Pages
▼
Monday, December 23, 2013
Keperluan Sekolah Aiman
Bertangguh dari sehari ke sehari nak shopping keperluan sekolah Aiman. Ada saja benda yang menghalang. Si Abah punya kerja bukan macam bapak orang lain, perlu tenaga dan kudrat yang banyak. Bila cuti tu je masa si abah nak berehat. Si ibu punya kerja perlu ketahanan mental, berkorban cara lain pula. Bila Si abah cuti, si ibu kena kerja, begitu sebaliknya. Terlanjur balik kampung terus kami shopping dekat kampung.
Sabtu selepas Zohor ke Parit Buntar. PB dengan NT bukan jauh mana walau berlainan negeri. PB sekarang macam-macam ada, pekan yang sedang pesat berkembang. Pendek kata syurga beli belah, ramai kata sini punya harga jauh lebih murah dengan tempat lain. Apa pun si bambam ibu always behave. Tak heran mengantuk dan lapar kalau dapat jalan. Si chubby mengomel juga sakit kaki, penat berjalan.
Kami tuju Pasaraya Ten Ten (Lokasi dulu Supermarket Minat), senang semua benda ada kat sini. Nak berjalan banyak tempat memang tak la dengan kesuntukan masa, cabaran cuaca dan sebagainya. Nak carik yang murah zaman sekarang mana ada. Semua tempat lebih kurang harganya. Baju sekolah,seluar track, beg semua beli kat sini. Dapat pulak amoi best melayan kami, suka betul dia dengan en suami. Kasut sekolah je cari dekat kedai kasut berhampiran.
Lega rasa segala keperluan sekolah Aiman dah selesai. Alat tulis sikit lagi kena beli. Buku en suami dah beli 15hb tempohari. Minggu depan 29hb tarikh Aiman melapor. Pasal pergaulan tak risau sangat, Aiman jenis yang boleh bawak diri, pandai berkawan. Cabaran lain tu harapnya terkawal. Sedar tak sedar Aiman bakal melangkah ketahun 1. Ibu pulak kena say bye bye 20-an. Muda lagi kan?hikhik..
* Tiga hari cuti menghabiskan masa mengemas dan mendobi. Dari pagi sampai petang dapat kemas dan mop setengah ruang tamu je. Ada anak kecik lagu ni la, aku akan slow2 BW.
byknya brg aiman..
ReplyDeleteWah! Dah siap semuanya kelengkapan Aiman. Selamat melangkah ke tahun 1 ye Aiman :)
ReplyDeletesekolah dah nk buka.. ibu bapa makin kalut buat persiapan...
ReplyDeleteAlhamdulillah..lega hati kalau persiapan nak sekolah dah siap. Td saya tgk ramai parents yg datang beli buku tulis.. mesti semangat nak masuk tahun persekolahan yg baru..
ReplyDeleteWah aiman dh get ready go to school. Abg farouk blm prepare apa2 lg...aduyai.
ReplyDeletesalam kak, wah..banyak benda yg nak kena beli utk Aiman yer..bagus jgk tu beli awl sket..nanti jd kelam kabut pulak bila nak buka sekolah :P
ReplyDeletesalam perkenalan..seronoknya bila anak dah besar..melangkah ke alam persekolahan...semoga ur kid enjoy his schoolhood later...in shaa Allah....
ReplyDeletebest nyer aiman dah masuk tahun 1....
ReplyDeleteaiman kan peramah..mesti tak kisah pasal pergaulan kan
konpom almost semua barang sekolah serba baru hehe
ReplyDeletebile anak dah start masuk sekolah rendah mmg rase diri kite ni dah tua kan cik puan kutu...takpe2, umur hanya angka hehehehe..
ReplyDeletealhamdulillah...lega semua dah settle kan.....lieya pun same...awal2 dah prepare....lg pun anak dah ramai ni kene buat perbelanjaan berhemah so tak terase sgt duit keluarkan....
Alhamdulillah, dah beres dah...
ReplyDeletebergaya abg aiman nnti ker sekolah..
ReplyDeleteboleh jadi geng bas sekolah pasni.
Erk, jealous kita. Dah tukar nombor depan tu kira dah tualah tu. Mesti Aiman excited nak masuk sekolah beberapa hari lagi. Saya pun belum beli lagi baju sekolah Abang. Lain-lain semua elok lagi, tinggal nak beli beg dan baju aje.
ReplyDeleteyeah.. aiman dah darjah 1. sonok aih. muda2 anak dah besar. untung kawen awal kan... hehe
ReplyDeletebanyak borong ye. dah nak masuk tahun baru. sekolah dah nak bukak..
ReplyDeletesalam kenal..
OKje pun dah siap dah semuanya cuma tinggal empunya badan pergi sekolah je hehe.... Pasaraya Ten Ten baguskan PK harga dia reasonable tau!
ReplyDeletealhamdulillah.settle satu keja kan.
ReplyDeletenormla la tu pk. hi hi i
ala, pk beli je dgn IB. kan IB jual ephyra skrg. hihi
teringat kecik2 dulu..mcm ni la kalu dah dekat nak buka sekolah...
ReplyDeletesalam...singgah sini...salam perkenalan
ReplyDeleteKalau Aisyah kat M'sia, dia pun dah darjah satu tahun depan... Tapi kat sini dah Year 2....
ReplyDeleteDarjah satu maknanya semua barang beli baru lah yer?
ten ten kat kulim ke?? yg depan dya ada kfc tu kan?? hahaha..
ReplyDeletememang mudah kalau dapat beli kat satu tempat.. penatkan.. hargapun lebikh kurangjer.. kalau der masa takper gak.. ni masa terbuang tengok cam samajer...
ReplyDeleteisnin amir ade orentasi kat tadika, fuhh sy pulak yg cuak...
ReplyDeletedah tentu Aiman tak sabar2 nak kesekolah..
ReplyDeletea'aa kan, org kata kat pb murah... tapi saya walaupun kg hubby kat sana, saya x g pun.. malas nak keluar.. hehhe.. balik kg duk dlm umah je.. sampai masa keluar balik sp semula.. ekekkek
ReplyDelete