Lama tak cerita kisah anak bujang sado ni kan. Dah makin besar tak minat dah jadi model blog. Tahun ni darjah tiga tau tapi masih tak pernah puasa penuh. Sahurnya penuh pulak.hahaha..
Tahun ni nampak Aiman komited dah dengan puasa. So far dia baru buang puasa sehari. Haritu balik sekolah tunjuk muka dahaga sangat, ada Wan Maktok pulak kat rumah boleh minta nyawa..dah tak pasal ponteng puasa sehari. Sayang sangat kan! Takpelah..nak buat macam mana.
Kalau dengan ibu memang tak layan la nak buka..dok buat muka teruk biasanya lepas main sepak bola. Dah tahu puasa tak reti duduk diam. Sibuk pecahkan peluh sepak bola satu rumah. Memang kena bebel la.huhu..
Tahun ni Aiman dah belajar teraweh di masjid dengan kawan-kawan. Mula-mula macam tak yakin juga lepaskan dia sendiri ke masjid, memang tahu dah namanya budak mesti nak main je lebih..kita pun pernah jadi budak kan..
Dah masjid pun sebelah kuarters ni je kami lepaskan juga dia untuk pupuk minat sukakan masjid. Nak harapkan pergi dengan abah..dah abah pun kerja malam. Tapi kat masjid tu ramai kawan abah yang boleh jadi mata-mata. Janji solat dan tak buat bising cukup.
Tak lama pastu bila dengar kawan bercerita menu berbuka sedap kat masjid, Aiman request nak berbuka dimasjid pula. Kebetulan kan ibu tengah berpantang..Untuk berbuka memang abah depa beli je la lauk. Berbuka sorang je la abah kat rumah tanpa Aiman. Nampak dia suka berbuka dimasjid.
Semoga terus rajin solat dan jadi anak soleh ye Aiman Mukhlis.
Belek galeri susah nau nak jumpak gambar Aiman. Picture sebelum keluar shopping raya tempohari
Abang Aiman dah gaya macam nak susukan Aryan je. Seksi seperti selalu.hehe..
seksi betul dia..wh pandai jaga adik
ReplyDeleteHaha cekci pula gambar bawa tu .. moga tahun depan abg sado ni dapat berpuasa sebulanlah ye 😊
ReplyDeletegambar bwh tu buat aku gelak besar ...
ReplyDeletefahim dah susut bdn die sbb berpuasa .. alhamdulillah tak byk karenah ....
tak pe aiman tak wajib lg puasa .. slow belajar mendididk
Alhamdulillah..
ReplyDeleteRajin abang aiman puasa..
Salam lembaran syawal PK..
Mohon kemaafan jika ada salah dan silap sewaktu meninggalkan komen.
Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Baiknye abg Aiman.. Makcik doakan rajin sampai bila2.. Nnti boleh bawa ibu n abi g Syurga.. Ya Allah, Ameeenn.. Seronoknye ade ank soleh.. 😍😍😍😍
ReplyDeleteALHAMDULILAH..
ReplyDeleteslow2 lah kan..tak boleh nak paksa.
Amin, inshaAllah tu dah tunjuk minat tu dan mula berdikari, Allah pun menolong hantar kawan-kawan membawa kearah itu. Cuma berpesan la kan selalu, risau sebab malam nak kata besar belum lagi. Pandai si abang pangku adik tu :)
ReplyDeleteAlhamdulillah PK abam dah pandai jaga adik kecik tu
ReplyDeletetapi seksi habis lah
slow and steady win the race kan
Gambar last paling menarik.. kikiki
ReplyDeletehehe.. btul la..bila mkin bsr..susah nk posing2 utk kita..fsya pom gtu..kdg2 elok je posing, time snap dia buat muka.. haha..
ReplyDeletexpelah aiman.. still dlm pelajaran kan.. fsya pom puasa x penuh jgk thn ni..ada tinggal sbb dia demam bru2 ni...
in shaa Allah, kt hnya melatih utk tunaikan ibdah puasa ni...
bgus rmh dkt msjid, blh latih ank slalu k masjid.. lya sdri tringin sgt nk bwk fsya k masjid, solat terawih..tp nk wk camner..lya solat pon kna ddk ats kerusi... xleh nk solat biasa sbb tlg balakng lari lps kmlangan aritu..
Bagusnya aimab boleh pegang adik...ada la pembantu mommynya nanti :-)
ReplyDeleteha haha kelakar dgn pic yg last tu, PK.
ReplyDeletethe best moment tuh.
nanti da besar, bleh tunjukkan aryan and aiman.