Pages

Monday, July 14, 2014

Ragam Aiman Puasa



Aiman mula belajar puasa pada usia 5 tahun. Puasa yangyuk je la sebab ibu biasanya sediakan sarapan sebelum ke tadika. Kalau tak makan pagi saja kira dia puasa setengah hari. Tahun lepas masa umur 6 tahun tak pernah Aiman miss bangun sahur. Puasa pun lebih baik dari tahun sebelumnya. Ada hari dapat bertahan sampai petang, ada hari buka tengahari lepas balik tadika. Kalau tak salah, ada dalam 3 4 hari je dia puasa penuh. 


Tahun ni Aiman puasa dengan lebih serius lagi. Alhamdulillah Aiman jenis senang bangun sahur. Kami tak pernah la paksa dia puasa sampai naik lembik. Katanya mendidik, budak bukan baligh lagi. Biasanya kalau hari ada KAFA (Ahad, Isnin dan Selasa) balik dari sekolah kebangsaan Aiman akan buka. Buka pun sekadar minum air pastu kadang-kadang makan apa yang ada. Selalunya memang minum air semata. Kalau tak buka, ponteng KAFA la jawabnya. Aiman tak larat, nak mati dah ni katanya. 

Hari tak Kafa Aiman biasanya puasa penuh atau buka bila dah petang. Pukul 5 lebih lepas abah dia pergi kerja baru dia mengomel dahaga. Siap pesan dengan ibu, ibu jangan la masak apa-apa. Tak tahan bau makanan la tu. Pastu tengok iklan kat TV pantang je nampak makanan semua dia kata, sedapnya.. 

Budak-budak biasalah, bila ibu suruh duduk diam, suruh tidur takdenya dia reti. Tengah puasa dok melompat main bola segala. Yang tak boleh blah muka tak menunjukkan penat pun. Kadang-kadang buka juga sebab tak tahan dahaga. Kadang aku tahan. Ye la sayang kan dah petang sangat sejam dua lagi nak buka. Aku lengahkan je biar dia puasa penuh. Bila nak dekat berbuka tu, boleh dia propa laung azan, macam-macam hal si chubby ni tau.




18 comments:

  1. bagus Aiman..yg penting dia faham puasa tu apa..sebagai ibu..kita tahu keadaan dia..samaada nak buka atau teruskan..tak yah nak paksa2 sangat..yang penting ajaran..anak akak yg drjh 4 pun dah ok puasa..cuma ada satu hati dia bukak..sebab marah Umi dia amik lambat kat sekolah..:)

    ReplyDelete
  2. Biasalah tu muni budak2. Nanti dah umur 7 tahun ke atas. Confirm Aiman takde masalah untuk berpuasa. Insya Allah :)

    ReplyDelete
  3. gelagat bebudak memang menghiburkan kita mak bapak

    ReplyDelete
  4. Haha.. comel je aiman gitu. Jangan katakan Aiman yg baru 7 tahun, budak sek men pun ada yang merengek bila tgk anak2 cina makan kat depan diorang..

    Kecil lagi kan Aiman ya? Slow slow belajar moga nanti Aiman ikhlas nak berpuasa.. barulah dia menikmati erti puasa kan..

    ReplyDelete
  5. xpelah aiman, belajar berdikit2 insyaallah thn2 akn dtg bertambah baik....ank2 lelaki ni lmbat sikit matangnya PK. ank2 pompuan berbeza.

    ReplyDelete
  6. Kelakarkan bila tengok anak-anak ni berpuasa. Aduh, Aiman lembik sampai dah nak mati dah... Hehehe!

    Abang pun sama je, PK. Dulu-dulu pun lebih banyak tak penuh dari penuh. Kalau yang setengah hari tu banyaklah, samada setengah hari pagi atau setengah hari petang jek :)

    Tahun ni ingat dia lebih kuat iman dapat puasa penuh sebulan nampaknya dah hancur dah harapan. Asal Jumaat je tak puasa sebab ada PJ, memang dah pengsan macam si Aiman juga tak tahan lapar.

    Sejak baik demam hari tu, nafsu makan pun boleh tahan. Asyik je tak cukup makan katanya!

    ReplyDelete
  7. Betul tu PK....alah budak belum baligh bagi jer buka...kat sini yg rajin kasi anak dia buka .....itu olang Pak Jilap.....siap di offer offer anak dia suh buka geram okje tau.....
    Bagus Aiman senang bangun sahur....kalau tak leceh gakkan PK.....nk kena mengejutkan tu

    ReplyDelete
  8. hehehehe u go Aiman. tapi keletah dorang yang macam2 tu yang buat lagi meriah puasa kan.

    ReplyDelete
  9. buat propa tak menahan tu. hihi.
    ayat tak larat, nak mati dah ni.. selalu je guna dulu dulu. hi hi i

    ReplyDelete
  10. hehe..macam2 keletah budak2 ni berpuasa.. takpelah Aiman, slow2 k..tapi aiman mmg good boy..dia dah paham apa itu puasa.. Pa'e insyaAllah thn dpn bru nak start train..:)

    ReplyDelete
  11. hahaha tak larat nak mati dah ye aiman..lawak lah.. tv plak bulan posa nih bnyak benor cita masak mmasak.. -.-

    ReplyDelete
  12. salam 20 ramadhan pk.dh mula buat sekut raya ke?

    ReplyDelete
  13. Hehe.. Comel je Aiman. InsyaAllah Aiman boleh! :D

    ReplyDelete
  14. hehe Aiman ni bijak sgguh la akai dia hehe

    ReplyDelete
  15. oklah tu aiman..slow2..
    asya mmg xlps lg ni..blik je school mtk air..

    ReplyDelete
  16. Sekurang2nya Aiman ada usaha untuk belajar puasa...budak2 kecil macam ni tak boleh dipaksa...nanti dianggapnya puasa itu satu penyiksaan sebab tak boleh makan dan minum...

    Kena beri mereka belajar pengertian puasa itu dulu supaya mereka faham....mendidik bukan mendera..

    Tahun depan mesti Aiman tak kisah dah kalau disuruh berpuasa kan Aiman sayang....

    ReplyDelete
  17. elo la tu ajar puasa slow2. 1kut kemampuan d1a juga la. panda1 le a1man banyak akal buat2 azan ye. hehehe...

    ReplyDelete
  18. hihihi pandai aiman berlakon... amir tahun baru sehari je penuh yg lain ½ hari jer.. jadilah...

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!