Minggu UPSR yang lepas, untuk tak mengganggu exam, pra sekolah Afia adakan aktiviti luar. Jamuan di Giant ibu hantar, nak patah balik tak padan la jamuan pun sejam lebih ja, so ibu dengan Aryan tunggu sampai selesai.
Dah lambat pun pulun ambil gambar dulu. Excited nak makan KFC.
Pic ni cikgu send di group whatsapp. Jadi la ada satu muka Afia.
Sementara menunggu ibu bawa Aryan main kat playground.
Pastu budak sado ni bunyi lapar, dia pun nak makan kfc jugak. Ibu order snack plate dia sorang licin 2 ketul. Ibu makan roti je la. Haha
Habis jamuan sambung main.
Aryan dah boring ajak balik, Kak Pia tak puas main lagi
Sebelum balik belanja aiskrim sorang satu
Tu sebekas licin pastu yang KakPia tak mau dia jugak habiskan
Aktiviti kedua menonton wayang di Village Mall. Abang Aiman kebetulan hari tu dicutikan juga sebab UPSR, ibu tambah lagi dua seat join tengok wayang sama, last minute abah depa nak join juga, tak jadi meniaga risau ibu tak pandai drive pi sana. Adik Aryan ibu hantar mak pengasuh.
Beratur sebelum masuk panggung
Bersama cikgu-cikgu dan pembantu.
Kak Pia nak duduk dengan ibu tapi ibu tak mau kacau privasi depa dengan kawan-kawan.
Dia ok je duduk dengan kawan-kawan. Enjoy depa dok dengar ketawa bersilih ganti.
Ibu abah wefie sat mai tengok kartun. Cerita Small Foot tu best, tapi sebab letih dan mengantuk ibu abah terlelap juga dalam panggung. Abah siap pakej berdengkur lagi. Hehe
Sebelum balik ibu minta pose kat sini buat kenangan.
1 comments:
Best jugak Muni budak² pra ada aktiviti luar. Mesti kak pia seronok sakan dengan kawan.
Post a Comment