Pixajoy

Saturday, May 03, 2014

Home » Kek Harijadi Simple Untuk Birthday Girl

Kek Harijadi Simple Untuk Birthday Girl



Kami memang tak biasa pun buat sambutan hari lahir. Selalunya beli kek dan keluar makan sahaja. Disebabkan birthday girl tak pandai demand lagi, ibu bikin saja kek simple untuk Afia. Lagipun Afia belum boleh makan kek. Mulanya rasa nak hias buah-buahan menjadi kek, tapi bila fikir-fikir balik siapa yang nak makan. Buah yang dah dikupas dan potong mestilah kena habiskan ye tak. Mana larat kami nak hadap. Afia pun takde gigi. Jenuh nak memuri la pulak lepas tu. Terus cancel! Mungkin akan diusahakan tahun depan.hehe..


Aku guna strawberry swiss roll cake seperti gambar. Aku potong kepada 9 bahagian, atur masuk bekas pastu tuang cream cheese dan tabur cheddar cheese. Aku buat satu layer saja. Lebihan kek aku buat lagi satu adunan campur dalam cheesekut. Mulanya berangan nak buat buttercream tulis happy birthday dan nama Afia, malas punya pasal aku campak terus coklat nips atas kek.


Begini rupa kek yang dah siap. Strawberry Nips Cheese Cake nama diberi. Cucuk happy birthday ikut posisi kegemaran. Boleh juga ubah kedudukan setiap seminit.haha Buta deko-deko Eric sungguh. Katanya simple!


Kan dah kata, lepas seminit dah ubah kedudukan. Yang pelik tu pandai pulak tala ikut kamera.hakhak..Nampak tak tangan birthday girl? Sibuk dia nak terkam kek harijadi dia tau. Bergegar semua gambar birthday girl. 


Dapat pegang happy birthday tu baru diam sesaat. Cepat-cepat snap gambar sebelum Afia kembali menerkam kek. 


Malas potong sebab yang nak hadapnya kami-kami je. Kaut je kek masuk mulut pakai sudu. Nyum-nyum!







19 comments:

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

simple pun takpe janji sodap...nampak menarik kek tu..:)

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah..spesial nya kek Afia ni. Ibu buat dengan penuh kasih sayang ni pasti sedap.. mana Afia tak geram nak terkam, penuh coklat warna warni tu.. terus terasa nak makan kan Afia..

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

HAPPY BIRTHDAY AFIA yg comey.Buat camtu..br kek laju jer habis yer puan kutu :)

NzA said... Best Blogger Tips

Selamat ulg thn Afia syg..moga membesar menjadi anak cemerlang..InsyaAllah....

wah bestnya kek ibu afia tu..terliur auntie tgk.....mintak sikit.

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Pk beli kek yang dah siap kemudian hias ye..senang kan cam tu camana la acik tak terfikir nan buat

sitirohaida said... Best Blogger Tips

Lagi mudah kan...

Maria Firdz said... Best Blogger Tips

Nampak sedap tu walaupun simple...

Nastyna said... Best Blogger Tips

banyak nyer cik Pia makan kek, tetttttt. Heheh Happy Birthday CIk Pia, may Allah bless u and membesar jadi anak cemerlang, gemilang dan terbilang. Banyak lagi ker stok cheese uols nih? Kalau dekat nak jer I postkan sekaton besar cheese untuk uols tau.

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

happy birthday Afia...dia geram tengok warna warni tu...simple je cara buatnya...

norhasnizakhalid said... Best Blogger Tips

comelnya dia, kek pun nampak sedap.. terliur pulak unty, meh! nak rasa cikit boleyy..

OKje said... Best Blogger Tips

Hehe....kreatif sungguh PK ni....kek gulung pun boleh jadi Strobery cheese cake akhirnya....
Hepy Bezday Cik Pia.....

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

kreatif betoi muni ni tau.. nmpak sedap plak tu.. maunya tak sedap.. keju tu... hihi

Cik Rose said... Best Blogger Tips

simple n sedap :)

aIEn said... Best Blogger Tips

selamat hari jadi Alfia =)

Aneez Jaafar said... Best Blogger Tips

salam singgah cari resepi terus follow. cute je. simple dan nyumnyum.. cheese nala punya byk... haa

Mummydearie said... Best Blogger Tips

PK oh PK! Tak terlarat dah menengok cream cheese ke apa. Saya punya stok kerja habis aje tapi kek tak siap2 gak. Macamanalah kat rumah PK ni asyik 24-7 ada makanan sedap nih! Buat sendiri dengan penuh kasih-sayang lagilah gembira hati Afia walaupun dia tak tahu lagi. Afia tak pandai makan takpa, ibunya kan ada :)

- AZIE - said... Best Blogger Tips

simple, memg btl kreatip!

LydSunshine said... Best Blogger Tips

sempoi betul makan terus je drpd bekas. hepi belated bday cik pia. macik lyd doakan afia akan jadi insan yang berkualiti.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

specialnya kek afia.. :)
kraetip la pk ..