Friday, February 24, 2012
Home »
Kerana Sihir
Sihir itu berdosa besar. Semua orang pun tahu.
Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan. Kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut.
Nauzubillah..
Dorongan hasad dengki punca beliau terkena sihir. Beliau berumur tiga puluhan, lemah lembut dan kecil molek orangnya. Melalui cerita beliau, si polan dan si polan itu yang berjaya menghuru harakan hidupnya. Kalau aku terjemahkan satu persatu, berdiri tegak juga romaku. Cukuplah aku katakan beliau masih dalam proses pemulihan menggunakan perubatan Islam.
Penghijrahan tempat kerja kira-kira 9 bulan dulu seperti terkena kejutan budaya rasanya. Banyak cerita yang tidak sedap aku dengar.
"Akak cuma nak pesan, kalau si polan dan si polan tu bagi apa-apa hati-hatilah..Depa ni suka bagi makanan. Kalau dah kena susah nak berubat. Terpulanglah nak percaya ke tak..akak cuma nak pesan, sebab hang orang baru, tak tau lagi orang kat sini macam mana perangainya.."
Hal ini keluar dari mulut akak kecil molek tadi.
Semalam aku terpaksa menipu bila si polan bertanya tentang makanan pemberiannya. Sampai sekarang aku masih mengambil langkah berhati-hati. Sudah beberapa kali pemberian daripada si polan dan si polan itu menjadi jamahan tong sampah. Aku kira ini saja langkah terbaik.
Bukankah menipu itu satu dosa? Bagaimana kalau pemberian si polan dan si polan itu sebenarnya ikhlas? Rezeki yang selalu menyinggah di tong sampah itu bagaimana pula hukumnya? Semoga Allah ampunkan dosa aku.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 comments:
Akak, ummi saya cakap kalau nak elak kena perbuatan khianat orang, kena makan asam keping...macam dalam masakan yang masuk asam keping tuh, jgn buang tapi makan...lagi satu sy xpasti betul ke tak,langkah makanan tuh...huhuhuhu...paknjang sy selalu buat mcm nih kalau bekas isteri dia bagi makanan...huhu...Wallahua'lam..
Keluarga terdekat ramai juga yg kene. Smtimes, org main tuju angin. Santau. Dulu, susah jugak nk percaya, tp bila nmpk dgn mata sndiri, yg x logik byk berlaku. Sihir.
Tak tahu nak komen apa....cuma semua penyakit datangnya dari Allah..sebab tu tak suka sangat berubat secara traditional ni sebab pasti dia akan cakap si polan dan si polan itu, itu kalau betul2 dia buat kalau tak dapat dosa kering je kita.... tentang perubatan islamik yang dikatakan tu akak pulak rasa macam pelik, sebab siap bagitahu tu si polan dan si polan, pelik jugakan...akak suami isteri pernah sakit misteri sebab kami check up dr, dr sahkan kami ni sihat tapi kami berdua tak terdaya, rasa demam panas tapi pergi klinik ok tak ada apa.. kemudian kami berubat di darul syifaq , alhamdulillah akhirnya kami sihat dan kami sendiri tak tahu apa kena sebab bila di tanya jawapannya mudah sahaja...semua penyakit datang dari Allah, dan kita cuma perlu berdoa sahaja....InsyaAllah...
Wallahuaklam...
susah jugak kalau gitu ye muni...kalau kena kt kak fieda pun serba salah dibuatnya...
aik..lani pon ade nak main sihir kenekan org lagi ke..risau pulak aku baca entri ko ni kutu..nak2 jenis orang banyak musuh ni kan..adehh..
Kadang terpaksa lakukan daripada bila dah terkena sebab kita bukan jenis yg pandai nak mengelak...
Mesti jadi serba-salah PK jadinya. Tapi baik berhati-hatilah...
susah nak percaya kalau kes mcm kat atas tue hah... kengkadang tue org yg memberi tue tak bersalah pun...
itulah islam suruh kita baca bismillah pastu disertakan doa makan sebelum kita makan.. moga dijauhkan dari segala macam benda buruk kat makanan tue
tipu sunat lah tu kirenye kutu ... eloklah berhati2 drpd jadi mangsa sihir kan... ? mintak simpang ya Allah ...! ape kes laa nak sihir2 org ni..xtakut azab tuhan ke?
entahlah dik...kita sukar utk mngetahui ssorang itu ikhlas atau tidak..cuma perlu sntiasa berhati2...
ayah sy pun kena :(
sy dok berulang alik ke kmpung kat kedah sana nun sbb ini lah..
knp mereka ni,membelakangkan agama sndiri hny sbb dengki n marah?
sy tertanya2...puaskah hati dgn menggadaikan iman???
kalau air yg disihir..kita baca certain ayat..gelas tersebut akan pecah..utk makanan..mngkn boleh dilakukan perkara yg sama..
lebih baik mencegah dari mengubat kn..hati manusia ni kita x boleh nak duga..dlm kebaikan yg ditunjukkan.mungkin ada rasa iri yg tidak kita ketahui :)
Memang sukar menilai manusia..
Jadi, kita perlu sentiasa berhati2..
Tentu MP dlm dilemakan?? Lebih baik bertanya kpd yg lebih arif..
sbut psl sihir tringat cerita santau merasuk smlm sbb tertengok
psst: welcome back!!
smoga trhindar dari sihir dan segala bntuk penipuan
nak ambil salah, tak nak ambil pun salah.. serba salah jadinya kan.. apa pun kita berserah kepada Allah, kerana Dia lah penentu segalanya...
Pasti ada doa untuk mengetahui samaada pemberian itu ikhlas ata berniat jahat kan..
hati-hati jelah..
mmg wujud pon perbuatan santau nih..sedara sy penah kena..buncit perutnya penuh air sabun..dh meninggal pon
yg sedihnya, sihir sangat glemer dlm kalangan org melayu islam...hmmm...
Wah, dilema gak ek PK? makan, takut lak kat sihir. Tak makan, kena lak menipu sbb nak jaga hati orang.
Tapi nak jumpa bomoh tuk tangani masalah ni lak da dianggap syirik, membelakangkan Maha Pencipta. Hmm..
Tp sy sokong kot PK tak makan, sbb langkah berhati2 ni harus walau kita tak nak percaya.
sihir ni sukar kita nak jangka.. berserahlah kepada Allah sahaja..
ahli keluarga sy pernah kena..sgt menyedihkan..beringat sebelum kena..mak sy selalu pesan amalkan doa pelindung ke mana saja kita melangkah~
MasyaAllah, kenapalah ada org sebegini...mmg xde kerja ke org2 mcm nie..xtakut dosa..moga PK berhati2 ye....risau lak akak....
yeke kak..hati2 la ea..nape la jd gtu..tak baik kan ada PHD sesama sendiri ni..
ermm...kalau akk rs lain mcm tu better xyah mkn la...
family belah mertua aku dah meninggal kene buatan orang.semasa nazak dia ada sebut a few names adalah keluarha dekat yg tak rapat.
sihir niberpunca mmg dari hasad dengki. peliknya orang melayu ni majoriti yg sibuk nak amalkannya.tak faham jugak kenapa.org yg buat tu hanya puas hati di dunia. dia tak ingat azab akhirat ke. nauzubillah.
nauzubillah... kenapa ye org2 macam tu tak takut dgn azab Allah kelak.
harap2 apa yg kutu buat tu sbg langkah berhati2 sblm benda yg lebih buruk berlaku... Allah Maha Mengetahui kan...
pasal explain orang menyampah tu aku nyer experience orang ckp aku tunjuk bagus. anak bos la ape la. kecik ati i tau.. uhuk.
http://wanwidget.com/
jom tgk blog saya ada paparkan pasal jin jin ni terbaru
kalau sy jd cm muni.. sy pun akn wat gitu jugak.. ambik tp lps tu buang..
kadang2 org nak cuba ilmu , tapi takut gak kan kutu .. tapi selalu dengar org alim ulama cakap , kalau tk kerana allah benarkan penyakit tu tak akan dapat kat kita :)
Arwah ibu Cik rose pun kena cam tue jugak....kata orang...Hanya Allah Maha mengetahui...
susah juga nak cakap. tapi nak berdengki buat apa kan? mcm keluarga angkat suami. jiran belakang rumah dengkikan keluarga tu. siap jumpa bomoh siam lagi. adoiii... last2 pindah rumah baru la aman sikit. kalau tak, wifenya asyik sakit je.
Post a Comment