Pages
▼
Sunday, December 22, 2013
Tak Puas
Takdenya aku balik kampung lama mana. Lebih kurang sehari je kat kampung. Jumaat aku kerja pagi. Rancangnya lepas Jumaat nak balik NT tapi en suami tak berapa sihat, dah tu hati memasing nak tengok MLM, habis MLM baru bertolak. Sampai NT pukul 2 pagi, dah kira hari Sabtu dah. Pagi tadi bertolak balik SP. Tak puas! Si chubby Aiman tarik muka plus merajuk takmau balik. Nak tinggal sana sapa nak jaga. Dah la kuat makan. Memanjang je lapo.
Kalau nak senarai banyak benda menarik kat kampung tu. Walau mak pak dah tinggalkan kami tapi kami punya jiran tetangga semuanya umpama mak ayah sendiri. Tak puas pusing kampung, lepak-lepak sembang. Kali terakhir balik masa raya puasa tempohari. Fuh memang lama tak balik walhal ikut highway lebih kurang sejam je perjalanan.
Dulu masa dok Johor tak dapat balik selalu. Setahun dalam dua tiga kali. Paling kuat 4 kali. Jauh cara jauh la kan. Sesekali cuti tu dalam dua minggu juga. Dah dok dekat cara dekat. Boleh bilang lebih kurang macam dok Johor juga baliknya tu. Nak buat macam mana, hidup ada komitmen, rezeki kena cari, kesibukan dunia mana ada penghujung selagi kita tak tutup mata.
Seindah mana tempat kita merantau, tempat yang paling selesa dan aman mesti la dikampung sendiri. Tempat jatuh lagikan dikenang, tempat ini tempat aku bermain, tempat aku dibesarkan. Harapnya tahun depan dapat lebih lama kelapangan masa menikmati kampung sepuasnya. Mungkin kita boleh arrange aktiviti holiday, jalan-jalan seumpamaya. Dah janji dengan Aiman nanti kita balik lama sikit. Biar Aiman Afia puas main dengan Pakwe, PakNjang, PakNdak dan Acu Ain.
* Buat Aisy Nasiha, resepi karipap ikan bilis dah update ye..:)
Apa ada pada rupa...yg pnting rasanya yg marvelous tu.....
ReplyDeleteDik..
ReplyDeletebetul tu, akak pun sama.Jarang2 pulang ke kg.Apatah lagi mak dan abah pun dah berhijrah tnggal kat tempat lain..Bukan tak nak balik, rindu sangat nak jumpa sedara mara..tapi apakan daya..hmbatan masa mngatasi segalanya...
alahai kesian pulak aiman tak puas dok kampung...
ReplyDeleteNuffy: inti & churp2
ReplyDeletemasa anak2 kecil, boleh dikatakan setiap minggu kami balik kampung... jumaat rumah mak, dan sabtu rumah mentua.... tapi bila anak mula skolah, dua minggu sekali balik kg..
ReplyDeleteTapi skrang, dah dua tahun dah balik kampung... huwaa, rindu tu mmg tak terucap... skype aje la pelepas rindu :(
klu blk kejap mmg x puas cian aiman ...
ReplyDeletehaah kami akan duduk kg mulai januari ni hihihihi ..;p
Betullah kampung adalah tempat indah kita. Banyak menyimpan nostalgia zaman kita anak-anak lagi. Bila sesekali balik bau kampung pun dah buat kita rasa fresh sangat..
ReplyDeleteKalau balik kampung ni memang seronoknya lain macam. Teringat segala zaman yang dah berlalu. Rugikan pada sesiapa yang takda kampung ni.
ReplyDeletebalik lama2 baru syiok.. hehe
ReplyDeleteKomitmen byk..susah skit nak balik kg kan PK..cuma klu balik, mmg seronok lah...sama gak sy, dekat je kg tapi nak balik tu kena plan lama gak...huhu
ReplyDeleteKami tak jd balik Kelantan. Masa dah suntuk. Balik sekejap penat + tak puas nanti.
ReplyDeletebudak2 ni pula xleh lama dok kg, mgkn tak serasi ngan diri mereka
ReplyDeletehmm... mmg rindu suasana kg.. lama juga sy x blik kg...
ReplyDeleteHa..dah tgk resepinya.. insya Allah akan mencubanya... naim suka karipap..
ReplyDeleteOhhh mak ayah dah tak de yeh PK...kurang syok yek balik kampung tanpa mereka...
ReplyDeleteYelah elok bawak balik je si Aiman tu kalau ada nenek lain cite...
inshaAllah selagi boleh, pasti ada masa untuk pulang ke kampung..
ReplyDeletecian Aiman dan Afia.. hehehe..
betoi tu.. walau mana pun kita duduk, kat kg kita tu gak yg best
ReplyDelete