Sambungan kisah PD. Ni last entry la kot. Lepas makan dan lepak sekejap dekat Teluk Kemang secara tiba-tiba en suami ajak singgah muzium dulu sebelum bertolak balik. Ikutkan saja kata en driver, lagipun ni pertama kali juga kami kesana. Waktu lawatan adalah setiap Rabu hingga Ahad, 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Muzium tutup pada hari Isnin dan Selasa. Masuk percuma ye!
Muzium Tentera Darat PD merupakan salah satu muzium yang termoden di Malaysia. Menarik juga bila ke gedung sejarah macam ni. Terasa dekat dengan perjuangan dan keringat pejuang-pejuang dulu. Selain pameran peralatan dan senjata, terdapat pelbagai koleksi khazanah dan artifak menarik. Semuanya menjadi saksi bagaimana pejuang-pejuang negara kita mempertahankan negara tercinta. Wah kemain skema buku teks aku bagi informasi.haha
Projek wajib, bergambar depan Muzium. Gambar ibu dan Afia disebelah kiri terpaksa dicrop kerana tak menepati piawaian.hehe
Aiman tentulah yang paling teruja, sebab cita-cita dia kan nak jadi askar. Yang sebetulnya dia fanatik dengan senapang. Sejak baby dah duduk dalam kem, setiap hari tengok uncle-uncle askar pegang senapang depan gate, mungkin dari situ timbul minat. Kalau betul nak jadi askar teruk nanti kena masuk keluar gym untuk kuruskan badan.kehkeh.
Banyak sangat gambar dekat Muzium. Aku malas nak upload. Layan je la aksi model muzium.
Gambar model kecik tak banyak. Tak mesra kamera katanya.hehe
mcm2 gaya Aiman posing... suka sgt la dia tu dapat ke Muzium Tentera...
ReplyDeletewah kemain seronok aiman tu ye......gud3x...
ReplyDeleteBukan main lagi sibujang ngn bapak sibujang berposing.....mama nya mana?...
ReplyDeleteAlala...sikecik tu tersenyum2 jer...
Amboi Aiman...aksi2 hebat belaka...
ReplyDeleteAsal gambar aiman jer posing mesti nak ajak bertumbuk...hehe....okje walau boleh kata byk jugaklah ke PD.....tp tak pernah sampai muzium tu PK....sebabnya.....M haha
ReplyDeleteAiman muka pak dia..
ReplyDeleteAfia muka mak dia..haha..ingt dah muka pn kutu tgok hr tu..putihkan..
Amboi..Aiman , sakan posing ya. Patutla ramai awek suka kat Aiman ya.. mesti masa Aiman senyum macam tu, kaean2 di sekolah tengok terus berkenan kat Aiman.
ReplyDeletepenah pegi muzium ni. tapi tak sangka plak yg paling moden di malaysia ye.
ReplyDeletepernah pg dulu amir kecik lg.. x menghayati sgt.. tp seronok..
ReplyDeleteMemang nampak ketokohannya nak jadi askar si Aiman ni. PK, kalau Afia pun berangan nak jadi askar boleh tak agaknya?
ReplyDeleteSaya rajin juga pergi PD ni tapi entah kenapa belum berhasrat nak masuk Muzium Tentera ni.
hehehe..semangat aiman..:p
ReplyDelete