Pages

Wednesday, June 08, 2016

Shopping Raya Annivesary Celebration



Memikirkan cuti en suami yang masih berbaki, semalam outing la juga untuk shopping raya. Hari ni en suami dah start kerja, aku pun dah nak bersalin rasa suntuk sangat dah masa nak cari baju raya anaknda berdua.

Pergi Parkson Afia buat perangai sungguh dok melalak dalam mall nak mainan. Nak mencari baju Aiman dengan seluar dia yang payah saiz tu tak senang jadinya. Dapat hunting baju abah depa dengan baju Afia je. Tu pun dalam keadaan kalut pilih.

Pujuk Afia nanti cari toy dekat Tesco pun tak berapa nak jalan. Kat Tesco dia behave kejap pastu mula buat perangai balik. Tengok nestum nak..tengok honey star nak. Pergi kat side mainan dia tunjuk juga itu ini pastu bila terus jalan dah terus lupa pasal toys. So kita menyoping barang berpantang ibu ajelah.hehe..



Sepanjang 10 tahun tak pernah pun beria nak celebrate annivesary. Hadiah dari segi material ni tak pernah kita amalkan walaupun untuk birthday anak. Hadiah tak penting, tapi makan tu penting tau.haha..Kami decide berbuka di D'Yasmin,  konon la kan celebrate annivesary padahal dah kebetulan outing. 




Sebab lagi sejam nak berbuka, tak nak amik risiko Afia buat perangai kami order makan dulu pastu pergi meronda. Nampak Fairy tersinggah pulak. Afia macam biasa demand cupcake. Tak planning pun nak beli kek annivesary, tapi dah terlanjur masuk kedai pilih ajelah kek paling murah pastu bayar.hehe..


Konon tadi tak nak baju raya..sampai rumah sibuk dia menerai gaun dengan baju baru siap posing ke abah tanya cantik tak Kak Pia. Dok tengah main masak-masak dengan baju baru tak nak salin tengok senyap je rupanya dah tidur. Letih sangat gayanya penuh mainan keliling sampai bawah badan. Anak oh anak...





15 comments:

  1. Gelagat anak kan.. bila dah besar rindu nak tengok dorang kecik semula..

    ReplyDelete
  2. Itulah kerenah anak bila nak dapat adik sebenarnya
    Kira Afia ok lagi taklah tantrum sampai mogok.
    Bagilah peluang selagi adik belum deliver lagi..

    Tengok dia tidur tu lena tak susahkan org - lena sendiri kesian kan...

    ReplyDelete
  3. layanjerler dah kerenah anak2 macam2... akakni anak masa kecik behavejer dah besarni beli baju raya punyalah payah... entahler ada ker tidak... semuapun tak berkenan.. yang berkenan tu pulak harganya macam tak berbaloi pulak... sabojerler yer...

    ReplyDelete
  4. Apalah Cik Pia ni... orang nak carikan baju raya pun buat hal. Mainan and makanan tu any time boleh beli. Baju raya setahun sekali tau!

    Hahaha! Nama pun budak kecil. Bukan tau apa punkan. Kalau dia nak merengek, tanpa sebab pun boleh!

    Aiman samalah kot macam anak bujang tersado saya tu. Susah betul nak cari saiz. Sekarang saya main beli kat bahagian lelaki dewasa aje, PK. Saiz seluar pun sampai 34. Serius terkedu. T-shirt pun saya ambil size S untuk lelaki dewasa! Adakalanya boleh pergi ke M. Ni yang susah hati baju Melayu dan kasut. Susahnya nak cari!

    Amboi, makan besar nampaknya sempena anniversary? Hadiah takda takpa, yang penting happy dapat makan. Tak gitu?

    ReplyDelete
  5. Betui tu,hadiah tak penting yg penting perut kenyang

    ReplyDelete
  6. sajer jer kak pia nak meragam..pasni ibu dah sibok ngan baby kecik..

    ReplyDelete
  7. menariknya sambut anniversary..siap ada kek

    ReplyDelete
  8. Hepi anebesari .. 😊 moga berbahagia selalu

    ReplyDelete
  9. budak2 mmg macam tu selalu buat perangai bila nk dpt adik
    macam tau je lepas ni mama busy dngn baby kan

    ReplyDelete
  10. bestnya dah shopping raya... saya ni belum buat apa2 pun lagi.. encik hubby kerja di sungai besar tu untuk pilihanraya kecil.. 3 minggu pulak tu.. lepas PRK baru boleh blk.. lama tu... Terkebil2 la kami anak beranak dok rumah cuti sekolah ni... sebab kereta pun encik hubby bawa... huhuhu tragis!

    ReplyDelete
  11. Hapyy Anniversary Sis, semoga dipanjangkan jodoh dan diberkati ye..
    Kek tu tengok bulan2 posa ni nampak cam sedap je..hehehehee

    ReplyDelete
  12. Kek tu beli seketul habis makan ke?
    Kalau mak tu Raya pun belum tentu habis gamaknya tau!

    Betul tu....tak yah nak biasakan dgn hadiah sangat kang terbiasa, tak dpt hadiah merajuk hihi....

    ReplyDelete
  13. sama lah mcm lya..xde amal jgk bg hadiah time anniversary.. tp ucapan n selalu ingt tu pting..just kluar mkn sama2 camni...

    ReplyDelete
  14. haha afia² macam kamu ni,.... tahniah murni dan happy anniversary yg ke-10 moga kekal hingga jannah

    ReplyDelete
  15. hihi mcm mcm kan
    perangai anak ni x terduga dek akal

    sama mcm rania smlamlah.
    nampak org jual cup cake letak ising mmg mnrik perhatian la. skali jerit kek kek kek.pastu xnk mo jln
    adoii.. bila bawa pergi dkt kemain tnjk muka xcited

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!