 cawan plain yogurt.
- 2 cawan tepung + 1 sudu baking powder + 1 sudu garam sebatikan dalam mangkuk adunan. Lepas tu tuang yang no 1 tadi.
- Uli doh sambil masukkan sedikit demi sedikit minyak yang portionnya 1/4 cawan. Aku kurangkan portion minyak untuk sihat ye.hakhak..Uli 1/2 jam or 1 jam atau lebih sampai elastik.
- Rehatkan doh hingga kembang dua kali ganda. Time ni aku sempat lagi bersihkan sawang, mop lantai, tengok TV semua ok!
- Lepas doh dah mengembang dengan jaya kasi tumbuk bagi keluar angin.
- Sapu pemanggang ajaib keseluruhannya dengan minyak supaya roti tak melekat nanti.
- Bentuk doh bulat-bulat ikut suka besar mana pastu atur dalam pemanggang. Aku tak rajin nak buat comel-comel. Kalau doh melekat kat tangan, masa bentukkan guna minyak ye sayang, setel problem.
- Untuk hiasan boleh letak kacang, bijan ke apa benda mak nenek korang suka sebelum bakar.
- Aku panaskan atas api kecik dikedua-dua belah roti. Roti ada garis apa ada hal nak makan sendiri. Kalau nak cantik bakar pakai oven.
- Sambil tunggu roti masak dalam pemanggang ajaib boleh buat kuah butterscoth.
- Keluarkan roti dari pemanggang ajaib pastu curah je kuah.
* Cara buat Kuah Butterscoth : Cairkan 25gm butter kemudian masukkan 1/2 cawan gula perang. Kacau sampai berbuih pastu masukkan 1/2 tin susu cair. Resepi asal guna 1/2 cawan whipping cream. Kalau suka boleh letak 1/2 sudu teh esen vanila. Kacau lagi sampai semua sebati. Siap!
1st attempt |
2nd attempt
Portion adunan sama tapi yang pertama nampak sikit, yang kedua banyak kan. Ini sebabnya yang pertama tu doh roti macam tak berapa lembut. Salah aku juga tunjuk hebat malas sukat air banyak mana. Yang kedua pun aku tak sukat, main agak-agak adjust sendiri.
Kat rumah aku takde stok kacang bagai jadi aku tabur kismis Aiman. Aku letak lepas tuang kuah butterscoth sebab en suami sorang je layan kismis ni. Aku kalau kismis suka makan begitu saja. Ada dekat roti or kek memang aku tak sentuh. Aiman pulak menurun aku.hehe..
Untuk kuah aku kurangkan gula dan guna butter ikut suka hati tak ikut resepi. Kuah butterscoth ni sedap yang amat. Rasa macam pop corn panggung wayang pun ada hinggakan memasing jilat periuk.ngehngeh
23 comments:
assalam PK..rasa macam teringin lak nak buat roti..
acik tak pernah berani nak cuba buat roti
akak tengok ramai yg dah buat ..akak jer belum...nanti rajin boleh lah ikut cara PK..tapi bila ada bab2 menguli ni yg jadi berat nak buat..hehe:)
wah ..mabeles la :D
nampaknya mcm teringin jer mak ni hehe....lama jugak tak buat roti sejak demam roti 3 bulan lepas hehe...
Lupa pulak nak inform ni OKje tag awak tau PK...
http://hainomokje.blogspot.com/2014/05/liebster-award.html
Kalau rasa nk join sila silakanlah yek
wah-wah.... sedapnya... teringin mencuba tapi sejak tak ada bibik ni macam tak cukup masa pulak nak mencuba apa2 pun
Memang suka makan roti ni.. hari makan di rumah makcik abis dua besar dalam gambar tu kami balun hahaha :p
ermmm cantikla roti ni
Selalu jugk dengar ttg roti ni, tapi blm pernah makan..hehe..
sedap nya nengok tu..
Salam,
Tumpang lalu, tumpang lalu walaupun keluar tajuk. Namamu kuseru. Silalah jawab bila ada peluang tanpa ada unsur paksaan.
http://mummydearie.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html
mmg sodap sgt ni,, nanti nak suh anak2 dara den cuba tq share yer
ok, saye suka entry ni sbb boleh buat roti guna pemanggang ajaib. heheh. nnt bleh buat.
suka tgok orang ada bakat baked ni...bukan apa...SA x pandai..dah pernah belajar dan confirm x kan menjadi punya...at last...masak lauk pauk je pandai
mcm bleh masuk masterchef ja ni..hehe...btw, nampak sedap..
glamer tul roti nih
Mmg sedap. Rajin menguli lg gebus gebas.
Tu dia.. dasyatla ibu Aiman ni.. macam2 pandai. Tabik spring ni. Dah macam tauke kedai kek dah ni. Hebatla awak PK. Ai..bila nak rasa ni?
Saja aje tau nak goda-goda orang suruh masuk dapur. Kali ni napa banyak pulak steps dan sukatan bagai ni, PK? Tak boleh ikut suka hati makpak kita ke? Saya ni bab menguli ada liat sikit. BM takda pulak. Nanti kalau seru mengroti sampai, memang kenalah beli BM. I nak main tumbuk-tumbuk ni, tak kuat ler :)
Tgk part butterscotch tu mmg menggoda betul.. Haih, bila la nak meroti jugak ni... Dah lama sgt tak masuk dapur...
fuhhhh mmg meleleh ayaq lioq tiap kali masuk blog PK ni hehe
hohoho terbaiklah...
ANK2 SAYA PUN SUKE MKN... sampai skrg ni kje saya meroti je.. nk bg budak2 ni telan... hihii
As salaam Kak... Nk tnye la bpe lame eak nk kne masak
Post a Comment