Pixajoy

Tuesday, May 06, 2014

Home » Gnocchi In Da House

Gnocchi In Da House


Pertama kali buat gnocchi. Ni pun terjebak dengan mama jj sebenarnya. Sebelum ni jangan kata nak menyebut tergeliat lidah, gnocchi pun aku tak tau menatang apa. Pada yang tahap jakun tinggi macam aku juga, gnocchi ni kira family pasta. Kalau dah namanya pasta mestilah makanan orang Itali ye tak. 

Bahan-bahan yang diperlukan cuma kentang, tepung dan garam. Aku pandai-pandai sendiri tambah lada hitam. Nak buat tu senang, nak menguli, membentuk tu makan masa. Pada yang ada anak kecik tengah melasak tapi gigih macam aku bersajak jugalah nak menyiapkan. Nasib baik selesai membentuk sebelum pergi ambil Aiman dari Kafa. Balik baru aku sambung merebus.

Cara-cara buat gnocchi kentang : Rebus kentang, toskan dan lecek. Gaul dengan tepung+garam+lada hitam pastu uli sampai adunan tak melekat. Step ni sama macam buat kuih keria ye. Kalau lembik tambah tepung. Dah siap baru bentuk panjang-panjang macam ni.


Yang sebetulnya Gnocchi kena bentuk pakai acu kuih siput. Aku seumur hidup tak pernah buat, so tak payah budget rumah aku ada acuan. Aku potong pastu aku pakai garpu sama macam mama jj. 


Rupa gnocchi sebenar korang boleh google. Setelah dikomersialkan oleh aku tak sangka jadi begini rupa. Ceria dengan pelbagai rupa bentuk biskut makhluk asing.muahaha..


Dah siap bentuk boleh rebus dalam air yang mendidih. Bila timbul tu tanda gnocchi dah masak. Oh ye jangan lupa masukkan sedikit minyak dalam air rebusan supaya gnocchi tak melekat. 


Bila masak angkat dan toskan. Boeh simpan dalam peti ais beberapa hari. Aku buat banyak ni tiga kali masak baru selesai. Gnocchi boleh dihidangkan dengan kuah pilihan macam kuah bolognese, carbonara, creamy sauce, nak melayukan dengan kuah sardin ke whatever suka hati la.


Fried Gnocchi versi aku. Goreng bodo letak udang, sosej,karot, tomato dan buncis. Macam hangpa selalu kata, apa ada pada rupa kan. Kehadapan minah kentang, menu gnocchi ni dah selalu ke awak masak? Kalau belum pernah cuba, amacam? ada berani?hahaha




18 comments:

Nastyna said... Best Blogger Tips

wuishhh....laju jugak u buat. So apa macam? suka tak suka tak... I suka liat2 best jer kunyah, hehehe. Syabas la u.

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

eh saya pon baru tau la menda nih..simple je bahan2 ye..tapi bagus ye leh simpan lama

aneezjaafar said... Best Blogger Tips

mcm best je menu ni.. nyum nyum...

Maria Firdz said... Best Blogger Tips

Wah... Blh try ni... Nmpk sedap..

Time Traveller said... Best Blogger Tips

Rajin benor membuat nyer bagus la huhuuu.. :D

nurbijen said... Best Blogger Tips

nak tergelak baca ayat "makhluk asing" tu.... apa2 pun, rupa tak penting... asalkan rasa terangkat, boleh pejam jer masa telan tu.. hihihi
Goreng mcm tu pun sedap ek? Kira masak style kawin campur la ni... Italian mix malay :)

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Assalam PK..pertama kali acik tau benda alah ni.sedap ye pk

Unknown said... Best Blogger Tips

kite pun first time dengar, baca n tengok...eh ke pernah dgr...ntah la

Adriannasyaz said... Best Blogger Tips

Hebat akk dah join memasak gnocchi ni..hehe..jenuh nk kunyh klu liat2 ni..hehe..ada mcm kunyh dodoi x?

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

serius.. memang nampak sedap!!

AtieYusof said... Best Blogger Tips

patut mcm pernah tgk..rupanya kat N3 Mama JJ...menjadik jga ye...hehe

- AZIE - said... Best Blogger Tips

memg rajin btl la ni...nmpk sedap pulak tue..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Eh, 'minah kentang' tu saya ke? Dah kena komersial nama I rupanya yek :)

PK, kita memanglah pernah lihat, pernah dengar nama tapi kita memang tak pernah buat. Bila kita nampak kita rasa cam susah aje (sebab kita malas tak macam awak yang rajin walaupun berdondang sayang dengan cik pia 24-7 kat dapur tu...)

Apa ni PK? Rasa macam nak nangis pulak. Cheesekut tak settled lagi dah suruh buat gnocchi pulak... Eh, tapi senanglah...takat tiga bahan aje takkanlah 18jam tak cukup nak cari bahan kat Aeon!

LydSunshine said... Best Blogger Tips

wah, cepat betul seru membuat gnocchi tu sampai kat puan kutu. saya tak sempat gugel lagi resepi tu. tgk dr ingredients nya macam senang je. hehe. bleh la nanti,

OKje said... Best Blogger Tips

Ohhhhh inilah dia gnocchinya....pakai tepung gandum aje yeh Pk....mcm mana rasa dia agaknya yeh..... Betullah kata MD tu mcm leceh aje gamaknya...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Tak sempat nak kejar ni. Cheess cake versi tiru PK tapi derhaka ada lagi dlm peti sejuk tu. Buat mcm tak banyak, tapi 3 hari makan tak abis lagi. Tapi tertarik dgn resepi yg ini pula.. alahai

Norliza Osman said... Best Blogger Tips

ishh....sy mmg tak tahu benda ni.tp nampak mcm senang je wat.n cam sedap jer.pas ni nk try la...TQ PK for resepi....hik3.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

mcm snng kan.
ada acu kuih siput tu.nak mmbuatnya mmmm
bercinta la kot..
tgk MAMA JJ buat hri tu teringin jga.
ni tgk PK pulak.
esok lusa comfirm MOMMY MD buat ni.. ater peminat kentang katanya kan. hihi :)