Friday family outing kami nonton wayang lagi! Ini macam filem terakhir bagi aku yang akan bersara lama. Aktiviti bercinema bukan lagi sesuai buat yang ada anak kecik. Yang pasti Aiman dan abahnya sentiasa on berdua kepanggung tanpa kami. Ini sangat tidak adil bukan.haha..
Kali ni tengok Ninja Turtles. Filem Michael Bay yang en suami nak tengok sangat ni ternyata berbaloi ditonton. Walaupun Ninja Turtles ni filem sains fiksyen action, sebab banyak komedinya tu memang menghiburkan. Aku yang tak pernah ikut langsung perkembangan Ninja Turtles pun tak sesat la tengok, boleh faham dan enjoy.
Dari mula cerita tak meleret, padat plot cerita, sesuai la dengan durasi 1 jam 52 minit. Perlu ke aku review filem ni? Filem tak gah pun dari segi promosi..tapi terbaiklah..grafik pun cantik. Pergi la tengok...memang best!
Beli tiket on the spot, tayangan pukul 3.20 pm tengok dekat MBO Central Square, ambil coupe set dua. Posing background angry bird pun bolehlah kan. Poster Ninja Turtles tak nampak langsung.
Dah sudah..kita suruh posing elok-elok macam-macam gaya dia bagi, dah malas nak snap picture semua goyang. Jom masuk panggung jom!
Couple seat lebih selesa tapi ada anak dua setengah (dalam tummy kira setengah) tak boleh la nak bermanja macam pasangan bercinta. Ibu partner sama Afia, abah sama Abang Aiman.
Afia dari rumah tak sabar sangat nak tengok wayang tapi bila movie start dia minta tengok youtube. Alahai nak tengok youtube baik tengok kat rumah. At least kali ni Afia langsung tak beri gangguan. Mula duduk elok pegang handphone pastu minta baring tak lama pastu tertidur.hehe..
Walaupun filem best, nak hujung cerita aku tak dapat tahan mata boleh terlelap juga sekejap. Rugi oii masa depa lawan-lawan tu dah miss tengok. Jaga pun Ninja Turtles dah terima anugerah kunci memasing. Memang rekod ni 3 kali berturut tengok wayang aku tidur dalam panggung. Sejak zaman muda dulu pun memang suka lena bila tengok wayang. Badan banyak cacing kot.haha
Keluar panggung jalan-jalan kejap kena aiskrim sempat hunting T-shirt raya Aiman. Kata en suami asyik tengok sales rambang mata duit takda tak guna.hehe. Bayar parking masuk car Afia peluk baby doll dia sambil tepuk belakang gaya mak pujuk anak,
"Sshhhh..ala kak pia pi sat ja.."
Wah drama sangat!
Kalau tak kata tinggalkan doll dalam car bagi baby sleep memang sampai dalam panggung dia angkut baby dia.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..Selamat berpuasa buat semua!
memang sejak kahwin sampai anak dua, dah x jejak panggung lg..xtau la kenapa..maybe blh try sekali sbb yg bongsu dah 2tahun..harap dia behave
ReplyDeleteComel betul Kak Pia yang separa bertanggungjawab. Kalau fully bertanggungjawab, memang baby doll dah masuk panggunglahkan.
ReplyDeleteApalah PK ni. Asal masuk panggung aje tertidur. Tak kisahlah cerita best ke tidak ya!
Lepas ni pencen sementaralah ya PK. Layan baby ajelah kat rumah, tak payah masuk panggung.
Saya ni pun dah 5 tahun tau pencen panggung. Bila nak start' kerja' balik pun tak tahulah!
selamat berpuasa PK
ReplyDeletekaknoor mmg dah lama tak masuk panggung wayang
masa muda belia je
sekarang dah jadi warga veteren ni mmg tengok di pc je
malu dah nak masuk panggung wayang haha
saya lagi lah lama pencen masuk panggung . last tgk citer karate kid ke semerah cinta stiletto, ntah .lupa dh.
ReplyDeleteso sweet la kak pia. sama mcm rania. skrg ni suka angkut bebey die jugak.
pastu kalau sruh ambil brg. pdai pulak kata kat kite "sat..sat" tak pon "jap jap
Bunda suka juga tengok wayang ni...sesekali anak2 bawa, layan jugak.... hanya baru2 ni filem AADC bunda tak dapat pergi sebab baru sembuh sakit. Malas nak berasak2 n bersejuk2 n bergelap2 dalam panggung tu.
ReplyDeleteSalam Ramadhan buat PK & family...
ReplyDeletesempat tengok wayang, bestnya..aiman afia sukalah ye..hihi..alahai afia, tgk youtube plak ya dlm pawagam..haha
cute ja gaya dgn baby doll..:)
Conelnya Afia, tengok cerita best pun terlena biasa tu hehe kadang kena buat ceta sendiri dalam mimpi haha..
ReplyDeletewaaa..dh tgk ye.. lya jumaat ni bwk fasya tgk finding dory
ReplyDelete