Jaundice terhasil apabila bilirubin terlalu banyak dalam darah. Bilirubin yang berwarna kuning/oren terhasil apabila sel darah merah yang dah tua dipecahkan dan hendak disingkirkan dari badan. Hati berperanan memproses dan menyingkirkan bilirubin dari darah. Hati baby ni belum cukup matang untuk membuang bilirubin yang terlalu banyak, maka terjadilah kuning pada baby.
Mengikut fakta, 60% baby yang lahir cukup bulan berpotensi kena jaundice. Jaundice mula dikesan pada hari ke 2 dan ke 3 dan semakin tinggi bacaannya menjelang hari ke 5 dan ke 6, kemudian akan turun secara perlahan-lahan, seterusnya akan hilang dalam masa seminggu tetapi ada yang lebih. Alhamdulillah Aryan hilang dalam masa seminggu saja.
Aryan masa kuning tengah tinggi
Mari aku share petua turunkan kuning baby. Ada banyak lagi petua sebenarnya, tapi aku share mana yang paling dekat dan yang aku praktik pada Aryan saja.
Ikut petua MIL, baby balik je dari hospital terus dimandikan dengan air daun inai dan teh (yang uncang tu rendam je dalam air). Aku tak tahu apa relevennya petua ni...tapi tak salah cuba ikhtiar kan.
Kawan-kawan aku kata jerlum (basahkan kepala baby) dengan air zamzam. Yang ini memang aku buat. Sambil buat tu selawat dan doa banyak-banyak moga diturunkan kuning anak. Sesambil tu aku minum juga air zamzam dengan harapan mukjizat air turun ke anak bila dia menyusu.
Ada yang kata cuba mandikan baby dengan air cap badak. Bilasan terakhir jirus dengan air cap badak. Boleh juga jerlum kepala baby dengan air ni. Aku tak sempat pun buat..dok kalut sampai kesudah lupa nak beli air cap badak.
Doa ibu ni tiada hijab. Ibu makan kurma, selawat dan doa pada Allah minta disembuhkan kuning anak. Khasiat kurma akan turun ke anak bila dia menyusu. Yang ni memang aku buat sungguh-sungguh sepanjang Aryan jaundice.
Selain tu kenakan baby pada cahaya matahari pagi, tapi jangan secara langsung. Ozon semakin menipis sekarang kan, dapat penyakit lain pulak nanti. Memadai buka tingkap, kenakan baby pada cahaya matahari samar antara pukul 8.30 hingga 9.30 pagi.
Yang paling penting kena kerap susukan anak setiap sejam, sejam setengah or paling kurang dua jam sekali. Baby yang jaundice ni memang kuat tidur, kejutkan dan susukan sebanyak dan sekerap mungkin. Bila kuat menyusu, kerap kencing dan berak, kuningnya akan dibuang melalui sistem perkumuhan.
Ibu menyusu pun kena kurangkan pengambilan lada hitam, kunyit, halia, rempah ratus dan sebagainya yang bersifat panas. Jamu ubat berpantang tu semua please elakkan selagi anak tak bebas jaundice. Sepanjang Aryan jaundice memang aku telan Shaklee (selain Alfafa) saja, lepas dah ok kuning baru start dengan NR dan ubat mak bidan bagi.
Nak cuba dengan petua susu kambing, anggur hitam, madu ke apa segala mak nenek yang melibatkan pemakanan tolong la jangan bagi direct pada anak. Konon nak cepat sembuh, ala dua tiga titik je. Yang dua tiga titik tu pun kesannya besar pada usus baby yang belum matang. Apa pun biarlah ibu yang amalkan, kemudian khasiat dan kesannya akan turun pada baby bila menyusu.
Setakat ni je pesanan dan petua. Yang paling penting ibu jangan stress. Nanti susu merudum lagi parah. Moga bermanfaat.hihi..
comelnya dia...terbau2 bauan syurga..suka baby!!
ReplyDeleteBagus sangat info ni...baik untuk rujukan ibu2 dan bapa2 muda.
ReplyDeleteTapi bunda hairan dalam tahun 70an n 80an dulu time adek2 bunda masih baby dan anak2 bunda juga baru dilahirkan, juga baby dari rakan2 terdekat tinggal sekeliling (masa tu bunda tinggal diquarters tentera) jarang dengar yg kena demam kuning ni... anak2 bunda pun 4 orang tiada yang kena.
Mungkin sekarang ni kerana faktor pemakanan dan persekitaran kot.
Anak-anak kakak dulu pun semuanya kena juga. Tapi kalau ikut keluarga kakak bagi minum susu kambing alhamdulillah macam serasi jugalah dik. Selepas minum susu nanti dia kencing atau buang air besar akan berwarna kuning. OK juga...
ReplyDeleteLagi satu mandi dgn uncang macam teh beli kat sinseh kalau campur air jadi kuning pun ok juga tu..
Perkongsian yang menarik
ReplyDeleteAlhamdulillah ammara ada sikit ja kuning....2x ja p klinik..Dan dan ammara ngorat doc kat klinik tu
ReplyDeleteAlhamdulillah ammara ada sikit ja kuning....2x ja p klinik..Dan dan ammara ngorat doc kat klinik tu
ReplyDeletethanks PK anak kaknoor pun tak lama lagi akan bersalin jugak
ReplyDeleteboleh lah bagitauu dia nanti kalau ada masaalah macam ni
selamat berpantang PK bawa bersabo ye menunggu habis pantang
comel! cant wait MG lg 2week due :)
ReplyDeleteMinum air susu kambing..klau ank2 masa kecil kna kuning
ReplyDelete5 ank kena kuning..alhamdulillah tak teruk sangat
Kena amik tau juga hal kuning ni kan.. bahaya lama asik ulang alik ke klinik, kita pun stress tgk anak kena cucuk amik darah je. Sy merasa ni masa nazif, sb ada kuning sampai hari ke 14 rasanya. Banyak kali la juga ulang alik amik darah tu. Aduh letih rasa.
ReplyDeletegood info..orang bujang pun bagus baca ni
ReplyDeletebgus info ni...
ReplyDeleteYelah kan....baby kuning ni mmg biasa. Sebagai ibu, cuba ajelah ikhtiar mana yg boleh utk kebaikan baby
ReplyDeletebanyak jugak petuanya ye.. yg husna slalu dgr pon kerapkan menyusu baby u je..
ReplyDeleteTertarik dgn komen Bunda_nora. Mak mentua saya pun selalu ckp macam tu. Budak2 zaman dulu takde pulak kena jaundis @ kuning. Mungkin pemakanan kita yg mak-mak ni masa mengandung kot kan?
ReplyDelete