Pages
▼
Saturday, August 31, 2013
Aiman Masuk Studio
Cerita semalam di Central Square. Misi utama ke kedai gambar tangkap gambar sekolah Aiman. Bikin gempak je Aiman masuk studio. Si chubby dah darjah satu tahun depan. Cepat dunia berputar sampai tak sedar ibu sebenarnya sedang melalui zaman kerepot.haha..
Masuk studio kerusi sikit punya tinggi, nasib ada abah yang taf tolong angkat si chubby. Suruh senyum muka tak natural langsung macam kena paksa. Anty tu suruh senyum nampak gigi pun macam kena paksa gak rupa Aiman. Dah la muka bulat macam doraemon, pipi tu dia selambak. Dah rupa anak bangla ada gak. Salah aku la buang tebiat apa suruh Aiman pakai kemeja. haha takpelah nak, janji Aiman selamanya comel dimata ibu.
SELAMAT HARI MERDEKA!
Friday, August 30, 2013
Mengepam Ketika Kursus - Marmet Dalam Toilet
Hari ibu berkursus, sekolah Aiman adakan sambutan Hari Raya dan Merdeka. Tak dapat la ibu nak join. Tahun ni baru satu hari kursus, pergi gak la sebab bendanya sehari. Kalau banyak hari dan kena bermalam mesti tolak, dengan anak kecik yang menyusu badan ni macam mana nak tinggalkan? Alasan paling munasabah.hehe
Kali ni kursus siap angkut cooler bag dan storage bottle. Mujur la aku still marmet, kalau tak dengan breastpump semua kena angkut la. Alhamdulillah even marmet rezeki Afia still mencurah. Tak rugi aku tak beli pam pun. So far baru dua botol Afia minum susu beku, tu pun aku tak sempat nak perah kalut sangat buat kerja. Selama ni Afia dok minum susu fresh even kat rumah pengasuh. Susu beku dalam peti ais tu tak terusik pun.
Masa kursus tempohari aku tinggalkan cooler bag dalam kereta. Storage bottle masukkan dalam handbag. Lepas perah pergi tempat parking simpan bekalan. Break time untuk minum pagi cepat-cepat aku makan kemudian pergi marmet dalam toilet. Ni je la pun tempat paling sesuai. Nak buat kat dalam surau tak berani pulak, nanti nak kena kunci pintu dari dalam. Yang paling penting jangan stress. Alhamdulillah susu keluar macam biasa.
Rehat tengahari sibuk dok bersembang jadi malas nak perah boleh? Nasiblah seminar habis pukul 0340. Takde maknanya nak minum petang, start enjin terus pecut ke rumah pengasuh. Sampai rumah terus nenenkan Afia pastu perah lagi. Susu banyak la kan dekat 5 jam tak produce.
Thursday, August 29, 2013
Agar-Agar Oreo Super Mabeles
Aku dan Aiman suka sangat dengan oreo. Bukan bleh start makan,ketagih wa cakap lu. Hari-hari mau. Bila jumpa resepi agar-agar oreo yang mudah dan sepantas kilat boleh ngap apalagi tak agak-agak terus try. Resepi asal dapat kat blog ina@Intan Berlian.
Ina guna agar-agar serbuk tapi aku guna agar-agar tali je. Banyak lebih buat agar-agar untuk jamuan hari raya en suami and the geng hari tu. Aku tak ikut step dah belasah je blander semua. Rasanya sama je kan sebab bahan-bahannya pun sama.
Resepi Agar-agar Oreo Mudah : Masak agar-agar sampai hancur kemudian masukkan bahan-bahan yang di blander (sebiji telur + 1 sudu teh perisa vanila + 1 peket biskut oreo + 1 tin susu cair). Jangan lupa taruk gula sesedap rasa. Masukkan dalam loyang, tunggu agar-agar keras, boleh dah ngap!
Sekali hadap tinggal banyak ni je pun. Malas dah nak potong masuk piring ke pinggan ke. Belasah makan dalam loyang je. Buatnya malam, pagi esok terus licin. Aiman kata nampak macam tak sedap, tapi sedap la ibu.huhu
Wednesday, August 28, 2013
Afia Si Tepung Gomak
Penyelesaian bila Afia kena ruam. Muka, kaki tangan semua ditepung gomakkan dek ibu!
Takde mood sangat. Beberapa hari ni melayankan perasaan tak ceria. Hati gundah setiap kali tinggalkan Afia ke pengasuh. Aku masih fobia dengan pengalaman lalu.
Monday, August 26, 2013
Lodeh Hai Mak Lodeh
Tu dia pepagi lagi dah tayang makanan. Bila tekak teragak nak makan haruslah buat walaupun bahan sekadar yang ada je. Nasi himpit lebihan buat kuah kacang daging masih berbaki, buat la kuah lodeh, makan dengan sambal sotong menu lunch. Aiman macam biasa la tak sah kalau tak puji melambung. Si chubby tu bagi apa pun licin.
Sunday, August 25, 2013
Si Tomato Oren
Entah tak tau kenal dari mana. Tetiba je kan beliau kata macam kenal aku. Aku pun mengaku je la macam kenal beliau jugak.hakhak. Kami selalu gak la berborak dalam facebook. Yang pastinya kami sama-sama pernah belajar satu u dulu, Uitm dihatiku. Aku dedulu bukan bermasyarakat sangat dengan orang, asyik buat taik mata je kat bilik.huhu
Si Tomato Oren ni bekerjaya orangnya, masih single mingle, macam biasa la siapa berkenan boleh isi borang permohonan. Beliau ni dulu ada blog, pastu entah lama menyepi, busy sambung belajar kot, baru ni buat blog baru. Ini Tempat Menconteng Aku medan beliau mengisi masa lapang dan mengasah skill memasak. Anak dara pun pandai masak tau!
Kawan aku ni perlukan sokongan korang sama macam kita-kita yang baru buat blog dedulu tu kan. Kalau nak kenal dengan lebih dekat kenapa namanya tomato sila tanya sendiri. Tapi kalau nak tau kenapa nama aku kutu boleh tanya aku.hoho..
Jom serbu Si Tomato oren!
Bila 3 Hero Bertemu
Irsyad, Aiman dan Afi. Semua ikut muka abah masing-masing |
Paling lasak kat sini si Irsyad, tengok badan je keding, muka ala-ala baik gitu, tapi kalau buat perangai Masyaallah.hehe. Memang jenis tak makan saman. Kena ikut je kata dia. Kalau dengan en suami, ok pulak perangainya. Bawak pergi ronda dan masa beli baju raya Aiman hari tu, ibu dia tak ikut molek je. Dah tiga tahun lebih umurnya tapi suka menggigit. Aiman dah kena baham dek gigi jerung masa raya hari tu. Mengerang kesakitan kau. Kena perhatikan je, dia dah lama geram dekat bambam.huhu..
Aiman dah besar dah kurang sikit lasaknya. Tapi kira boleh geng dengan Irshad, main semua ganas-ganas. Lawan-lawan gusti semua boleh serah kat depa dua. Yang geramnya Aiman ni kan badan besar, gaya berlakon nak membelasah adik tu buat kita ngeri. Irshad tu dah la tak cukup isi kan. Asyik kena bising je dengan Wan. Kena marah iklan la sekejap pastu sambung balik. Sabo jer la.
Adik Afi suka main dengan Abang Aiman. Kalau ada Aiman dia memang tak heran dah dengan Irsyad. Mungkin sebab Aiman dah besar,pandai melayankan dia. Dia jenis lembut sikit. Afi ni istimewa. Aku pernah cerita yang dia tak ada anak mata, tapi Alhamdulillah dia boleh nampak, cuma cara nampak tu tak tahu la macam mana. Baru setahun lebih tapi dah padai sebut banyak perkataan tau.
Bukan senang nak berkumpul sampai cukup korum. Sorang di SP, sorang di Pahang, sorang di Lumut. Sesekali bila bertemu meriah la rumah Tok Wan. Semua hero main pun lasak, dah macam Tok Mat ada sepuluh cucu, wahal baru 4 orang. Si bambam Afia tahun depan baru boleh join main. Awak tu princess, jangan la dok ganas sangat macam si abang-abang ni.
Saturday, August 24, 2013
Video : Afia Suka!
Afia Imanina pada usia 3 bulan setengah. Ramai cakap Afia ringan mulut, suka sembang, mulut bising, peramah macam abang Aiman. Turun sifat ibu abah jugak la kan.
Bukan ketawa mengilai, tapi cukup untuk membuktikan yang Afia suka bila di agah. Sekarang dah dapat akal baru, suka menjerit pulak dah. Bingit telinga ibu ni tau.hehe..
Friday, August 23, 2013
Header Baru : TQ Puan Mell
Gila suka dapat header baru. Dibuat dengan penuh kasih sayang oleh Umi Syukri. Tak tau nak ucap terima kasih lagu mana lagi Puan Mell oi!Kalau ada depan mata haruslah hug n kiss. Syukri comfirm dah kena gomol.huhu..
Comel sangat. TQ Puan Mell buat kesekian kalinya!
Ketupat Sabah Yang Unik
Akibat jakun tak pernah tengok ketupat rupa sebegini tak puas makan masa jamuan office aku siap tapau bawak balik rumah.haha. Officemate aku orang Sabah yang buat. Unik betul cara balutannya, di anyam dengan daun kelapa dan isinya pulut dicampur kelapa parut. Kalau aku belajar kompem seminggu pun belum tentu pass. Ketupat palas pun tak pandai. Seumur hidup aku tak pernah buat ketupat boleh?huhu
*Ketupat daun pisang aruah mak terbaik di dunia. Mana mau carik?uhukuhuk..
Thursday, August 22, 2013
Menu Jamuan Raya Office
Lepas raya ni nafsu makan membuak la. Asal nampak kuih raya je ngap, asal ngap je mesti nampak kuih raya. Tak tau pasai apa taun ni bernafsu sangat nampak kuih raya. Mungkin sebab sendiri tak buat, mak pun tak buat, makan yang orang buat sedap la kan. Fat layer makin menunjukkan belang. Macam mana nak maintain kurus? hakhak
Entry ni cuma nak tayang menu jamuan raya semalam. Menu simple je. Yang paling penting niat nak buat kenduri. Bukan selalu, setahun sekali tu pun rasanya ni pertama kali office aku buat jamuan raya. Sebelum ni bebudak opis macam tak sehaluan. Bukan budak lagi, nenek budak dah pun. Malas aku nak story lebih-lebih sebab aku pun baru dua tahun sambut raya kat sini.huhu..
Air tangan puan blog haruslah yang pertama walaupun tak berapa nak menjadi.hoho |
Kuih muih dan kek |
Ketupat Sabah |
Rendang Ayam |
Lemang |
Hidangan utama Nasi tomato |
14 Syawal : Jamuan Raya Di Office
Jamuan raya pukul 12 tengahari, Afia tengah tidur masa ni jadi kesian nak kejutkan. Aku ambik Aiman dari sekolah terus hantar Puding Karamel Agar-Agar Milo dulu pastu balik rumah semula. Lepas siapkan Aiman dan Afia baru gerak pi opis. Malamnya duty pulak. Satu hari dok ulang alik je la. Nasib baik rumah dengan opis tak jauh.
Si chubby sampai office ibu tak menyempat terus hadap nasik. Nampak sangat kebulur. Selamber dia duduk dekat switch board. Super pantas betul! Ada pulak orang tolong cedokkan nasik kat dia. Tak sempat nak suruh pergi makan kat belakang dah.haha
opss I'm Sexy! |
Kami satu office 8 orang semuanya. Dua orang takde, sorang cuti kecemasan, sorang lagi balik kampung. Masa ni semua tetamu dah balik. Aku kan sampai lewat. Tinggal bebudak office yang tengah duty. Melayankan sembang depa ni je la.
Masa bila dia bawak topeng entah |
Satu-satunya anak dara. Siapa berkenan boleh isi borang |
Aiman dapat bergambar dengan anak dara comel kemain suka. Seronok betul main dengan budak berdua, anak officemate aku ni. Aiman memang jenis suka berkawan. Dapat kawan baru sampai tak mau balik gayanya. Sampai rumah pun dok sebut lagi best la dapat kawan baru.hehe
Sengih sampai sepet mata |
Sibuk makan mana sempat aku snap. Jangan tanya gambar puan blog, selekeh sangat baju pun tak sempat iron, sarung jubah je senang. Menu hidangan next entry ok.
Puding Karamel Agar-Agar Milo
Buat dessert untuk jamuan raya dekat Opis semalam. Dapat dalam 40 bekas cukup la kan jamuan kecil-kecilan je. Ni pun tak menang tangan, nasib baik la Afia behave. Sampai tengah malam lepas bagi nenen lalok je Afia dok tengok dari jauh ibu dok kalut kat dapur, last-last tertidur sendirian.
Puding karamel tu tak berapa nak menjadi, air gula hangus tak berapa nak hangus.hakhak. Asal nak jamu orang makan mula la tak kena sana sini. Lepas tu terfikir nak topup dengan agar-agar milo di atasnya. Bernas tak idea?hehe..
En suami demand suruh buat lagi puding karamel dalam 100 bekas untuk jamuan raya dengan kawan-kawan beliau. Masak mak nak mengukus dengan si bambam! Tukar menu boleh tak yang?huhu..
Wednesday, August 21, 2013
Cara Aiman Bersenam
Beli alat senam biar mereput dalam bilik. Orang yang semangat beli tu makin hari makin boroi. Aku masuk bilik tengok anak beliau dok landing baik punya.
Senaman jari je. Teknologi yang melalaikan. Bulan puasa hari tu si chubby kurang makan nampak la susut sikit. Sekejap je dah kembang balik!
Aiman & PakNdak
Adik aku yang ni paling ngam dengan Aiman. Sekarang Pak Ndak tinggal kat sini sementara habiskan short course dekat Giat Mara. Suka la anak soleh ibu setiap hari dapat ikut Pak Ndak solat berjemaah dekat masjid.
Aiman dah ada geng.
Tuesday, August 20, 2013
13 Syawal : Kunjungan Maksu
Maksu ni sebenarnya maksu kawan baik aku, Syida. Paksu tu adik kepada ayah Syida. Buat faham sudah! Kalau dah namanya kawan baik, seluruh keluarga Syida pun aku rapat. Masa zaman nak dara dulu aku selalu ikut Syida pegi rumah Maksu. Kira kami sangatlah rapat even takde kena mengena. Kenal Maksu pun melalui Syida. Tu dia mukadimah.
Baru-baru ni aku balik kampung nak tengok Syida yang baru lepas operate sebab pregnant luar rahim, kebetulan Maksu datang rumah Syida. Dapatlah jumpa Maksu yang hampir sepuluh tahun aku tak jumpa. Tak sangka Maksu mengandung lagi. Rezeki di usia awal 40an. Paling best anak maksu sebaya Afia. Afia lahir dua hari lewat dari anak Maksu, Puteri.
Tadi dekat office masa nak dekat balik Maksu call katanya dah dekat area rumah aku. Dengan rumah berselerak Maksu tak inform awal nak datang. Minum air bujang je la. En suami nak keluar beli makan pun derang tak mau, datang sekejap je nak jumpa, kejap lagi nak ambik anak balik sekolah. Walau sekejap, seronok dapat jumpa Maksu, Paksu dan Puteri!
Afia pandang kelain |
Dua-dua langut tengok Abang Aiman dok gedik |
Puteri ni pipi labuh betul. Aiman geram asyik cium |
10 Syawal : Kunjungan Rakan Blogger
Kunjungan kali kedua dari Ina@Intan Berlian. Blogger hot ni ramai kenal kot. Pertama kali kami jumpa dulu masa Ina masih pregnantkan Aqilah. Aqilah tak berapa sihat, cengeng je masa datang. Kesian si comel ni.
Jangan mare arr. En hubby ina pemalu kan?hehe |
Alisha malu-malu nak kawan dengan abang Aiman. Macam mana la nak kawan, Abang Aiman tu main ganas sangat, anak dara tu lemah lembut orangnya. Ina sekeluarga datang sekejap je selepas Asar. Kesian Aiman dia suruh duduk lama sikit, boring takde kawan katanya.hehe.
Hadiah untuk Afia. |
Aiman pun dapat duit raya. Terima Kasih banyak Ina. Boleh la buat beg hantar Afia ke pengasuh. Nanti jangan serik datang rumah kami lagi. Semoga ikatan persahabatan berkekalan dan keluarga awak dimurahkan rezeki selalu.
Monday, August 19, 2013
Nasi Bungkus Termurah Di Malaysia
Lokasi : Dekat Kolam Renang berdekatan PERNAMA Kem Lapangan Terbang.
Aku punya nafsu besar.hakhak |
Nasi kosong banyak wo kira 50 sen je mana tempat nak cari? Ayam daging ikan semua kira RM2. Ayam tu potong besar ok. Kalau sayur semua kira 50sen even kita ambik banyak mana pun. Nasi aku tu RM3.50 je tau. Aku dah biasa beli sini jadi dah tau budget berapa. Masa pregnantkan Afia asal malas masak memang tempat ni je aku tuju bungkus nasi.hehe..
Walaupun murah sekali sekala kalau ada hal tak sempat masak baru beli. Biasanya setiap hari aku memang akan masak. Masak sendiri ni terjamin kebersihan dan sihat. Lagipun air tangan isteri/ibu ni lagi berkat, penambat hati orang tersayang.huhu
En suami bagi tajuk tak menahan. Ada lagi tak tempat yang lebih murah dari sini?
4 Syawal : Masih di Nibong Tebal
Raya ke empat tekad kena gak pusing kampung beraya rumah jiran-jiran sebab esok dah naik kerja. Kembung perut dengan kuih raya, kempis poket hulur duit raya.haha..
Buat la sesi menggedik sekejap sebelum jelajah satu kampung.
Malamnya bertolak balik SP. Isnin aku dah start kerja. Berlabuhlah sudah raya kami. Sekian.
Sunday, August 18, 2013
Lega Bila Afia Dah Ada Pengasuh
Kami dah jumpa pengasuh Afia. Alhamdulillah tengok pengasuh ni macam sangat ok. Direkomen oleh makcik kedai yang kami selalu pergi. Dia pun dah biasa jaga budak. Anak-anak dah besar dan dah ada sorang cucu pun. Derang memang suka baby dan katanya tak pernah jaga baby girl. Ramai la yang bakal melayan si bambam nanti.
Semua yang berlaku ada hikmah. Bermula kejadian pengasuh terdahulu yang last minute tak jadi jaga Afia mungkin Allah nak beri ruang untuk aku train Afia hisap puting botol. Sekarang Alhmdulillah hal puting dah selesai, dapat pengasuh pun macam yang aku harapkan. Semoga Afia serasi disana. Esok aku cuti, Selasa ni mula hantar, Insyaallah.
Nasi Himpit Kuah Kacang Daging
Sarapan pagi ni. En suami kata keciknya daging. Haruslah comel macam chefnya.hakhak. Seumur hidup baru pertama kali buat tau. Hidangan ala kadar buat tetamu blogger yang bertandang ke rumah semalam. Beli nasi himpit yang dah siap, aku rebus dalam dua puluh bijik. Pagi ni panaskan kuah balik bertambah kick jadinya.haha
Resepi ni aku dapat dari MIL pastu aku adjust ikut tekak aku. Cubaan pertama kali pada aku not bad la. Sebelum ni asal buat kuah kacang tak berapa kena dengan tekak.
Resepi Kuah Kacang Daging Istimewa
Potong Daging kecil-kecik pastu rebus dengan sedikit air. Panaskan minyak, campak serai yang dititik pastu tumis bahan kisar (bawang merah+bawang putih+halia+serai) sampai garing. Lepas dah pecah minyak masukkan daging rebusan tadi. Kemudian masukkan asam keping, kacang tanah (goreng+blander jangan sampai hancur sangat) dan susu cair. Perasakan dengan garam, gula, serbuk ayam dan sedikit sos cili. Agak-agak la kuah tu nak pekat mana, kalau pekat sangat sila tambah air. Balancekan rasa manis,masin dan masam. Sukatan aku main belasah je. Tak reti nak bagi detail.
Saturday, August 17, 2013
Puding Karamel & Kek Kukus Simple
Puding karamel ni en suami demand dah lama, tapi namanya isteri misali hari demi hari aku pending. Sedap juga puding karamel ni, hilang terus rasa telur, lemak-lemak gitu. Aku buat dalam bekas ni dapat 8 bijik, 3 bijik pas kukus je dah selamat masuk perut.
Cubaan pertama terlebih manis. Kena terlangkupkan dalam piring pastu buang air gula baru yummy. Tu pun masih lagi manis. Ikut resepi aku dah kurangkan dah pun susu pekat. Next time buat aku dah tau la nak budget.
Kek kukus pun bertangguh jugak nak buat sebelum raya lagi. Resepi nampak sedap pastu semua bahan pun senang. Benda memang dah ada kat rumah tinggal nak tiup angin rajin je. Lepas kukus puding karamel kelam kabut buat kek pulak. Tukang menyibuk yang always seksi ni perangai sama macam ibu kecik-kecik dulu.
Rupa tak berapa cantik. Warnanya tu pun tak balance. Berangan nak buat dalam bekas kecik tapi tak sempat. Masuk dalam loyang besar jadi nipis je. Kek ni pun agak manis, terlebih serikaya kot. Tapi rasa tu boleh tahan.
Petang nak kerja tapi pulun buat dua benda ni. Padan la muka aku rupa tak semegah, manis pulak tu. Nama pun first time.
3 Syawal : Di Nibong Tebal
Syawal ketiga aku bangun awal masak nasi siap kari kepala ikan. Lepas Zohor ada kenduri bertunang rumah jiran. Aku masak je in case sapa-sapa nak makan. Jadi kakak ni kena sisnsing lengan la jadi ironchef. Takkan nak harap makan kat rumah orang je. Konon-konon nak mula beraya rumah jiran-jiran, sampai tengahari semua dok lemau. Afia pun nyenyak tidur jadi tunda esok je la.
Oh ye dekat kenduri jumpa retis kau! Si Delisha, Ramadhan Yang hilang. Orang kampung buat bodoh je artis tak glamer.hakhak. Lepas kenduri kami beraya tempat jauh dulu. Pergi rumah makngah (kakak aruah pak), rumah Syida (kawan baik aku) pastu rumah Abang Pin (satu pak lain mak).
Raya rumah Makngah with abang n adik-adik bujangku |
Abaikan kepoyoan muka, ramai tegur aku kurus.hoho |
Princess ibu yang always behave |
Si chubby n Pak Ndak tak habis-habis dengan game |
Mak Syida buat lontong kuah lodeh dengan sambal ikan bilis. Aiman makan bertambah-tambah sedap sangat katanya. Yang paling best makan pakai tangan ok. Dia memang style camtu makan megi pun guna tangan. Very the Melayu anak aku sorang ni tau.hehe..Selain tu ada puding agar-agar sedap. Makan lagi la kami sampai kenyang.
Aiman sibuk makan tapi sempat menjeling |
Cik fia behave kan? Selamber je baring atas lantai. |
Dekat rumah Abang Pin kami dihidangkan dengan mee goreng udang besar. Dah malas nak snap gambar sibuk melayan Afia yang mengantuk. Bertolak balik rumah ngam-ngam azan Maghrib. Malamnya jiran sebelah rumah ada buat BBQ jemput kami makan lagi. Alhamdulillah satu hari kekenyangan dapat makan free.hehe..
Friday, August 16, 2013
Bila Afia Ketawa Mengekek
Raya ni banyak perkembangan baru si bambam tunjukkan. Menginjak usia 3 bulan, mulut Afia kemain ringan. Rajin sungguh bersembang. Kalau kita nyanyi ke bercakap kuat, sound dia lagi kuat dari kita.
Paling teruja pada malam hari raya ke 3, pertama kali dengar dia ketawa mengekek. Aku agah panggil nama dia tak henti-henti ketawa. Sebab first time dengar Afia ketawa mengilai comel macam ni bukan aku sorang je teruja. En suami,Aiman, abang dan adik aku sampai masuk bilik la tengok si bambam.
Tak teringat nak rakam suara Afia ketawa. Gambar je sebagai kenangan. Ni pun tangan tak reti duduk diam. Sebelum ni dah banyak kali jugak nak cuba rakam mulut bising Afia bersembang. Bila nak rakam je dia dok renung kamera terus diam, apa pun tak boleh.hehe