Pixajoy

Saturday, March 03, 2012

Aiman Kena Insomnia

Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka. Insomnia, membabitkan beberapa ciri seperti Aiman :

  • Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
  • Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)


Situasi 1 - Sukar untuk mula tidur


"Ibu, bacakan Aiman buku cerita.."


"p tidoq!! ibu ada kerja nie.." 


Berkali-kali aku ulang ayat suruhan yang sama malam tadi. Disebabkan hari ini tak sekolah, aku malas mahu mengulit mimpi Aiman di katil. Lagi pula idea sedang mencurah membuat kerja menaip entri. keke..


"Dah, p tidoq!"


Aiman baring disofa kemudian berubah tempat berkali-kali. Lagak si chubby tak ubah seperti kucing nak beranak. Sejam kemudian matanya masih membuntang. Aku masih dengan netbookku. Aiman dari tadi belum mahu memejamkan mata. 


"Ibu..tolong la bacakan Aiman buku cerita, satu je!"


At last aku mengalah, kesian pula. 


" Jom masuk bilik!"


Selesai kisah Jack dan Kacang Ajaib, si chubby terus dibuai mimpi indah. Selalunya kalau tidurkan Aiman, mesti aku yang tidur dulu. Nampak sangat Aiman dah mengantuk gila!


Situasi  2 - Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula


Minggu lepas aku agak penat, rutin buku cerita aku rasa nak skip saja. Walaupun jelas kecewa diwajah, lepas baca doa memang cepat betul Aiman tidur. Agaknya sama penat dengan ibu sebab bila ibu kerja petang, Aiman ligat betul main di rumah pengasuh.


Pukul dua atau tiga pagi Aiman terjaga. Dia ke tandas buang air kecil. Aku turut terjaga bila Aiman menyarung seluar. Aiman baring dikatil tapi matanya membulat, gelisah tidak mahu melelapkan mata. 


"Ibu..bacakan Aiman buku cerita"



Kali ni aku hanya menurut, bukan satu cerita, tapi tiga, di pagi-pagi buta! Yang pasti Aiman tidur semula.







Wahai para doktor, inikah dinamakan insomnia tanpa buku cerita?










Khasiat Surah Al- Kautsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah. AL- Kautsar bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini juga disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian orang-orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-



  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insyaallah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah beri ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x Allah akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.







Friday, March 02, 2012

Allah Menulis Cerita Kita



"Teruk saya tengok keadaan Cik Din, dalaman luaran memang teruk. Air mata Cik Din bergenang masa salam dengan saya"


Aku teringat kata-kata en suami dua minggu lepas.


Sepanjang mengenali keluarga ini, tidak pernah walau sekali aku melihat mereka sujud di tikar sejadah. Bukan tujuan untuk membuka aib, cuma kisah manusia yang secebis sebagai pedoman.


Dulu perkahwinan Cik Din dengan perempuan Indonesia tidak pernah mendapat restu. Ibu kandung sendiri membenci. Anak sendiri tidak pernah merasa kasihnya seorang nenek. Mujur ada ibu mertua buat menumpang cinta. Cerita kehidupan mereka bahagia, penuh gembira dan tawa, susah senang diharungi bersama.


Hampir setahun juga aku meninggalkan mereka.  


Kini cerita kehidupan mereka tidak lagi sama. Mata pencarian keluarga hilang, isteri yang selama ini menjadi penguat semangat tiba-tiba menjadi musuh, ibu mertua terluka hatinya, ibu kandung yang selama ini mengintai peluang tega sekali merumitkan keadaan. Sayu hati ini bila menyelam mentafsir wajah Nabila dan Najwa. Dua anak kecil secomel mereka tidak layak merasa cerita sengsara.


Berumur awal tiga puluhan terlalu muda untuk menanggung walaupun aku sedar cerita sakit bukan mengenal usia. Banyak versi dialog sinetron yang menerpa telinga. Isteri dengan ceritanya, Ibu mertua dengan ceritanya, orang sekeliling merasa tempias juga dengan cerita entah yang mana aku mahu percaya. Yang nyata cerita mereka benar, cerita mereka betul, cerita hanya mereka sakit, cerita hanya mereka saja yang derita. 


Lalu semua kekhilafan milik Cik Din seorang..


Ketakutan ini juga yang selalu aku bawa bila memikirkan masa depan keluarga sendiri. Aku tidak tahu bagaimana nasib aku dimasa hadapan. Aku selalu khuatir akan hari esok, kerana masa hadapan pasti mempunyai ceritanya sendiri. Pegangan aku, Allah menulis cerita kita. Kesenangan dan Kesusahan Allah yang paling tahu. Muhasabah diri dan hanya mampu berdoa dalam setiap usai solatku.  

Kalau ketika cerita kita ditimpa musibah pun kita sombong mengingatiNYA, layakkah kita mendapat cerita kebahagiaan semula?











Thursday, March 01, 2012

Jenis Makanan Aktif Kalori



Dalam masa sebulan, berat badan aku turun 1kg.haha. Pencapaian yang agak memberangsangkan juga sebab aku tidaklah mengamalkan diet dan senaman secara tegar. Rasanya cuma mengurangkan jumlah makanan dalam menu harian saja. Makanan seperti biasa semua aku hentam, tak adanya menu diet bagai. Bersenam lagi la malas. Masa balik kampung hari tu aku makan secara tak terkawal juga. Aisey..

Makan akan memerlukan tenaga yang tinggi jika kita bijak memilih makanan. Hari ni aku nak share jenis makanan aktif kalori yang akan merangsang tubuh untuk menggunakan lebih banyak tenaga seterusnya membakar lebih banyak kalori dan meningkatkan metabolisme.


  • Makanan kenyal seperti daging, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalori dari makanan ini akan membuat tubuh kita bekerja sebaik sahaja kita menyuap masuk ke dalam mulut. (Hari ni aku masak daging dendeng.yummy!)
  • Makanan baik untuk jantung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, bijirin penuh, dan serat. Selain sifatnya yang kenyal, makanan seperti ini juga kaya dengan fiber dan mengisi perut dengan cepat berbanding makanan lain yang sama jumlah kalorinya. (mengamalkan oat dan cornlakes. Sayur pun suka!)
  • Makanan pembekal tenaga seperti kopi, teh, dan dark chocolate. Kita boleh meningkatkan metabolisme dengan kopi dan teh, cuma perlu berhati-hati supaya tidak mengambil susu, creamer dan gula secara berlebihan. Teh hijau tidak mengandungi jumlah kafein yang tinggi tetapi ia kaya dengan catechins, sejenis antioksidan yang merehatkan metabolisme sebanyak 4%, iaitu lebih kurang 80 kalori setiap hari. Dark chocolate pula mengandungi catechins dan kafein, tetapi perlu kawal pengambilannya untuk menghadkan lemak dan kalori dalam badan. (Tak suka minuman manis. Alahai..)
  • Makanan yang ‘panas’ seperti lada, kayu manis, halia, bawang putih, bunga cengkih, cuka dan lain-lain. Makanan seperti ini membantu membakar kalori dengan menggandakan tenaga selepas beberapa jam kita makan. Ia juga boleh membantu membakar 100 kalori setiap hari dengan merangsang reseptor saraf dan menghantar signal ke otak untuk membakar lemak. Makanan seperti ini juga akan meningkatkan metabolisme sehingga 12%. (sangat suka, setiap hari masak mesti guna secara maksimum.hehe..)

* Nanti aku BW, Penyakit M menyerang dua tiga hari dah.