Pages

Thursday, July 14, 2016

Raya @ Nibong Tebal



Raya kedua kami bertolak balik Penang dah lewat petang. Sampai Nibong Tebal lepas Maghrib pun. Esoknya aktiviti Aiman macam biasa sibuk mengekor Pak Ndaknya ke surau..balik rumah sambung main game. Abah depa mata tak berapa sihat pulak. Jam terus semua aktiviti raya.

Acu Ain masak mee dan mihun tomyam jemput kawan ibu sorang pun tak nampak bayang. Famili tunang Ateh dan Acu Ain je datang beraya kat rumah. Afia ikut juga Acu beraya rumah jiran sebelah.



Kemain dia pantang nampak mekap minta Acu touch up dia sekali. Orang usik nak ambik adik punya marah.hehe..Ni masa tunang Ateh datang rumah macam-macam gaya dia posing dengan Aryan. Sayang sangat ke adik dok kepung je tak bagi orang ambik adik dia.


Ni photoshoot pulak dengan Acu depan rumah. Tak menahan ibu tengok gaya model posing.hakhak..


Malamnya Acu Ain keluar beraya kerumah kawan Acu, Afia ikut juga. Pulun sangat sampai handphone kawan Acu pun dia pi selfie.hehe..



Raya ke empat baru Abah depa bawa beraya rumah jiran-jiran dan sedara mara. Gambar memang langsung en suami tak snap. Abah depa bukan blogger. Mana kuasa nak snap-snap ni.haha. Raya ke empat ni ramai juga jiran-jiran yang melawat Aryan termasuk kawan ibu yang ni.


Petang hari Acu Ain keluar beraya lagi, Afia sibuk juga nak ikut. Petang Ahad baru kami bertolak balik SP. Balik SP dah dua kali anak mak mengasuh mai ambil beraya kat rumah depa. Raya kali ni kira Afia sorang je la yang beraya sakan.

Lagi 20 hari ibu dah boleh raya. Yuhuu!!






15 comments:

  1. Amboi comeynya posing, ala2 model gitu.. :)


    p/s : Kak, ni resepi meringue ye :)
    http://normj1001.blogspot.my/2014/08/percubaan-buat-biskut-meringue-sedap.html

    ReplyDelete
  2. Hi acu ain,lma xjumpa ain, msti ain ckp org sombong xnk kwn dgn dia. Haha. org x balik kg lg beraya , keja jer manjang .

    ReplyDelete
  3. Walaupun ibu dlm pantang langkah Afia tetap panjang utk beraya sebab ada Acu Ain. Untung juga anak dara comel ni. Kumpul duit rayalah dia:)

    ReplyDelete
  4. Amboih sangat afia tau, naseb baik comey, haha~

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya sis.. :D Jemput singgah blog Reen.. Hihi

    ReplyDelete
  6. Amboi anak dara...kemain kamu ya....comellll haha

    ReplyDelete
  7. Amboiiii kemainnn awak yer....tapi comellll haha

    ReplyDelete
  8. Bukan main lagi Afia posing. Mmg sebijik model kanak kanak. Kalau ada produser yg baca blog Puan Kutu Ting Tong confirm boleh sign contract ni hihi....

    Afia tu baru betul wakil ibu beraya.... anak pompuan katanya...

    ReplyDelete
  9. Amboi, anak dara sorang tu. Dah pandai melaram!

    Orang Penang gak ka? Kampung kita tak berapa jauh pon tu. Kampung husband di Kuala Krau and kampung belah mama pula di Simpang Ampat, kena melepasi Kepala Batas. Hiks, hiks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuala kurau simpang empat tak jauh la tu..sekampung la kita.hehe

      Delete
    2. Kuala kurau simpang empat tak jauh la tu..sekampung la kita.hehe

      Delete
  10. bukan ker lagi 20 ari raya da abis ? hi hi hi....
    hamboi afia. bukan main pandai bergaya.
    ala-ala model gitu :)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!