Pixajoy

Wednesday, September 19, 2018

Home » Afia Juara Baju Patriotik

Afia Juara Baju Patriotik



13 September sekolah Aiman Afia adakan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Prasekolah sahaja terlibat pertandingan baju patriotik. Sebab KakNa (anak mak pengasuh) pulun sangat nak buat baju untuk Kak Pia, ibu pun ok je. Ni la peluang Afia nak tunjuk bakat, rasa pengalaman masuk bertanding disamping mendidik semangat dan yakin diri berdepan orang ramai. 

Malam sebelum bertanding tu ibu duty malam, tu yang saat akhir DIY bunga tangan untuk pengantin Merdeka. Ya kita buat tema Pengantin Merdeka untuk Afia yang suka sangat nak jadi pengantin. Happy tak kata la dok pakai buang je baju ni ajak ibu praktis catwalk. hehe

Pose dulu sebelum ke sekolah


Gambar yang cikgu hantar di group whatsapp. Meriah anak-anak pra comel belaka dengan baju Merdeka.  

Nampak tak model ibu mana ada kamera situ dia pulun senyum. Bunga tangan tu reben dia dah tercabut. 

Waktu latihan dengan acara sebenar dah jadi lain disebabkan cikgu dok bagi arahan kat depan pada kawan-kawan lain. Afia tak ikut steps yang ibu ajar tapi nampak dia ikut arahan cikgu dengan baik. 

Ibu bangga dengan Afia. Terserlah kecomelan, tahap confident, gaya bersahaja yang tersendiri. You did a very good job Kak Pia! Senyuman manis yang tak lekang sepanjang atas pentas memang menusuk kekalbu ibu tau, dok ulang tengok video ni berkali-kali tak boleh move on, over tak haha


Alhamdulilah Afia juara. Tak sia - sia Kak Na dia redah hujan hantar tailor buat baju. Berbaloi juga usaha ibu DIY flower veil dan  flower bouquet untuk pengantin. 

Ibu ambil dari sekolah happy cerita dia dapat nombor 1. Hadiah tapaware je pun tapi pengalaman pertama masuk bertanding jadi kenangan paling manis sebab juara.





4 comments:

Cuya said... Best Blogger Tips

Wah seronoknya bole gayakan anak....wht a sweet memories there

ejulz said... Best Blogger Tips

comel.. tahniah :)

ejulz said... Best Blogger Tips

ejulz follow sini. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com tq :)

nurbijen said... Best Blogger Tips

Cantik sgt Afia... Tahniah!