Pixajoy

Wednesday, May 14, 2014

Home » BW, Karipap, Teh Ais, Memuri

BW, Karipap, Teh Ais, Memuri



Internet aku ni dah habis limit agaknya slow yang amat. Cepat sangat habisnya. Laki aku sepanjang hari dok mengadap youtube tengok pontianak Ziela Jalil pastu Ali Setan apa mak nenek. Lately aku pun dok gila google baju raya si bambam sampai kadang-kadang tertidur sebelum sempat shutdown netbook. Tu belum lagi aku hadap resepi carian google kan.huhu

Sebelum ni takde la teruk sampai tahap macam ni. Keadaan cuaca mungkin. Tak guna aku buat ramalan ke akar umbi pun kalau aktiviti BW terjejas teruk. Dah la masa berkualiti untuk diri sendiri pun terhad. Bila nak BW line pulak semput. Baca punya baca, tunggu punya tunggu nak komen tak boleh. Tak ke tintong jadinya. 


Dua hari berturut-turut makan karipap homemade. Bukan selalu dapat jumpa menu karipap ni tau. Nak menggentel mengelip tu yang malas. Setahun sekali dua je buat. Kali ni buat inti kentang+ikan bilis+udang comel. Hari kedua nak habiskan doh karipap punya pasal aku belasah sosej+udang kecik+bawang untuk inti. Famili perut dinosour sekali belasah habis licin semua. 

Kat belakang tu teh ais sedap macam kedai. Manis lemak cukup. En suami kata bukan aku kata.Mana tak sedap, satu jag ni setengah tin susu + 5 uncang teh aku letak. Berebut tiga beranak minum. Heaven gila masuk tekak. Tambah heaven sebab dah lama gila tak buat air manis plus air batu. Tak minum air batu dan susu pekat tu rahsia perut kempis ok (macam la perut kau tak buncit.hehe..)

Aku kursus hari ni. Pukul 3 pagi bangun memuri. Stok puri dah habis tak sempat buat malam tadi. Almaklum si bambam takde gigi. Pulak tu makan tau nak senang telan tak rajin nak kunyah sama macam abang dia dulu. Semoga aku tak tidur kursus nanti. Entry bebel takde motif rugi je siapa baca.Daa..







25 comments:

norhasnizakhalid said... Best Blogger Tips

ahh, mengundang kelaparan di perut..

Time Traveller said... Best Blogger Tips

Okla tu buat karipap sekali sekala kan.. :D

Nak tahu jugak karipap buat pakai tangan 100% ker tau ada alat tekap terus jadi tu huhuhuu :P

Umi Nazrah said... Best Blogger Tips

salam singgah. sedapnyaaaaaa nengok gambar pepagi ni. hehehhe. terliur sudaaaa :D

lieyalatif said... Best Blogger Tips

selamat berkursus cik puan kutu heheeheheh

wow pandai cik puan kutu buat karipap....okey latu setahun due kali buat...lieya? beli frozen jek buat stok dlm esbok haahahaha...acuan karipap ade 2 jensi kat umah tu besar satu kecik satu...tapi nak buat tak buat2 sbb mcm takut tak jadi heheehhhe

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

alamak terrrugi pulak baca..hahaha..
sedap tu teh ais tu...

ummiross said... Best Blogger Tips

Salam..

Terima kasih singgah blog ummi.

Bestnya karipap buat sendiri, minum pula dengan teh ais kaw kaw!!! tu.
Terasa nak buat teh ais juga ni..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Sebab kita suka membebellah orang rindu kalau tak nampak sehari dua, tak ke gitu PK?

Wah, memang dapat melihat dari jauh ajelah PK teh ais dan karipap tu. Kalau hulur kat besan, lagilah cepat habis dan tak perlu risau perut buncitkan... Itulah pasal, orang dok hint berkali-kali still tak faham lagi nih! Aduyai ...

Part puri memuri ni so sorrylah... I long, long time ago no puree-puree anymore hokey!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

Ya Allah kak saja tau..
dah lama gak saya tak menguli doh buat karipap. hari2 dok membeli je karipap la ni.

teh ais tu... mmm, dapnya :)

Anonymous said... Best Blogger Tips

slmt berkursus yer,,, nampak sedap betul kpap tu hehehe

NzA said... Best Blogger Tips

Fuh.....mengancam tu karipap + teh ais mengancam tu....t5etiba rasa nk minum teh air.....

intanfirdaus247 said... Best Blogger Tips

salam pk..lamanya intan x mai singgah sini sbb jarang berblog..pk sihat ka? amboeh sedapnya karipap

eita said... Best Blogger Tips

dah lama tak makan karipap...mengidam lah plok...huhuhu

nurbijen said... Best Blogger Tips

Ok la tau kalau dua kali setahun buat karipap... saya sepanjang duk bradford ni, baru sekali cuba buat karipap... tapi tak berapa menjadi.... lepas tu, mmg dah malas nak menguli... terasa nak makan karipap, order jer dgn jiran sebelah rumah :)
Mmg menggoda teh ais tu... Dah lama sgt tak layan teh ais ni.... saje are tau...

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

rajinnya PK buat karipap...noe x pernah buat sendiri...tolong2 tu ada la...hehehe...dah dpt pujian en abe...mmg sedap la tu..mcm kat kedai.. :)

Hazyyy said... Best Blogger Tips

samalah kita kak PK !
bila tenet lembab, then dah baca, x boleh komen ! geram !
akak punya karipap nampak sedap la! terliur ! suka inti keledek XD

Hazyyy said... Best Blogger Tips

kak PK ! sedapnya karipap tu ! lagi sedap kalau kasi hazy sikit. hehee

anamizu said... Best Blogger Tips

haaa tidoq pa time kursus! hehe
ibu aiman mmg rajin sgguh buat makan hehe

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

Wah memuri pula :) buat sendiri lebih sedapkan karipap.. :)

Masya said... Best Blogger Tips

karipap homemade .. terbaiklah...

PetakBunga said... Best Blogger Tips

haha..
pontinak ziela jalil?
ada ek..

kita pn slow dh bw skrg..line tenet cepat habis..
apsal eh?
haha?

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. slow2 pun dpt up beberapa entry juga.. bagus2.. mng rindu kalau geng meroyan tak update blog.. serius ni.

mmg sesuai la badan Aiman.. ibunya pandai dan rajin masak macam2. Adoi..jeles nya thk karipap tu..yang kurang minat teh ni pun kalau dah baca perincian teh macam ni rasa nak pula... haha..

Ibu Lala said... Best Blogger Tips

Tiap2 mgu mesti beli karipap utk ank2. Beli 3 atau 4 ketul je. Tu pun kdg x hbs. Depa x kaki mkn.

OKje said... Best Blogger Tips

mula mula duk pikiaq apa le memuri.... baca kaloo baru faham hehe...puree utk mek pia ghupenya....
Best weyh... karipap tu....

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

pandai muni kelim yer... saya tak reti.. nak beli acuan dia sampai skrg xbeli2 lagi... haihh

Masya said... Best Blogger Tips

lama tak buat karipap .. rindunya nak kelim tepi tu... dulu salu tlg mak