Salam 4 Ramadhan. Dua tahun lepas merasa pengalaman berpuasa ketika menyusukan anak, tahun ni ingatkan boleh la diet waktu berpuasa tapi dah jadi lain.hehe. Hari ni usia kandungan 38 week 5 day. Alhamdulillah 3 hari dah kan dapat berpuasa penuh sebagai ibu sarat mengandung, dah boleh share pengalaman dah kot.harhar..
Hari pertama puasa agak struggle mungkin sebab belum dapat rentak. Kebetulan 1 Ramadhan tu cuti, jadi melepak baring dan tidur aje kerjanya. Sehari memang tak buat apa-apa aktiviti selain lipat kain baju yang selori dalam bilik. Tu pun rasa dah lepak sangat. Sahur tu menu simple saja sambal ketuk, ikan bilis goreng plus telur mata. Selera je makan macam biasa, tak kerja so ingat boleh la puasa penuh.
Bila petang around pukul 5 tu rasa kering tekak gila, ketaq kaki tapi memikirkan tak berapa jam lagi nak buka aku gagahi jua. Solat pun dalam keadaan duduk. Dah lemau asyik tidur je baby pun lemau gak kurang aktif. Konon la nak ke bazar Kepala Batas port peberet kami tapi en suami larang, katanya kalau aku pengsan tengah jalan naya.haha.
Afia yang dah sibuk siap pakai baju nak ke pasar katanya ikut abah dan abang Aiman ke bazar berdekatan. Aku hanya masak nasi dan buat air cincau. En suami beli ayam golek sekor plus daging bakar plus kerabu kaki plus karipap, tu je la menu berbuka. Berbuka pun aku rilex je makan dengan banyaknya.hihi..
Esoknya 2 Ramadhan sahur nasi goreng. Hari ni kerja pagi so aku macam tak berapa confident la sangat boleh bertahan puasa sampai petang. Lagipun memang planning lepas Zohor tu nak shopping baju raya anak-anak. Jahat tau dah niat nak buka puasa je kot lepas balik kerja.haha..Tak sangka hari ni Allah bagi kekuatan luar biasa. Baby pun aktif je gerak. Kuat aku sepanjang hari. Pergi Parkson pastu ke Tesco kuat sungguh jalan walaupun bawak perut besar. Lumrah wanita kot, bab shopping number 1.hahaha..
Lepas shopping terus berbuka kat kedai. Ambil set untuk 4 orang makan menu siakap sweet sour, tomyam campur, daging masak merah, telur dadar dan kailan ikan masin. Air fresh orange 3 gelas complete termasuk dalam set. Punya tamak pergi tambah lagi kerabu mangga. Sudahnya tak larat nak menghabiskan. Nasib la ada mak buyung dengan pak yang lama membuyung ni. Ratah lauk bagi selesai juga. Sory ye tayang makanan, bagi chance la tak berapa hari je lagi aku nak makan sedap.hehe..
Pagi esoknya sahur masih sendawa menu berbuka semalam tengok nasi dah tak lalu. Sediakan roti dengan kaya pun tak siapa sentuh. Sahur makan cornflakes dengan air nestum saja lor.
Alhamdulillah Allah permudahkan juga puasa ketiga. Tak rasa lapar dan dahaga langsung cuma penat dan mengantuk sikit. Balik kerja tidur kejap pastu sejam lagi nak berbuka baru kalut masak. Menu simple telur dadar, terung bakar dengan sambal ikan bilis je mampu masak. En suami balik berbuka kat rumah belikan murtabak and again aku buat air cincau.
Selagi sihat dan tak ada keletihan melampau yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan baby rasaya takdelah susah sangat nak puasa walaupun tengah sarat mengandung. Yang penting minum air banyak dan makan kurma waktu sahur dan berbuka. Itu je yang aku amalkan. Yang lain tu Insyaallah Allah bantu..janji niat kita baik, nak mengganti puasa nanti lepas bersalin tengah menyusu cabaran juga tu. Semoga Allah permudahkan aku puasa penuh sampai deliver nanti.
hahahhaha tang shopping tu mmg gelak sakan... tapi betul la kot.. kebanyakkan org perempuan, kalau dapat window shopping pun tak rasa hilang semua sakit2... nak dekat due dah yea... 38 weeks... moga Allah permudahkan segala urusan.
ReplyDeletesaya dulu masa mengandungkan Alisya puasa penuh... hehehe sebab biasa kalau saya pregnant, encik hubby yang loya dan muntah-muntah... saya rileks saja... hehehe kenangan betul...
Sedawa semalam tu buat yang membaca ni tersenyum haha.. alhamdulillah Allah permudahkan walau pegi shoping pun dapat bertahan lagi.. macammana la Afia nanti tinggal dengan abang..sekejap ja kan..lepas tu jumpa adik..
ReplyDeleteAlhamdulillah dimudahkan urusan puasa PK..kawan saya dh 39w.. dia xlarat puasa, duk asyik berdoa cepat bersalin tu.. moga PK sihat sampai bersalin ya..
ReplyDeletealhamdulillah ... semoga dipermudahkan ... aku ade 2 pengalaman mengandung sarat time puasa ... janji pagi2 minum air banyak ngan minum susu high protien insyaaAllah tak letih sgt .. boleh tahan sampai petang
ReplyDeletesemoga dipermudahkan ibadah dan proses jihad nanti yeaa...yg penting semua zat n khasiat cukup semasa berbuka dan bersahur...
ReplyDeleteAduhai! Ada niat tu nak batal puasa sebab nak bershopping, bukan sebab tak larat bawa perut! Lagi pun memang hari tu Allah beri kekuatan luar biasa sebab makan-makan sempena anniversary ke, PK?
ReplyDeleteAlhamdulillah, lepas jugalah dapat puasa penuh! Seberapa terdayalah, PK. Minggu seterusnya memang kena makan ikut timelah ya bila sampai masanya. Itu pun tak dapat makan mewah sebab berpantang. Kasihan kat awak!
caya la pk..insya'allah boleh tu..
ReplyDeletezee takde pengalaman lagi puasa+mengandung.. tetiga anak masa pregnant memang tak puasa langsung..gigil badan plus ada gastrik sekali tu yg taknak amik risiko..
Sahur hari ke 2 kita sama ... makan nasi goreng hehe
ReplyDeletePernah juga ada pengalaman berpuasa semasa mengandung ... memang sangat mencabar .. :)
Salam,
ReplyDeleteMy name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com
Thanks :)
in sha Allah dapat puasa penuh ye..pengalaman saya tahun lepas..mesti amik supplemen untuk bagi tenaga dan pantau pergerakan baby
ReplyDeletesemoga PK dipermudahakan urusan
ReplyDeletekalau time macam ni mmg nak cepat je keluar baby kan senang
tkyah bawa kesana kemari
dah keluar senang walaupun kena berpantang kan
Semoga urusan dipermudahkan ye & take care berpuasa ketika hamil..
ReplyDeleteperkongsian yang menarik...teruskan update
ReplyDeletewah tak lama je lagi kak.. Semoga urusan di permudahkan.. =)
ReplyDeletePuasa masa preggy ni cabaran kan kak.. Hahaha tp bab shopping tu mmg setuju la. Sama macam senggugut jugak ni.. kata je nak berjalan hilang smua sakit. Bila balik sambung sakit. eh boleh ek gitu. =P
Wey.....dah terberanak ke? Mcm senyap jer blog ni.
ReplyDeleteHihi.....sendawa bau lauk buka semalam tu yg tak menahan tu... Taulah kenduri siakap semalamnya...
Tahun depan jangan buat buat lupa mengganti pose yg banyak tu ek hihi
saya pun dulu2 sama je. cuma kali ni berpuasa dan menyusu, pertama kali saya amik performance drink. memang rasa lain macam sikit, kurang sikit rasa dahaga. kalau tak dulu2, kul 5pm tu rasa nak telan air 2 jag. hihih
ReplyDeletesalam Ramadhan Puan PK..
ReplyDeletein shaa Allah, smoga diberikan ksihatan y baik utk mjlanani ibadah puasa ni
Confirm dah beranaklah ni....
ReplyDeleteLama x visit blog akak.....datang balik dah tambah family....tahniah kak
ReplyDeletedah nak dekat due tu.... moga diberikan kesihatan yg baik murni... masa ramadhan ni... mmg dugaan mengandung masa ramadhankan.. lg² tgh sarat.
ReplyDeleteHari ini macam mana dah deliver ye babynya?
ReplyDeleteKakak macam ada gerak rasa Afia dah jadi kakak dah
Harap semuanya ok..
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
dah bersalin ke puan kutu? semoga dipermudahkan urusan
ReplyDeletesalam Nuzul Quran PK..
ReplyDeletedah bersalin ker?? selamat berpantang ye.. :)