Dok tunggu masa je ni nak bersalin, sepatutnya dah lengkap la kan persiapan untuk berpantang. Basically semua dah cukup la kot. Aku pantang jenis simple je..berurut, jaga makan, mandi air panas, telan ubat pantang, berstokin, bertungku, berbengkung je pun. Tu pun bab mandi, bertungku dan bebengkung bukan istiqomah sangat.haha. Param pilis apa benda tu memang tak pernah guna. Tapi dalam set NR tu ada juga kan Minyak Herbanika yang fungsinya sama macam param.
Ubat Bersalin
Tempohari dah beli Set Bersalin NR, so sepanjang pantang aku akan consume Phytonatal dan Akar Herbanika ni. Walaupun katanya NR ni bukan jamu, dia herba dan mesra jaundis, sebolehnya aku tak nak ambil risiko kot la anak kuning. Buat permulaan aku akan makan dulu Set Bersalin Basic Shaklee ( Vitalea, Vitamin C, Zinc Complex dan B Complex). Ubat yang hospital bekalkan pun aku akan cuba makan sampai habis. Paling cepat mungkin 2 minggu lepas bersalin baru aku akan mulakan dengan NR.
Mandian Herba, Lulur dan Scrub.
Kalau dok kampung mungkin senang nak dapatkan serai wangi apa mak nenek yang fresh tu. Sekarang dah banyak jual yang jenis bunjut dan herba kering. Aku beli Mandian Herba Nawal ni. Senang sikit kerja. Nanti tinggal rebus je. Untuk lulur guna Herbanika NR pastu skrub tu dari D' Herbs, en suami dapat free dari Dato Alif terlajak laris. Aku rembat untuk guna dalam pantang. Kalau tak gebu lagi nanti tak tau la.hehe..
Bertungku
Bab bertungku ni biasanya memang aku guna daun mengkudu. Tak tahu la aku en suami nak cari kat mana nanti. Sepanjang ada stok daun mengkudu mungkin aku akan bertungku secara tradisional kot, balut tungku dengan daun mengkudu dan kain. Lepas tu pakai Sarung Tungku Herba je la. Aku beli untuk mudahkan aku bertungku sendiri nanti bila mak dah tak ada, en suami pun dah naik kerja.
Cucian Miss V
Lepas bersalin aku biasa guna ubat luka yang doktor beri. Cara tradisional untuk cepat sembuhkan luka, aku basuh dengan air suam yang direndam asam keping or garam. Bila luka dah sembuh baru la cuba guna Uncang Cuci Herbanika ni rasanya. Tengok keadaan la. Tapi sebolehnya tak nak ambil risiko takut tak sesuai dan luka lambat sembuh. Melalui apa yang aku baca pun katanya memang kena elakkan ubat tradisional atau herba dalam tempoh 10 hari luka dijahit. Wallahualam.
Berbengkung
Dok berangan dalam pantang siang nak pakai bengkung jenis tali..malam pakai bengkung moden. Tak tau la kot terus jadi angan-angan mat jenin sampai kesudah.hehe.
Yang jenis tali ni beli masa Afia dulu. Benda dah ada guna yang ni je la tak beli baru pun. Mula macam nak beli lagi satu bengkung moden untuk pakai waktu malam, senang tak payah nak bertali segala, tapi bila fikir mana tahu kot tak dapat bersalin normal (walau tak minta czer tapi bersedia dengan sebarang kemungkinan) dah kena beli bengkung yang sesuai untuk czer plak kan. So aku ambil keputusan kalau nak beli pun beli je bengkung moden lepas bersalin. Order online, nanti sampai dimuka pintu. Agak macam malas nak bengkung tak payah beli terus.hihi
Untuk berbengkung biasanya memang aku guna cara tradisional sapu dengan campuran kapur makan dan limau. Katanya tukang urut nak sediakan sekali ubat barut, tak tahulah jenis apa..tapi aku fikir agak-agak dah malas terus sapu je dengan Krim Herbanika Barut NR. Lagi-lagi waktu malam tak kuasa dah nak bancuh kapur. Ni pun kalau malam macam la aku rajin berbengkung sangat kan. Silap-silap tak luak krim ni. Belum pantang lagi semangat dah tak kental.haha..
Makanan Berpantang
Biskut pantang tu perkara wajib la. Mesti sentiasa ada stok. Dalam pantang memang bernafsu aku dengan biskut. Orang menyusu ni lapaq kot. Selain tu stok susu tepung, milo, nestum, horlicks, oat dan cereals kena sediakan juga. Makanan sunnah macam kurma, kismis, buah tin dan madu tak dilupa.
Menu berpantang mula-mula memang mak mertua masakkan. Dah mak yang nak jaga sepanjang seminggu dua dalam pantang. Menu mak aku dah boleh agak, biasanya ikan singgang, ikan bilis sangai, lada hitam tumbuk pastu sup sayur sawi. Pi mai pi mai itu je la menunya. Lepas mak tak ada pepandai la aku masak sendiri ikut tekak aku. Yang penting memang akan elakkan minyak..semua masak rebus dan bakar sahaja sepanjang pantang. Katanya nak cepat kurus kan.huhu
Tukang Urut
Aku akan berurut selama tiga hari je la macam sebelum-sebelum ni. Tukang urutnya macam dah ada..nanti kena call sekali lagi untuk double comfirm. Kalau tak ada sangat tukang urut terpaksa la guna khidmat mak bidan yang sama masa bersalin Afia dulu. Kalau boleh aku nak cuba orang lain..bagi aku skill urutan dia tak best langsung pun. Mungkin tak sedap bagi aku..tapi best bagi orang lain. Pastu kalau sempat nanti balik kampung mungkin akan ambil servis kawan aku untuk buat urut sekali lagi. Berapa banyak mungkin daaa...
Semoga dipermudahkan fasa bersalin dan fasa berpantang hendaknya. Amin!