Terima kasih pada yang bertandang ke blog tintong aku ni. Aku mintak sory ye line masih lagi macam hampeh, so aktiviti BW menjadi sangat bapak tensen. Waktu berblog dah cukup terhad, line pulak banyak kore, stress jadinya! Jangan merajuk kalau tak nampak aku komen dekat blog korang, keadaan memang sangat tak mengizinkan. Aku akan menyusul datang perlahan-lahan.
Liebster Award ni pun dah ketinggalan zaman. Kalau benda makan dah tahap expired apa! Nak menjoinkan diri pun tak menyempat. Untuk tak menyombongkan diri aku usahakan jawab segala soalan dari MD dan OK Je. Saat akhir aku buat tapi versi tak ikut rules la ek. Walaupun takde yang memaksa, haruslah buat sebagai menghargai persahabatan dialam maya. Sila lap hingus tanda terharu ya kakanda berdua..hakhak
11 Soalan OKje untuk aku jawab :
1) Nama panggilan yang korang suka OKje panggil dan kenapa?
Panggil PK ok je! dah memang tu pun nama pena di blog.
2) Entri korang yang paling best yang korang nak OKje baca?
Semua entry pun best (maknanya KENA BACA SEMUA.hehe..)
3) Satu kebaikan yang ada pada diri korang yang patut OKje tahu?
Orang baik takkan mengaku baik.hehe.
4) Satu sikap buruk korang yang patut OKje tahu?
Malas mandi.muahaha...
5) Bahagian tubuh korang yang korang rasa cantik?
Tangan kot. Walau berat badan naik, tangan dan jari tetap maintain slim.haha
6) Siapakah orang yang ingin korang jumpa kalau diberi peluang?
Mak dan pak, Allahyarham Othman Yusuf dan Allahyarhamah Rodziah Ibrahim.
7) Peristiwa paling best dalam hidup korang?
Bercinta, kawen dan beranak...:)
8) Impian korang yang masih belum tercapai?
Nak ada bisnes sendiri, tak payah jadi kuli, dok rumah goyang kaki duit masyuk (mimpi je la). Nak jadi tetamu Allah ke Mekah (Ameen)
9) Makanan dan minuman yang selalu korang order kalau makan luar?
Koteaw Hailam & Air suam.
10)Kalau korang jadi kaya?
Aku belanja selamba!
11)OKje di mata korang? Nak kritik pun OK ..... mak OK jer!
Comey..awet muda gitu. Entry quite funny mesti orangnya jenis kelakar.
11 Soalan MD untuk aku jawab :
(1) Apakah pendapat you all tentang blog Mummydearie?
Blog peribadi memaparkan kehidupan MD yang digarap penuh emosi. Entry panjang begitu menghiburkan membawa kita sama-sama ke alam penceritaan MD dan watak-wataknya.
(2) Apakah soalan pertama yang hendak ditanya jika bertemu MD?
Berapa gaji MD? Asyik ke mall aje.huhu
(3) Antara MD dan anak-anak, siapakah yang kalian nak jumpa kalau diberi peluang?
Ofkos semua sekali.
Cool, simple, banyak cakap, suka makan, suka masak.
(5) Apakah detik yang paling cemas dalam kehidupan kalian?
Alhamdulillah takde rasanya yang terlalu cemas. Aku kan cool!
(6) Apakah situasi yang paling memalukan yang pernah dihadapi?
Entah! Tak ingat la pulak..
(7) Apakah yang menyebabkan kalian sanggup membaca entri panjang berjela MD ni?
Perasaan macam baca novel cinta, susah nak berhenti baca dan mesti nak tau kesudahan cerita.
(8) Di antara ibu bekerja dan sepenuh masa, yang mana paling mudah dan mengapa?
Mana ada kehidupan yang mudah. Dua-dua pun tak mudah, apa Allah dah tetapkan untuk kita kena la urus biar sampai jadi mudah.
(9) Kalau diberi tiket kapal terbang dan penginapan percuma, ke manakah destinasi pilihan hati?
Mekah
(10) Apa perkataan yang selalu diucapkan lepas tu terasa menyesal?
Any word yang menyakitkan hati orang.
(11) Melalui pengalaman berborak di alam maya bersama MD, sila jelaskan apa pendapat kalian tentang MD di alam nyata (silalah gunakan kuasa imaginasi yang tinggi tu untuk memikirkan bagaimanakan orangnya si MD ni..)
Rasanya MD dialam nyata jenis bukan yang peramah sangat pun pastu tak ramai kawan sebab orang anggap MD sombong. MD ni peramah, orang yang anggap macam tu mungkin kerana MD susah nak ngam dengan sembarangan orang. Cukup tinggi tak kuasa imaginasi besan?haha
11 fakta pasal diri aku secara rawak :
- Anak kedua tapi sebenarnya anak yang ke-3 (abang meninggal masa baby)
- Lahir ikut tingkap (ceaser)
- Muka bersepah ( mana aku pergi mesti ada orang samakan muka aku dengan someone)
- Happy Go Lucky
- Cengeng
- Suka ambik mudah segala benda
- Sangat kurus tak cukup vitamin masa kecik
- Suka kesenian walaupun diri tak berseni
- Penyayang tapi tak pandai nak tunjuk dengan perbuatan (ye-ye je.haha)
- Sebolehnya nak buat semua benda sendiri tanpa bantuan orang lain.
- Tak suka berangan.
OK itu sajo! Aku di kampung Penang selama dua hari. Balik sini tugas hakiki jadi ironchef sajalah..:)
9 comments:
omputih kata, better late than never... cewah! mesti kakak2 berdua tu terharu yg amat :)
Part muka bersepah tu, sama la kita... Gi mana2, orang mesti tanya, "Eh, awak ni sedara dgn si polan si polan ke?"... Huhuhu, cuma setakat duk bradford ni, takde pulak orang tanya soalan mcm ni.... ekekkek
Muka bersepah tu yang tak tahannya..
jawab jangan tak jawab..heheheh
hihih, kekar jugak pn kutu ni.. hihi
TQ PK sudi join .....walaupun sebok main pondok pondok pun masih sempat join hehe....
Eh? makanan kegemaran tu betul ke kuey teow hailam bukan selalu masak mee ketam ke? hehe....
Ohhhh awak kool yeh orangnya PK...eloklah tu tak cepat sakit jantung pun tak berdebar
Hahaha...akhirnya berjaya juga menjoin sekakikan award ni, PK. Kesian pulak kat besan dok sibuk tetiba kena tag 2 kali. Ish, memanglah sekali jumpa kita cam mak datin kesombongannya lepas tu memang tak reti tutup mulut. Tak main dah tutup-tutup mulut nak gelak macam langsuir :)
alamak tertag puan kutu jugak.. random.org mmg suka kat puan kutu kot.. haaaa- walaupun dh byk kali, harap sudi terima yg ni jg.. heee~ http://aniszahirah87.blogspot.com/2014/06/liebster-award-by-puteri-aliya.html
Eh..sama soalan kita pasal gaji MD tu.. mmg kagum tgk aktiviti shooping MD ni kan? Siapa yang muka sama dengan PK tu? Kalau saya masa di kampung, memang orang cam anak Kak Yah. Ke macam artis ni? Nak gi belek gambar PK lah nak teropong sikit..
Menda ni dah habis ke blum? Saya pun kena tag dgn 2 blogger.... masih hutang smpi sekarang.. huhu
Post a Comment