Pages

Wednesday, June 01, 2016

Air Selusuh Akar Fatimah



Haritu sembang dekat group WA terkeluar cerita pasal akar fatimah. Aku pun kurang arif la sangat pasal akar fatimah. Yang aku tau benda ni memang takda kat Malaysia, biasa orang beli dekat Mekah. Fungsinya tentulah untuk memudahkan proses bersalin, sebagai air selusuh untuk cepatkan bukaan serviks. 

Kawan aku yang sama-sama pregnant kata, kalau nak akar fatimah ni dia nak pinjamkan..mak dia beli masa pergi buat umrah. Ada dua bijik (betul ke penjodoh bilangannya.hihi) so pinjamkan kat aku satu..nanti lepas bersalin aku pulangkan la. Benda ni takda expired date..boleh keringkan semula dan pakai beberapa keturunan. Kak dengan adik dia minum memang mudah bersalin.

Balik kampung Jumaat lepas aku pi ambil. Buat yang tak pernah tengok camni la rupanya. Ada yang saiz lagi besar. 


Akar ni katanya kena rendam dengan air sampai kembang pastu minum bila dah mula kontraksi. Ada yang kata tak boleh minum awal..ada yang kata dah boleh mula minum seawal 7 bulan. Kata mak kawan aku tu..bila dah mula turun tanda dah boleh minum. 

Sebelum telan bulat-bulat aku buat la sedikit research. Bila dah mula google macam-macam versi cara penggunaan sampai ke pro dan kontra air akar fatimah ni menjadikan aku konpius.

Kalau baca tentang kebaikan akar fatimah, rasa nak je mula minum dari sekarang, aku kalau boleh memang nak bersalin awal.hehe. Tapi disisi lain jadi takut. Katanya nak minum pun kena dapatkan nasihat doktor. Kebanyakan ahli medik memang tak galakkan ambil. Air ni lebih banyak mudarat dari baik. Fungsinya sama macam ubat induce kat hospital tu.

Akhirnya aku dalam dilema. Apa nak buat ni..nak minum ke tidak ye. Seriau pulak ada kes sampai boleh sebabkan kematian baby woo. Walaupun ni semua takdir, sakit bersalin tu pun kira rezeki memasing, benda ni tetap merisaukan. Sesiapa ada pengalaman mintak tolong share. 

Sekarang pun dah masuk 37 week. Dua tiga hari ni memang dok rasa baby mengeras tak selesa. Bila en suami usap perut tu rasa sedap gila. Aku macam dah mula ada kontraksi sikit-sikit. Apa orang putih panggil braxton hicks. Entahlah anak nak masuk  3 pun tak reti la aku nak bezakan. 

Nanti kalau sempat aku share kebaikan dan keburukan air akar fatimah. Sekarang tak berapa rajin lagi nak menaip.







6 comments:

  1. Kakak dulu sebelum bersalin pun dah amalkan minum. Kakak dulu sebaik masuk 7 bulan dah selalu amalkan. Nak tidur dan pagi sebelum sarapan segelas. Ala... tak ada rasa apa pun macam air masak biasa aje. Alhamdulillah tak ada masalah pulak. Masa kakak dulu mana ada nak google-google sebelum gunakan sama ada baik ke buruk. Nasib baik tak jadi apa-apa.

    Kakak dulu beli masa belum kahwin tau (masa umrah) tapi gunanya bila dah kahwin. Boleh simpan dan keringkan balik dan boleh guna balik.

    ReplyDelete
  2. saya sellalu tak reti nak amalkan ni cemana.

    ReplyDelete
  3. masyaAllah dah nak due ropenye sahabatku PK ni... dalam diam jer... ke hanie yang lama tak mnjenguk sini.. uhuhu... ampun... bizi amat...

    tapi kat fb tak dapat dikesan pun kesah PK preggy.. haha... mcm hanie yer preggy no. 7 aritu senyap2 jer tau2 bersalin... haaaa surprise mak :p

    akar fatimah ni masa anak sulung je hanie consume. pehtu takde dah. minum air zam zam & air yasin suami jer

    ReplyDelete
  4. Ada sesetengah hospital tak kasi wanita yang nak bersalin mnum air selusuh nie.. contohnya bini saya aritu..

    ReplyDelete
  5. Saya tak ingatlah pulak pernah minum ke tidak ^_^ Maklumlah cerita dah lama. Ingatan pun dah lupa. Ingat tang part bersalin aje!

    Kalau refer pakcik google, memang tenatlah PK. Segala pro dan kontra akan keluar bersama. Last-last kita yang konpius. Timballah mana lagi berat. Kalau berat nak minum, tak payah minum. Senang aje hah den beri pendapat.

    ReplyDelete
  6. pernah tgk juga, nk nk part die mengembang tu, kan ..tp x pnh guna pon.

    betul kata md tu, pk.
    tngok pengalaman kakak zakie, macam ok je.

    tp ikut ckp doktor mmg lah. mcm kes saya hri tu.siap pesan jgn mnm air selusuh masa di check bukaan slps turun tanda tu. sy yg pestime ni terus jd blurr jugak.. takut punya pasal. sbb doktor kata anak sulung plg cepat esoknya dh blh bersalin.plg lama 2,3 hari, terus kecut perut.

    mcm pk kata lah rezeki bersalin ni masing2 tak sama.

    ape pon sy doakan smga urusan pk dipermudahkan..aamiin..

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!