Tak macam bersalinkan Afia dulu, kali ni selera dalam pantang memang agak merudum. Aku makan nasi sekali je sehari. Breakfast dan dinner pun boleh pi dengan milo cicah biskut or roti saja. Susu, horlicks, nestum dan oat tu kadang-kadang buat. Kuat pulak dengan milo dalam pantang kali ni..dah la kalori tinggi.huhu..
Dua minggu pertama memang aku elakkan pengambilan daging dan ayam. Pi balik ikan tenggiri dengan gelama. Dah la tenggiri tak berapa suka. Nak tak nak hadap je. Sayur pulak pi mai pi mai sawi, karot dan brokoli. Pegaga pun payah nak dapat. Kalau dak buat ulam, buat kerabu selera jugak kan. Buah aku ambik kurma, sunkist, epal dan anggur sahaja.
Aku ni tak rajin nak masak dua tiga menu. Biasanya 1 menu saja belasah campur sekali sayur. Antara menu berpantang orang bersalin yang sempat aku snap.
Singgang Tenggiri plus karot plus brokoli
Sup tenggiri plus karot plus brokoli
Ikan bilis Ketuk : Ikan bilis + lada hitam sangai + bawang merah + bawang putih + halia ditumbuk dengan sedikit garam + gula.
Ikan bilis ketuk plus tenggiri bakar plus karot.
Sayur sawi plus karot masak air. Ni biasa aku makan dengan ikan, ayam or daging bakar.
Sup sawi plus daging bakar berempah
Ayam goreng kunyit plus karot plus brokoli. Malas masak ni sekali harung menu untuk Aiman dan abahnya.hehe
Sebelum ni memang tak pernah makan kicap dalam pantang. Baca bidan Kak Ice kata kicap boleh yang dimasak..terus jadi menu daging lada hitam. Selera pulak kena menu ni tau.hahaha..
Ayam bakar berempah
Daging goreng kunyit
Sebolehnya aku memang cuba elak menu bergoreng dan berminyak. Tapi dah tak selera makan sesekali ada menu goreng juga..dengan penggunaan minyak yang paling minimun la kan. Esok checkup Aryan nak pi timbang..weight scale kat rumah ni rosak pulak..entah berapa je berat turun dalam sebulan ni.huhu..
Akak yg tak berpantang tengok menu PK ni pun terliur juga..
ReplyDeleteTapi mengapa PK kata kurang selera..
Mungkin org pantang tak selera..
Orang tak berpantang tengok selera lah pulak hahhaha..
Nampak menarik je semua makanan pantang tu PK, awat tak lalu makan pulak? Ini macam, nampaknya cepatla slim.. hihi.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. menu sihat in shaa Allah ibu dan baby juga akan pasti sihat. 💪💪💪☺️☺️
ReplyDeleteTengok gambar2 set menu berpantang Puan kUtu ni...walaupon nampak simple tp sedap :).Kka atie duluuuuuuuu...mkn ikan bilih + lada hitam jerrrr.
ReplyDeleteulam pegaga dgn ubi temu mmg wajib!!
Walaupun menu berpantang tapi utk kakak yg tak pantang ni pun selalu juga buat menu macam itu. Menu pantang kita lebih kurang, cuma entah kenapa MIL kakak dulu tak bagi kakak makan ayam. Tapi sup dia boleh... ikut ajelah dulu mana ada nak google-google..
ReplyDeleteMakin sihat lepas ni...menunya pun sedap2 belaka
ReplyDeleteterliur plak tengok ayam bakar berempah tu..samalah kita, tak suka tenggiri sangat
ReplyDeleteBestnya menu akak..nini hari2 benda sama....tapi syukur...hehe
ReplyDeleteMenyelerakan aje PK.
ReplyDeleteaida memang suka layk ala2 berpantang.
tgk menu bpntang akak ni nmpk sedap2 belaka..
ReplyDeleteKalau dah namanya jenis orang pemakan, lauk orang berpantsng pun nampak sedap weyh hihi.... Okje pulak dlm pantang mak selalu masakkan ikan singgang....letak kunyit ngan halia banyak banyak. Sedap aje hihi..
ReplyDeletemak aihhh penat jgak tgk menu org berpantang ni ye.. huhuhu..
ReplyDelete