Sebagai manusia kita mesti terus menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.
Percakapan ditelefon dengan adik beliau Aishah, kedengaran sayu. Aku jarang melihat beliau menangis. Aku tahu kaum adam bukan murah dengan air mata. Hari ini aku nampak matanya merah. Bukan mudah air jernih menitik kalau hati lelakinya tersentuh. Aku memasang telinga untuk menangkap butir bicara mereka. Kedengaran perkataan sabar disebut berungkali.
Benar kita tidak tahu apa yang Allah telah aturkan buat kita. Perancangan dan impian kita bukan semuanya akan terjadi indah. Tetapi sebagai hambaNYA, jangan kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT.
Mungkin ini dugaan buat Afi, dugaan buat kami sekeluarga juga.
Aiman dan Adik Afi |
Mata adalah deria yang sangat berharga untuk menikmati segala keindahan alam. Untuk mengetahui, memahami dan mentafsir dunia luar merupakan fungsi otak, dikecapi dengan mata. Pemeriksaan doktor mengesahkan Afi tiada anak mata di kedua-dua belah. Beberapa hari lagi Afi akan ke Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
Berita tentang Afi memang mendetik kesedihan kami sekeluarga. Buat Aishah dan Nizam, tabahlah berdepan dugaan. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Muhammad Afi Nazwan.
27 comments:
alahai kesianya...hope xder ape2..
masyaallah,,besar sungguh dugaan..apa pun..semoga adik en suami tabah dan sabar menghadapi dugaan..amin
sedihlah Puan Muni, semoga baby Afi macam baby normal yang lain...
Ya Allah, berikan ketabahan dan kekuatan buat keluarga ini melalui ujian dariMu..Semoga Kau permudahkan segala2nya...amin
sedih membaca n3 ini krn akak juga sdg brdepan dgn ujian ttg kesihatan Qaisara balqis a.k.a Sara Auni......
beratnya dugaan ni muni...semoga ibu n ayah Afi tabah menghadapinya ya...aminn...
tsentuhnya.... Ya Allah smoga mreka tabah. ksian ank kcil ini
Semoga mereka tabah. Kerana, afi memerlukan sokongan mereka
Ya Allah, semoga semuanya baik-baik nanti. Sedihlaaa :(
Dalam keadaan ini, berserah kepada Dia sahaja yang mampu dilakukan. Dia yang akan mengaturkan para doktor dan jururawat, dia yang akan mengaturkan perjalanan waktu dan masa, Dia yang menetukan segalanya. Semoga keluarga Afi tabah dengan segala dugaan mendatang.
Komen2 kat atas, semoga dimakbulkan hendaknya.
Allahuakbar.Tesentuh rasa hati ni.Smoga Allah mgantikan pandangan mata itu dgn pandangan mata hati yg lebih terang dan mulia
kesiannya..semoga ada keajaiban..
semoga mereka sekeluarga tabah menerima segalanya...
ya allah... x dpt bygkan perasaan ibu bapa adik afi... mknanya adik afi x dpt melihat? lya percaya..pasti ada hadiah y sgt2 besar di sebalik apa y terjadi ni.. kdg2 allah berikan kita ujian y besar..krh Dia ingin menghadiahkan sesuatu utk hambanya... smoga adik afi cpt2 smbuh..dan dipermudahkan sgala urusannya..
semoga kedua ibubapa Afi tabah menerima dugaan ini.
dugaanye buat si bu terutamanya ... moga dpt jumpa solusi perubatannya...
kak muni, knp dgn afi?
mesti c parent afi runsing krn benda ni
aku tumpang simpati
mharapkan ada good news lps check up kat kl nanti
kasihan afi..ada hikmah pemberian Allah ni
pasti berat utk terima dugaan yg menimpa..smoga pasangan tabah hendaknya~
dugaan...smoga ada hikmahnya dugaan ini kak..
sbr yea..kesian adik afi...
ya allah..
ada hikmah d sbalik kjadian..
harap family afi sabar ye..
Ya Allah, Kau mudahkan la perjalanan hidup adik Afi. sayu aku baca berita ni.
semoga mak ayah afi kuat hadapi dugaan ni. untuk afi semoga selamat dan sihat. ~mengharapkan keajaiban
Ya Allah.. tegak bulu roma baca entry nih.. sedih.. xtau nk ckp camne.. kita pun ada ank kan.. sedikit sbnyak kita phm naluri seorg ibu..
apa2 pun, sy doakn yg terbaik utk afi..
salam kutu , tk pernah dengar penyakit mcm ni , tapi besabar je lah nak buat cam mana ketentuan ILAHI kan .. sedihnya ..
Terharu membacanya....Semoga mak ayah afi kuat menempuh dugaan ini....Amin...
Ya Allah, keluarganya terduga sebegitu hebat juga ya. pada orang yang sabar Allah turunkan dugaan sebegini untuk menguji. cuma kadang2 kita je alpa dan lupa. harap adik Afi sihat2 je adanya.
Post a Comment