Pages
▼
Sunday, July 27, 2014
Kosong-Kosong
Yey esok hari raya..Lately masalah apa taktau celcom ni line macam siput khinzir. Aku nak pi terminate je la menyakitkan hati betui. Nak update pun mood kelaut ni. Maaf ya tak dapat nak BW dan balas jejak. Lagipun ramai dah yang tengah bercuti sempena raya. Selamat tinggal ramadhan, panjang umur bertemu lagi..
Cuma nak ucapkan Salam Lebaran buat semua rakan blogger..Salah silap harap dimaafi..Kosong-kosong ye!
Wednesday, July 23, 2014
Shopping Raya
Dalam dok sekejap tenggelam sekejap timbul, pejam celik, celik pejam dah hampir penghujung Ramadhan rupanya. Sedia maklum tahun ni tak dapat nak cuti raya langsung. Ahad sehari sebelum raya pun masih kerja. Lagi malang habis duty dah petang, punah harapan nak berbuka puasa terakhir bersama keluarga mertua, harapnya jalan tak jam bila balik kampung nanti.
Ditugaskan berbakti pada negara pada malam raya pertama, ruang lingkup raya di Alor Setar cuma dari pagi sehingga petang. Petang raya pertama bertolak masuk kerja, habis kerja esok pagi kita drift balik Nibong Tebal. Tengah malam terpaksa bertolak balik SP semula. Raya ketiga dan hari-hari seterusnya terus kerja tanpa cuti.sobsob..
Apa lagi persiapan raya mahu difikirkan. Cukuplah aku tempah tiga jenis kuih raya untuk makan sendiri. Selebihnya mungkin akan kidnap sikit kuih raya dari rumah MIL. Tahun ni MIL buat banyak juga kuih raya untuk anak-anak cucu-cucu dan menantu hantu tak tahu malu nak angkut bawak balik rumah sendiri.haha..Biasanya memang takde pun tetamu yang diundang datang kerumah kami pada hari raya, semuanya masuk perut sendiri juga sampai tinggal serdak. Habis syawal baru gerun sikit nak timbang berat badan.
Sepanjang puasa memang en suami kerja je tanpa cuti. Jumaat lepas satu hari minta cuti untuk shopping raya. Kebetulan dah cuti kami balik kampung Nibong Tebal sahur dan berbuka bersama abang dan adik-adik aku. Shopping raya pun dekat Parit Buntar saja. Last minute shopping semuanya tergesa-gesa. Nak harapkan en suami memang tak boleh diharap.hehe, semuanya diserah bulat-bulat pada beta. Dulu anak sorang senang sikit, dah dua ni pening pulak kepala nak pilih. Lagi-lagi baju girl semuanya comel-comel belaka. Tak dapat bayangkan kalau ada anak bagai 5 ke 6 orang, mau pengsan terus dekat situ.keke..
Cik pia main cakcak sebelum bertolak balik SP |
Monday, July 14, 2014
Ragam Aiman Puasa
Aiman mula belajar puasa pada usia 5 tahun. Puasa yangyuk je la sebab ibu biasanya sediakan sarapan sebelum ke tadika. Kalau tak makan pagi saja kira dia puasa setengah hari. Tahun lepas masa umur 6 tahun tak pernah Aiman miss bangun sahur. Puasa pun lebih baik dari tahun sebelumnya. Ada hari dapat bertahan sampai petang, ada hari buka tengahari lepas balik tadika. Kalau tak salah, ada dalam 3 4 hari je dia puasa penuh.
Tahun ni Aiman puasa dengan lebih serius lagi. Alhamdulillah Aiman jenis senang bangun sahur. Kami tak pernah la paksa dia puasa sampai naik lembik. Katanya mendidik, budak bukan baligh lagi. Biasanya kalau hari ada KAFA (Ahad, Isnin dan Selasa) balik dari sekolah kebangsaan Aiman akan buka. Buka pun sekadar minum air pastu kadang-kadang makan apa yang ada. Selalunya memang minum air semata. Kalau tak buka, ponteng KAFA la jawabnya. Aiman tak larat, nak mati dah ni katanya.
Hari tak Kafa Aiman biasanya puasa penuh atau buka bila dah petang. Pukul 5 lebih lepas abah dia pergi kerja baru dia mengomel dahaga. Siap pesan dengan ibu, ibu jangan la masak apa-apa. Tak tahan bau makanan la tu. Pastu tengok iklan kat TV pantang je nampak makanan semua dia kata, sedapnya..
Budak-budak biasalah, bila ibu suruh duduk diam, suruh tidur takdenya dia reti. Tengah puasa dok melompat main bola segala. Yang tak boleh blah muka tak menunjukkan penat pun. Kadang-kadang buka juga sebab tak tahan dahaga. Kadang aku tahan. Ye la sayang kan dah petang sangat sejam dua lagi nak buka. Aku lengahkan je biar dia puasa penuh. Bila nak dekat berbuka tu, boleh dia propa laung azan, macam-macam hal si chubby ni tau.
Saturday, July 12, 2014
Menu Berbuka : Ayam Goreng Nenas
Asyik tempek resepi je la bulan puasa ni. Resepi asal dari Datuk Chef Wan katanya, bila sampai kat tangan aku jadi melingkup ikut suka hati aku la..hehe
Resepi Ayam Goreng Nenas : Goreng ayam dengan garam kunyit, ketepikan. Tumis bahan blander (bawang merah + bawang putih + halia + lada kering + belacan + sedikit cili padi + udang kering) kemudian masak hingga pecah minyak. Masukkan serai diketuk+ sos cili + sos tiram + gula + nenas dipotong dadu + ayam goreng tadi dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar + tomato sebelum tutup api. Siap!
Alhamdulillah boleh la sesekali kena menu resepi chef camni, tekak aku lagi sedap makan sambal biasa kot. Jenis makanan berempah bahan banyak-banyak ni memang tak berapa ngam dengan selera. Tapi Aiman kata sedap!
Friday, July 11, 2014
Nostalgia Pulut Durian
Setiap kali tiba musim durian, Allahyarham pak pasti beli selonggok durian untuk Allahyarhamah mak tanak pulut buat santapan seisi keluarga. Pelik tapi benar aku boleh dikatakan tak minat durian, tapi kalau makan dengan pulut dan kuah santan ditabur gula macam mak selalu buat dulu, boleh pulak dengan banyak aku hadap.
Area pasar malam rumah ada jual pulut durian sedap menyerupai air tangan mak. En suami selalu beli dan setiap kali aku makan, nostalgia zaman kanak-kanak menerpa. Rindu pada dua insan yang membesarkan aku pasti bertandang. Dah kenapa pulak ayat bunga-bunga.haha..
Omputih kata better late than never. Menjangkau usia 30 puluh baru pertama kali aku buat pulut durian. Tak reti nak budget air banyak mana sudahnya lembik sedikit pulut ni. Dalam lembik ni pun boleh pulak tu baki pulut aku buat kuih seri muka. Alhamdulillah tak mahu membazir apatah lagi dibulan mulia dikala saudara seislam sedang menderita. PRAY FOR GAZA!
Wednesday, July 09, 2014
Menu Sahur : Sambal Ketuk
Waktu buka masak 2 pot nasik pun tak habis 3 beranak, penangan sambal ketuk licin nasi 2 pot waktu sahur. Padahal lauk telur mata dan ikan bilis je pun. En suami siap mengomel awat buat sikit sangat. Pada yang tak tau, ni makanan orang jawa. Aku belajar buat dari orang Johor gak la. Sebelum ni sambal ketuk pun tak tau mende.
Resepi Sambal Ketuk : Tumbuk ikan bilis digoreng garing + (bawang merah +cili padi yang digoreng garing) + garam + gula secukupnya. Siap!
Yang PK style sempoi je. Ada juga orang letak belacan dan perahan limau. Aku suka yang simple macam ni. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Nasi tak panas pun mabeles!
Tuesday, July 08, 2014
Hadiah Dari Besan
Tu dia punya lama terima baru hari ni nak up entry terima kasih. Sory ye future besan, lepas dapat hadiah macam-macam dari awak, netbook kita buat hal lalu kita bergumbira sakan tak ingat donia dengan hadiah sampai lupa nak buat entry.hehe..
Shawl dari Mummydearie untuk ibu. Brown is my peberet kaler tau MD. Terima kasih banyak, saya suka sangat! Besar shawl ni, yang best kain jenis tak payah iron. Macam tahu je besan awak ni tahap malas nak pegang iron lagu mana. Nanti boleh cuba gayakan time raya. Kalau sempat la kan, dah katanya raya ni tak cuti langsung. Kalau tak sempat boleh apa pakai shawl MD sambil berkhidmat untuk negara.hehe
Hadiah mak duck dengan anak duck untuk si bambam. Boleh picit-picit keluarkan bunyi. Tengok tu menantu awak main, tengok-tengok sekejap pastu merata dia campak. Untuk si chubby Aiman ada juga. Suka dia dapat colouring book and pencil colour Transformers sampai hilang tak dapat dikenal pasti dimana untuk ibu snap gambarnya. MD juga ada bagi hadiah tambahan kipas dan apa benda satu lagi. Ni pun katanya kotak kecil ada lagi yang tak dapat MD masukkan. Yang diberi ni pun dah bayak, tak terbalas rasanya. Apa pun TQVM MD..lOVE U SO MUCH..Muahh..muahh..flying kiss dari jauh.hakhak
Monday, July 07, 2014
Menu Berbuka : Bergedil Ayam
Penangan bergedil cik sue la ni. Kebetulan kentang dan isi ayam ada, lepas tu daun bawang MIL dok ada dalam peti ais, tak guna rosak macam tu je, so mari aku bikin bergedil. Bergedil je kot. Ada ke yang tak tau nak buat bergedil? Macam-macam cara dok ada, yang ni PK style la ekk..Macam biasa bahan-bahan main campak-campak je takde sukatan.
Resepi Bergedil Ayam Mudah : Potong kentang, buang kulit dan goreng sampai masak. Lenyek kentang waktu tengah panas dalam bekas kemudian masukkan ayam cincang yang digoreng + bawang merah dadu yang digoreng + hirisan daun bawang + serbuk pati ayam (aku guna serbuk hilal) + garam secukupnya pastu gaul. Bentukkan bulat-bulat, salut dengan telur sebelum goreng. Siap!
Aku buat banyak, goreng separuh masak pastu sejuk bekukan bergedil ni. Nak makan tinggal keluarkan dan goreng semula hingga masak. Pada korang yang terkejar-kejar nak masak waktu berbuka boleh cuba. Jimatkan masa, mengenyangkan dan yang paling penting sedap!
Aku makan dengan mee goreng waktu berbuka. Aiman suka makan dengan nasi. Makan dengan soto best ni. Tadi tengok Ketuk-ketuk Ramadhan Sis Sheila buat simple bakso, good idea untuk bergedil yang masih berbaki. Tengok la kalau rajin nanti. Nak makan macam tu saja pun takdak hal.
Saturday, July 05, 2014
Menu Berbuka : Nasi Karot Ayam Masak Merah
Bukan menu berbuka semalam ye. Mertua datang masak simple je. Semalam pertama kali menu ikan. Sepanjang puasa memang selera dengan ayam dan daging saja. Mak mertua aku pulak tak makan ayam. Aku buat sambal ikan, sayur campur dan ikan goreng tepung. En suami bawak balik ikan bakar pastu panaskan kari daging mak bawak makin bertambah menu.
Nasi karot ni aku buat untuk berbuka puasa ketiga. Dah lama jadi baja. Selain nasi ayam dan nasi lemak aku tak pernah buat nasi berempah lain. Tiba-tiba je buang tebiat nak buat nasi karot. Pertama kali buat macam jakun sikit la kan. En suami kata pada Aiman, " Boleh buat berniaga ni nasi ibu..Suruh ibu ambik cuti sebulan, kita berniaga nasi karot!". Tak menahan sungguh, menyampah pulak aku!
Aku buat pakai beras biasa je, tak guna pun basmathi. Haruslah tempek resepi kat sini, senang nak refer nanti.
Resepi Nasi Karot : Basuh 3 pot beras dan ketepikan. Guna sebiji karot, 1/2 di potong halus-halus memanjang dan lagi 1/2 kisar buat jus, ketepikan. Dalam periuk panaskan 3 sudu butter/marjerin dan tumis 4 sekawan. Bila dah naik bau masukkan bahan hiris (bawang merah+bawang putih+halia) dan tumis hingga garing. Bila dah garing m asukkan beras yang dah dibasuh + hirisan karot + 1/2 tin susu cair + jus karot + air dan terus masak nasi macam biasa.
Nasi karot makan dengan ayam masak merah dan acar timun+nenas. Tak sempat la nak snap gambar masuk pinggan, sibuk bersilat sediakan meja untuk berbuka.
Friday, July 04, 2014
Afia's Snack Time
Salam 6 Ramadhan. Hari yang very penat. Masuk opis pun lambat. Semalam balik kerja satu petang cik pia buat perangai comel. Nak gerak masak pun tak senang dia dok pegang kaki ibu tak mau lepas. Mintak dukung memang ibu tak layan la, battery dah weak bila petang. Hasilnya sampai berbuka tak siap-siap masak. Rumah yang tunggang langgang terpaksa polish pagi tadi. Mak pak mertua nak datang, kalau tidak, takdak makna aku nak bangun pukul 3.30 pagi mengemas.
Sementara line laju ni boleh la update dan BW. Ni pun ada masa terluang kat opis. Kat rumah tak kuasa aku nak ngadap blog guna skrin hp, tak puas baq hang. Nak beli tab pun kemut.haha..Banyak nak cerita, nak tunjuk kehandalan memasak pun tak mampu dengan keadaan sekarang. Hari ni cuma nak tempek aksi anak dara makan.
Sape tak puasa boleh join Afia ye..Bulan posa ni biskut kering pun sodap.haha
Mari nyotnyot water melon..Meleleh air tembikai bak peluh.huhu
Kadang-kadang baik punya dia buat aksi baring camni sambil makan. Berterabur biskut atas badan..
Cukup-cukup la pose seksi. Nanti sakit pulak mata bakal mak mertua!
Wednesday, July 02, 2014
Afia Imanina 14 Bulan
Afia genap 14 bulan hari ni. Dah makin cerdik, faham arahan dalam banyak situasi dan banyak demand juga. Kalau tak dapat apa dia nak, sakan dia protes jerit. Menganga nangis bila kita tak tunaikan. Pandai dia mengarah tunjuk itu dan ini. Marah sikit je pun nganga jugak. Paling tak bley blah bila dia sendiri meradang kalau tak dapat buat sesuatu. Semua kelaku Afia ni comel sangat pada pandangan mata ibu. Sekarang la, kalau sampai besar macam ni kena fikir dulu.haha..
Afia nampak gaya pandai sangat dah bercakap tapi hanya perkataan ABAH yang keluar jelas tanpa pelat. Sesekali je dengar macam dia keluarkan perkataan tak formal yang lain. Lain dari tu semuanya ABAH. Takpelah nak, pelan-pelan kayuh..
Gigi Afia dah menyusul lagi dua batang sebelah gigi arnab, so jumlahnya dah 6.
Waktu berbuka dia pun menyibuk sama nak makan. Biasanya Afia nak ibu ribakan dia, sambil ibu makan, sambil dia pun makan sekali.