Aku update laju-laju..sementara semangat Cameron masih ada. Ni entry terakhir la pasal Cameron.
Katanya la kan yang S' Corner ni barang lagi murah dari Kea Farm..so kami pun ke sini. Kea Farm tak sempat singgah..kereta nak park pun susah. Penuh dengan umat manusia. Lain kali memang tak boleh pergi time cuti sekolah.
S'Corner yang katanya murah tu rupanya tepi jalan berbentuk S..dah salah tempat rupanya.haha.. Yang kami masuk ni macam market kecik, kedainya pun tak banyak tapi bolehlah nak apa semua ada. Setakat sayur, teh dan buah-buahan tu ada. Cuma ralat sikit tak beli strawberi sebab ingatkan nak merasa yang fresh dipetik tu..tapi tak dapat.
Alas perut dulu sebelum lunch.
Ubi madu kukus dan sweet corn..nyum
Lepas dah shopping lebih kurang kita pekena teh ais dekat Kafe Mualaf. Satu-satunya kafe kat sini rasanya..
Kak Pia kemaruk baby chair.hahaha
Abang Aiman dengan pose jari best tak sudah.
Abah dan Pakwa menikmati teh ais sorang segelas.
Konon nak ke Strawberry farm, tapi dengan kereta banyak dari Tapah berpusu-pusu masuk Cameron, en suami teruskan perjalanan je tak kuasa nak hadap jam. Sampai Tanah Rata kami berhenti lunch nasi arab dekat Al Raudah Cafe.
Rasa biasa saja tapi murah la ambil family package siap dapat air sejug.
Dekat Tanah Rata pun banyak tempat ladang strawberi..tapi dah tak tahu tempat..Mardi pun kami terlepas. Padahal en suami dah jumpa kawan dia yang dok Cameron tapi lupa pulak nak bertanya. Memang takda rezeki la nak makan strawberi segar celup coklat.huhu..
Kami teruskan perjalanan at last singgah ladang strawberi kecik apa nama ntah on the way balik. Tu pun stawberinya baru dok bunga..buah hijau-hijau dah habis kena petik ke apa. Nak beli pun tak bernafsu tengok. Snap picture pun tak teringin. Merajuk la tak dapat strawberi.hahaha..
Oleh sebab Afia merengek sangat nak strawberi beli juga sebekas..tu pun bukan dia makan. Dekat strawberry farm ni ada juga Cactus Nursery dan kedai jualan. Borong jugak la sayur pastu sambung cuci mata sebelum balik.
Good bye Cameron. Memang tak puas pergi CH balik hari, kejap sangat tak sempat menikmati suasana sejuk malam di Cameron. Insyaallah next time kita pi sana lagi noo..
9 comments:
dah lama tk CH dulu2 je sejak belum kawin, ni dh terlepas kat sini mmg payah dah nk jalan, kalau balik kmpong melawat sedara mara pun tk hbis huhu tpi angan2 tk slaah kan PK
Cameron memang ramai sungguh orang kalau hujung minggu & cuti sekolah... tapi asaikan anak2 happy... kita pun happy la kan...
Stawberi kalau beli bawak balik masam pulak.. makan atas tu manis...
segar mata tengok bunga yang colourful
tak singgah pon s corner tu..
pergi kejap memang rasa x puas kan nk bjlan.. dgn sesak lagi.. perghhhh..
Betul tu, saya selalu ke Kea Farm...tak pernah pulak ke S Corner ni..
Ooo..dah ada ye kedai nasi arab kat Tanah Rata tu...hihihih...dah 3 tahun saya tak naik CH
Suka suka. Review lg kak! aina mmg nak pergi cameron.. Tunang ajak lps kawen p pantai. addoii rentung la iols nanti. sbb aina jenis kulit mengelupas n merah klu panas pantai. Nk p cameron lah cenggini.. huhu =D
Tetiba rasa gigil kaki nak pergi CH juga. Nak kata nak makan strawberi segar dipetik sendiri tu tidaklah juga. Nak berselpie jerk sebenarnya ^_^
Masa kak atie g CH dulu..tak puas berjln....sbbnya mmg xreti nak jln area CH tu.Ada map pon...xpandai jgk cari..hihi
Beriya Aiman pakai sweater. Sempat ka rasa sejuk tu PK. Rasa mak kalau siang, sama jer panas mcm kat bawah kan...
Rugi tak dpt gi Pasar Malam dialah ni ek. Kat situlah yg murah stroberinya...
Post a Comment