Pages

Monday, July 25, 2016

Random Pictures Afia



Tempek random pictures Afia supaya kenangan tak hilang ditelan zaman. Ni semua koleksi gambar yang Kak Na (anak mak pengasuh) whatsapp ke ibu. Dah besar nanti jangan lupa jasa famili mak pada Kak Pia ok!

Menerai baju raya yang Kak Na belikan untuk dia. Sepanjang Afia dijaga pengasuh, mak dan anak-anak depa kerap sangat la belikan baju untuk si bambam ni sampai naik segan ibu tau.

Bulan puasa tempohari ibu dah mula cuti bersalin seminggu awal bermakna 3 bulan la cuti hantar rumah mak. Depa dok mai ja ambik dia..Gambar buka puasa kat rumah mak. Bubur lambuk ni memang peberet dia. Banyak la Kak Pia makan.

Hari ibu masuk hospital mak bawa Afia ikut ke KL hantar Kak Anis praktikal kat sana. First time Afia pisah malam dengan ibu, berat jugak nak lepaskan takut Afia nangis ke apa. Afia ok je..ibu yang risau lebih. Tengok tu baby doll tak tinggal. Gambar gaya nenenkan baby depa send.haha

Ni masa Kak Na bawa shopping raya. Lepas beli kasut raya pergi cari tudung raya pulak. Owner Tudung Zara ni berkenan sungguh kat Kak Pia.hehe

Bila depa mai ambik dia pastu melekat la sampai ke malam tidur sana tak mau balik. Gambar say good night to ibu.

Bila dah melekat kat rumah mak..selagi tak petang tak jumpa la jalan pulang. Ni Afia tolong packing kuih raya ke tolong makan ni.

Nah elok bersila makan kek lapis. Sedap sangat dok tayang kat ibu yang tengah pantang. Sabaq ja la seminggu lebih je lagi nak raya.huhu..










Sunday, July 24, 2016

Aiman & Jamuan Raya



Kisah semalam Aiman ikut abahnya balik Alor Setar. Ada jamuan raya blok taman, merangkap balik tengok bola sekali. Abah depa dengan stadium kan tak dapat dipisahkan. Pantang ada peluang, penyokong setia hijau kuning.

Afia pun semalaman pergi rumah mak pengasuh tidur sana lagi... depa bawak open house sana sini. Sakan beraya sampai tak ingat jalan pulang. Tinggal la ibu berdua dengan adik Aryan bertukun kat rumah.haha..

Tenghari tu on the way nak balik Alor Setar depa singgah kenduri kahwin adik kawan sekolah en suami kat Gurun, dah kenyang nasi kenduri tak hilang tu yang segala hidangan raya jamuan tak di snap. Kata en suami la kan..beliau ni bukan macam bininya pelahap sangat.haha pelahap tu aku yang tambah.

Ok layan je la gambar Aiman yang abah whatsapp ke ibu.

Panjang ni beratur nak dapatkan duit raya pun.hihi

Line up untuk ambik aiskrim pun panjang juga. Perasan tak budak baju biru tu sorang paling sado.hahaha...

Tok Wan Aiman tak nak kalah punya smart bersampin kalah YB. Orang kuat Blok B Taman Wira katakan.haha





Friday, July 22, 2016

Checkup Aryan 1 Bulan



Pagi tadi pertama kali pergi checkup Aryan, cucuk dan jumpa doktor. Kena cucuk melalak punya kuat. Selama sebulan ditimang disayang tetiba hari ni kena jarum besaq, kesian la hero sado ibu.hehe


Berat : 4.81 kg
Panjang : 58 cm
BMI : 14.2
Lilitan kepala : 40 cm

Aryan genap sebulan 





Thursday, July 21, 2016

Menu Berpantang Bersalin



Tak macam bersalinkan Afia dulu, kali ni selera dalam pantang memang agak merudum. Aku makan nasi sekali je sehari. Breakfast dan dinner pun boleh pi dengan milo cicah biskut or roti saja. Susu, horlicks, nestum dan oat tu kadang-kadang buat. Kuat pulak dengan milo dalam pantang kali ni..dah la kalori tinggi.huhu..

Dua minggu pertama memang aku elakkan pengambilan daging dan ayam. Pi balik ikan tenggiri dengan gelama. Dah la tenggiri tak berapa suka. Nak tak nak hadap je. Sayur pulak pi mai pi mai sawi, karot dan brokoli. Pegaga pun payah nak dapat. Kalau dak buat ulam, buat kerabu selera jugak kan. Buah aku ambik kurma, sunkist, epal dan anggur sahaja. 

Aku ni tak rajin nak masak dua tiga menu. Biasanya 1 menu saja belasah campur sekali sayur. Antara menu berpantang orang bersalin yang sempat aku snap.

Singgang Tenggiri plus karot plus brokoli

Sup tenggiri plus karot plus brokoli

Ikan bilis Ketuk : Ikan bilis + lada hitam sangai + bawang merah + bawang putih + halia ditumbuk dengan sedikit garam + gula.

Ikan bilis ketuk plus tenggiri bakar plus karot.

Sayur sawi plus karot masak air. Ni biasa aku makan dengan ikan, ayam or daging bakar.

Sup sawi plus daging bakar berempah

Ayam goreng kunyit plus karot plus brokoli. Malas masak ni sekali harung menu untuk Aiman dan abahnya.hehe

Sebelum ni memang tak pernah makan kicap dalam pantang. Baca bidan Kak Ice kata kicap boleh yang dimasak..terus jadi menu daging lada hitam. Selera pulak kena menu ni tau.hahaha..

Ayam bakar berempah

Daging goreng kunyit

Sebolehnya aku memang cuba elak menu bergoreng dan berminyak. Tapi dah tak selera makan sesekali ada menu goreng juga..dengan penggunaan minyak yang paling minimun la kan. Esok checkup Aryan nak pi timbang..weight scale kat rumah ni rosak pulak..entah berapa je berat turun dalam sebulan ni.huhu..






Wednesday, July 20, 2016

Petua Merawat Baby Jaundice



Jaundice terhasil apabila bilirubin terlalu banyak dalam darah. Bilirubin yang berwarna kuning/oren terhasil apabila sel darah merah yang dah tua dipecahkan dan hendak disingkirkan dari badan. Hati berperanan memproses dan menyingkirkan bilirubin dari darah. Hati baby ni belum cukup matang untuk membuang bilirubin yang terlalu banyak, maka terjadilah kuning pada baby.

Mengikut fakta, 60% baby yang lahir cukup bulan berpotensi kena jaundice. Jaundice mula dikesan pada hari ke 2 dan ke 3 dan semakin tinggi bacaannya menjelang hari ke 5 dan ke 6, kemudian akan turun secara perlahan-lahan, seterusnya akan hilang dalam masa seminggu tetapi ada yang lebih. Alhamdulillah Aryan hilang dalam masa seminggu saja.

Aryan masa kuning tengah tinggi

Mari aku share petua turunkan kuning baby. Ada banyak lagi petua sebenarnya, tapi aku share mana yang paling dekat dan yang aku praktik pada Aryan saja.

Ikut petua MIL, baby balik je dari hospital terus dimandikan dengan air daun inai dan teh (yang uncang tu rendam je dalam air). Aku tak tahu apa relevennya petua ni...tapi tak salah cuba ikhtiar kan.

Kawan-kawan aku kata jerlum (basahkan kepala baby) dengan air zamzam. Yang ini memang aku buat. Sambil buat tu selawat dan doa banyak-banyak moga diturunkan kuning anak. Sesambil tu aku minum juga air zamzam dengan harapan mukjizat air turun ke anak bila dia menyusu.

Ada yang kata cuba mandikan baby dengan air cap badak. Bilasan terakhir jirus dengan air cap badak. Boleh juga jerlum kepala baby dengan air ni. Aku tak sempat pun buat..dok kalut sampai kesudah lupa nak beli air cap badak.

Doa ibu ni tiada hijab. Ibu makan kurma, selawat dan doa pada Allah minta disembuhkan kuning anak. Khasiat kurma akan turun ke anak bila dia menyusu. Yang ni memang aku buat sungguh-sungguh sepanjang Aryan jaundice.

Selain tu kenakan baby pada cahaya matahari pagi, tapi jangan secara langsung. Ozon semakin menipis sekarang kan, dapat penyakit lain pulak nanti. Memadai buka tingkap, kenakan baby pada cahaya matahari samar antara pukul 8.30 hingga 9.30 pagi.

Yang paling penting kena kerap susukan anak setiap sejam, sejam setengah or paling kurang dua jam sekali. Baby yang jaundice ni memang kuat tidur, kejutkan dan susukan sebanyak dan sekerap mungkin. Bila kuat menyusu, kerap kencing dan berak, kuningnya akan dibuang melalui sistem perkumuhan.

Ibu menyusu pun kena kurangkan pengambilan lada hitam, kunyit, halia, rempah ratus dan sebagainya yang bersifat panas. Jamu ubat berpantang tu semua please elakkan selagi anak tak bebas jaundice. Sepanjang Aryan jaundice memang aku telan Shaklee (selain Alfafa) saja, lepas dah ok kuning baru start dengan NR dan ubat mak bidan bagi.

Nak cuba dengan petua susu kambing, anggur hitam, madu ke apa segala mak nenek yang melibatkan pemakanan tolong la jangan bagi direct pada anak. Konon nak cepat sembuh, ala dua tiga titik je. Yang dua tiga titik tu pun kesannya besar pada usus baby yang belum matang. Apa pun biarlah ibu yang amalkan, kemudian khasiat dan kesannya akan turun pada baby bila menyusu.

Setakat ni je pesanan dan petua. Yang paling penting ibu jangan stress. Nanti susu merudum lagi parah. Moga bermanfaat.hihi..





Tuesday, July 19, 2016

Tukang Urut Bersalin Best Sungai Petani



Disebabkan kali ni bersalin rezeki aku dapat tukang urut best, nak juga bercerita serba sedikit dan promote beliau. Manalah tahu kot-kot membantu sesiapa yang tinggal area SP untuk dapatkan servis urut. Untuk dapatkan perkhidmatan boleh terus call :

Kak Kiah - 0174343945 or 0164750536

Servis Kak Kiah ni bukan sekadar urut bersalin semata. Kira berbaloi dan murah sangat la dengan harga. Servis merangkumi :

Urutan lepas bersalin 3 kali - Hari pertama nak betulkan kedudukan rahim ada sakit sikit urutannya. Hari kedua dan ketiga lebih ringan sedikit urutannya.

Bertangas - Betul ke namanya bertangas. Kau duduk dekat bilik air berselubung kain batik tutup seluruh badan pastu Kak Kiah datang bawa batu bulat yang dah dipanaskan kemudian jirus batu dengan air herba apa benda dari bawah. Macam mandi wap pun ye juga. Berselubung la kat situ sampai habis wapnya. Best sangat ni..apa nama sebenar proses ni entah!

Bertungku - Kak Kiah pergi dapur panaskan tungku pastu balut tungku dan tungku seluruh badan kau. Kau rilex je depan TV tengok drama, tengok Ketuk-Ketuk Ramadhan.haha..

Berbengkung - Ubat barut pun Kak Kiah sediakan. Best sangat ubatnya tu rasa panas je sepanjang hari. Katanya ubat-ubatan ni semua beli di Indonesia. Kak Kiah ni orang Acheh ye berkahwin dengan orang sini.

Lepas dah siap bengkung tu kau juga akan ditampal bedak mok cun kat seluruh muka siap pilis. Serius best bila dibelai camni. Kalau duit banyak dah book Kak Kiah selama 44 hari. Apakan daya ini je yang termampu. Lepas dah pantang sendiri bengkung pun kelaut. Perut buncit tak payah dok buat lorat.hehe..

Servis semua ni cuma RM 200 sekali dengan cukur rambut anak. Kalau nak urut biasa sekali urut RM 40. Pada yang nak cuba ikhtiar untuk dapatkan anak pun boleh cuba khidmat Kak Kiah, beliau cuma bantu..yang memberi rezeki Allah.

Dah la servis cukup murah, ada lagi pemberian duit raya untuk Aiman, Afia dan Aryan tau. Semoga Allah murahkan rezeki Kak Kiah. Amin!






Monday, July 18, 2016

Aryan Nufael 1 Bulan



Sebulan dah wey! Isk cepat sungguh..dah hilang pun trauma bersalin..dah boleh fikir nak tambah anak lagi. Ok tipu!hahaha..

Umur sebulan ni apa je boleh cerita ye. Aryan masih banyak tidur..berjaga pun dah banyak juga. Sekarang dah "buleh akai" tak nak dia lelama kat bawah time jaga. Nak tidur pun kekadang demand riba. Dok bawah takmau tidur, kat riba elok pulak dia lena. Dah tidur baru ok diletak kat bawah. Orang kata ini tandanya demand buai. Ala..nama pun baby, mesti nak bermanja kan, lagi dengan cuaca panas sedap la tidur di riba. Takkan nak mereput baring aje. Dia pun manusia!haha..




Alhamdulillah so far Aryan senang diurus. Susah la nak dengar dia menangis. Behave dan mudah dijaga. Time berjaga tu bijak sangat tengok sana tengok sini. Haritu masa 13 hari nurse timbang dah 4 kg..pastu 23 hari dah 4.5 kg..tapi timbang sekali baju la kan. Cepat betul Aryan sado. Actual berat nanti Jumaat check up dan cucuk sebulan.





Thursday, July 14, 2016

Raya @ Nibong Tebal



Raya kedua kami bertolak balik Penang dah lewat petang. Sampai Nibong Tebal lepas Maghrib pun. Esoknya aktiviti Aiman macam biasa sibuk mengekor Pak Ndaknya ke surau..balik rumah sambung main game. Abah depa mata tak berapa sihat pulak. Jam terus semua aktiviti raya.

Acu Ain masak mee dan mihun tomyam jemput kawan ibu sorang pun tak nampak bayang. Famili tunang Ateh dan Acu Ain je datang beraya kat rumah. Afia ikut juga Acu beraya rumah jiran sebelah.



Kemain dia pantang nampak mekap minta Acu touch up dia sekali. Orang usik nak ambik adik punya marah.hehe..Ni masa tunang Ateh datang rumah macam-macam gaya dia posing dengan Aryan. Sayang sangat ke adik dok kepung je tak bagi orang ambik adik dia.


Ni photoshoot pulak dengan Acu depan rumah. Tak menahan ibu tengok gaya model posing.hakhak..


Malamnya Acu Ain keluar beraya kerumah kawan Acu, Afia ikut juga. Pulun sangat sampai handphone kawan Acu pun dia pi selfie.hehe..



Raya ke empat baru Abah depa bawa beraya rumah jiran-jiran dan sedara mara. Gambar memang langsung en suami tak snap. Abah depa bukan blogger. Mana kuasa nak snap-snap ni.haha. Raya ke empat ni ramai juga jiran-jiran yang melawat Aryan termasuk kawan ibu yang ni.


Petang hari Acu Ain keluar beraya lagi, Afia sibuk juga nak ikut. Petang Ahad baru kami bertolak balik SP. Balik SP dah dua kali anak mak mengasuh mai ambil beraya kat rumah depa. Raya kali ni kira Afia sorang je la yang beraya sakan.

Lagi 20 hari ibu dah boleh raya. Yuhuu!!






Tuesday, July 12, 2016

Raya @ Alor Setar



Macam biasa raya pertama kami di Alor Setar. Kali ni adik en suami yang bongsu turn beraya di Langkawi, so cuma kami-kami je la. Menu raya nasi himpit kuah lodeh dan kuah kacang saja. Ketupat palas tentulah wajib, bersama rendang ayam, rendang daging dan rendang kambing. Orang pantang ambik bau sudah.haha

Mood nak bergambar pun sama lemau dengan orang yang melopong tengok segala hidangan raya. Apa pun snap juga kenangan Aidilfitri 2016 gambar anak-anak mana yang sempat. 


Dua beradik ni bangun punya awal. Mandi pun awal pagi semangat nak solat raya. Malam raya dah tido lambat. Naik pening bergusti siang malam. Belum campur hero sorang lagi kat Langkawi nuu..

Afia, Abang Icad dan Abang Aiman. 

Snap lagi depa bertiga

Susah betul bila dia tak nak bagi kerjasama bergambar. Takda satu pun picture raya pertama Afia yang elok. Ni dah elok peace lighting pulak tak cantik.

Mula-mula shawl hilang. Pastu tali pinggang..pastu baju..pastu spenda..Orang tak balik solat raya lagi dia dah bogel. Pakai baju raya sat sangat. Macam-macam kelaku Afia ni buat seisi rumah gelakkan dia. Lagi-lagi gaya cakap dia yang pelat tu semua jadi ikutan.hehe

Adik Mia alolo tomey. Berjaga kejap je pastu masa sesi bersalaman Damia dah lena. Orang raya la dik..awat pi tidur qado balik berapa hari punya tak nyenyak tidur siang kot. Nak tidur lama pun rumah dah macam oven.

Aryan pertama kali berbaju, dok Alor Setar panas selama ni pakai drypers dengan barut saja. Baju raya tahun depan la Aryan noo.haha..Kebetulan cuaca memang sejuk pagi raya tu hujan. Siang hari banyak pulak berjaga macam faham inikan raya. Saya nak beraya juga buat pertama kali.hehe

Abang Aiman dengan adik. Boy memang nampak cool tak tunjuk berlebihan sayangkan adik. Kalau Kak Pia all the time kira nak kiss Aryan je. Ibu tempik pun dia buat derk.Emm...

Punya payah nak snap depa bertiga. Muka Aryan dah kemana. Afia pengacau paling otai.hakhak

Tok Mat Tok Dah bersama cucu-cucu. Tak cukup korum Afi di Langkawi, adik Mia tidur. Insyaallah tahun depan bertambah sorang lagi cucu.

Cacamerba Family potrait. Tak ada baju raya shawl lilit. Baju berapa tahun lepas ntah bawa yang mana muat plus tak payah iron. Tudung ekspress hitam tu penyelamat. Namanya dalam pantang. Ni pun ok la kan dari berkain batik aje. Orang berpantang pun layak beraya juga.hehe


Disebabkan cuaca sejuk, raya pertama tu semua pakat lena. Mula-mula Aiman dikuti Afia dan Irshad. Aiman dan Irshad sakan punya lena sepanjang hari tak beraya kemana. Petang raya Afia ikut maktok dan Acik beraya..tu pun sebuah je rumah jiran. Esoknya raya kedua kita balik beraya di Penang pulak. Yey!





Sunday, July 03, 2016

Balik Kampung Sambut Lebaran



Pagi tadi anaknda Aryan Nufael telah selamat dibotakkan.



Petang lepas asar kejap lagi Insyaallah kami akan bertolak balik beraya di Alor Setar. Raya kedua nanti Insyaallah balik beraya di Nibong Tebal pula. Penat betul mengemas, semakin bertambah ahli keluarga semakin bertambah la beg. Jenuh angkut dengan barang segala mak nenek orang pantang ni.

Dikesempatan yang ada aku nak memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa tersalah mengomen sepanjang perkenalanan di alam maya. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari PK sekeluarga. Hati-hati memandu pada yang pulang beraya di kampung. Makan ketupat rendang lodeh samperit tart kuih raya aneka hidangan ingatlah sama orang yang tengah berpantang ni.hahaha...








Friday, July 01, 2016

Kisah Aiman Puasa



Lama tak cerita kisah anak bujang sado ni kan. Dah makin besar tak minat dah jadi model blog. Tahun ni darjah tiga tau tapi masih tak pernah puasa penuh. Sahurnya penuh pulak.hahaha..

Tahun ni nampak Aiman komited dah dengan puasa. So far dia baru buang puasa sehari. Haritu balik sekolah tunjuk muka dahaga sangat, ada Wan Maktok pulak kat rumah boleh minta nyawa..dah tak pasal ponteng puasa sehari. Sayang sangat kan! Takpelah..nak buat macam mana.  

Kalau dengan ibu memang tak layan la nak buka..dok buat muka teruk biasanya lepas main sepak bola. Dah tahu puasa tak reti duduk diam. Sibuk pecahkan peluh sepak bola satu rumah. Memang kena bebel la.huhu..

Tahun ni Aiman dah belajar teraweh di masjid dengan kawan-kawan. Mula-mula macam tak yakin juga lepaskan dia sendiri ke masjid, memang tahu dah namanya budak mesti nak main je lebih..kita pun pernah jadi budak kan..

Dah masjid pun sebelah kuarters ni je kami lepaskan juga dia untuk pupuk minat sukakan masjid. Nak harapkan pergi dengan abah..dah abah pun kerja malam. Tapi kat masjid tu ramai kawan abah yang boleh jadi mata-mata. Janji solat dan tak buat bising cukup.

Tak lama pastu bila dengar kawan bercerita menu berbuka sedap kat masjid, Aiman request nak berbuka dimasjid pula. Kebetulan kan ibu tengah berpantang..Untuk berbuka memang abah depa beli je la lauk. Berbuka sorang je la abah kat rumah tanpa Aiman. Nampak dia suka berbuka dimasjid.

Semoga terus rajin solat dan jadi anak soleh ye Aiman Mukhlis.


Belek galeri susah nau nak jumpak gambar Aiman. Picture sebelum keluar shopping raya tempohari

Abang Aiman dah gaya macam nak susukan Aryan je. Seksi seperti selalu.hehe..