Pages

Saturday, April 05, 2014

Random Pictures Afia Holiday



Menginjak usia sebelas bulan nampak Afia dah kuat berdiri dan aktif menggunakan kepandaian dia tu. Semalam ambil Afia dari rumah pengasuh, teruja anak pengasuh kata Afia dah boleh jalan. Pengasuh cerita Afia dah boleh merangkak, pastu kalau lepas dah boleh jalan dua tiga langkah. Memang sebetulnya dah lama dia boleh merangkak, cuma malas je kot.hehe.. Hari ni baru nampak dia merangkak dengan banyak. Ibu catat kat sini untuk rujukan. 

Sekarang datang malas nak transfer gambar dari kamera pulak dah. So layan dulu aksi si bambam masa Holiday tempohari. Gambar dah tahap lemau.


Masa ni ibu baru sudah mandikan Afia. Tengok tu muka kemain jakun. Habis dia pegang ketuk-ketuk main semua. Hentian Sungai Buluh tempat dia macam canggih sikit kan berbanding hentian lain. Pelik kot dia tengok alat yang ada.


Masih di hentian Sungai Buluh. Kami breakfast kat sini, Afia makan angin je.haha Sekarang senang sikit nak makan sebab dah boleh dudukkan Afia dalam baby chair. Ni pun tahap ular sawa gak cepat-cepat ibu makan takut dia mintak dikeluarkan dari chair.


Aksi boss kecik berehat. Masa ni tinggal ibu dan Afia je kat bilik. Yang lain keluar cari makan. Kemain ibu Afia kemas tempat tidur, nak tangkap gambar punya pasal.haha


Sebelum swimming kita isi perut dengan nasi lomak nogori. Tak sodap pun. Afia macam biasa jadi tukang penyibuk. Kejap lagi habis dia sepahkan nasi lemak kalau dibiar. Berperang la dengan abang Aiman dia yang tengah kebulur tahap dewa tu.


Balik berendam dah mandi dan siap, tertidur terus si anak dara. Gaya mengangkang tak bley blah kompem buat mata bakal mak mertua terbuntang.hehe


Masa ni dah check out, duduk kejap sementera tunggu enjin kereta panas. Jangan harap nak pandang kamera. Headband dah lari kemana anak oi.


Dekat Teluk kemang ligat sungguh. Kalau boleh tak nak orang pegang dia. Tengok tu muka budak tengah bersemangat (tengah membiasakan dengan perkataan semangat menggantikan nakal). Dapat kaki tak lama lagi jenuh kepung.


Selepas keluar Muzium Tentera Darat, sekejap je dah tertidur dalam kereta. Muka letih tak ingat. Alhamdulillah perjalanan pergi balik Afia well behave. Lepas ni tak risau sangat kalau buat long journey dalam kereta. Harapnya perangai tak berubah kot sayang.


Gambar sebelum pergi melawat baby baru lahir. Kawan baik aku merangkap jiran, kawan sepermainan, satu sekolah dan sebaya bersalin anak ketiga. Mula-mula masa aku pakaikan tak nak buang kau. Suka Afia dapat pakai speck. Kelasss kan cik pia.hehe


Gambar terakhir di Nibong Tebal sebelum bertolak ke Alor Setar. Kirim salam dia nak tunjuk muka comel depan kamera. Dah habis akal ibu nak mintak dia posing. Ni je muka sehabis cantik.muahaha..

Ok bye!




19 comments:

  1. Makin besar awek sorg ni..
    Makin letih le nk kejar bambam lpas ni kak.
    Hehe

    ReplyDelete
  2. Assalam PK..apa rupa pun.tak perlu pising pun Afia tetap la comel.
    PK kalau datang negori..nak makan sedap cari acik hi hi

    ReplyDelete
  3. comel nya Afia...tiba2 rasa macam nk ada baby jer... :)

    ReplyDelete
  4. kiut je afia kan...
    lama tak singgah sini

    ReplyDelete
  5. Amboi Afia jauh berjalan mai dari Penang terus ke PD hehe....dah tu bukan nak ajak auntie hehe ...
    Puas tak mandi pantai?

    ReplyDelete
  6. Makin kuat merangkak, makin penat plk nk menguntipkan..

    Afia buatlah muka camna pun comel..try maknya buat muka..haha..

    ReplyDelete
  7. comelnya afia, ske tengok aksesori dia :)

    ReplyDelete
  8. biasa le PK, masakan tmpat lain tak sama ngan selera kita, maklum le hari2 masak sendiri, rencahpun ikut tekak kita, mulalah terasa kurang garam, kurang gula, kepedasan melampau dsb..

    ReplyDelete
  9. amboii..seronoknye dia holiday...cantik2 headband afia =)

    ReplyDelete
  10. Wah.. lawa semua gambo si Afia ni.. untung awak ada ibu yg suka snap gamba awak ya.esok dah besar boleh tgk semua gambar ni ya..

    ReplyDelete
  11. budak2 ni makin besar makin susah nak amik gmbr dia kan. sbb dok tak diam pastu dpt snap time dia tgh buat muka. bagus afia tak meragam dok dlm keta. ada potensi la dpt gi jalan2 lagi next time ye.

    ReplyDelete
  12. ololo tomeynyer afia..auntie coobit pipi sikit la yek...

    ReplyDelete
  13. pic2 tidur tu paling KA suka hehehe

    ReplyDelete
  14. amboi kemain btl random ni.. setiap gambar.. tempat lai² hihihihi..

    ReplyDelete
  15. comellnya Afia... suka tgk senyuman nya yg mahal tu...hihi

    ReplyDelete
  16. Cptnya besar ai kecik ni. Rasa mcm br je bc psl pregnancy tuan tanah. Hehe...

    ReplyDelete
  17. Eh, Afia ada tanda lahir kat tangan ya? Tanda lahir Adik kat kaki kiri betul-betul celah kelengkang. That's whylah Mommy dah ajar jangan tidur mengangkang :)

    Saya bagi hadiahlah kalau PK boleh ambil gambar Afia tenung kamera sambil senyum paling cun dalam universe.

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!