Lepas dah puas tengok snakes kat Taman Ular kami teruskan perjalanan ke Gua Kelam. Kalau tak salah aku..kali terakhir aku ke Gua Kelam ni masa darjah 6. Tu pun ikut ronbongan sekolah..So boleh kira sendiri berpuluh tahun aku tak mai sini. Padahal Perlis ni jiran sebelah je kan.
Rupanya selain dari gua yang dulunya menjadi tempat lombong bijih timah.. Taman Rekreasi Gua Kelam memang menjadi tumpuan untuk bermandi manda dan berpicnic. Luas dan besar juga kawasannya. Dah lama tak datang jakun sikit la. Afia tengok air sibuk ajak mandi. Lain kalilah nak oii..memasing tak bawa baju mandi pun.
Jom kita masuk gua sudah. Tiket masuk seringgit..waktu operasi boleh refer kat bawah. Malas dah nak menaip.huhu..
Model semua dah tak kuasa nak bergambar. So si blogger yang pulun ni asal dapat snap dinding tulisan pun jadi la kan.hehe
Aiman dan Wan Mat dah melulu jalan masuk gua kemain laju tinggalkan kami. Suasana kat dalam gua memang la kelam. Tapi best..berangin sejuk je. Kita boleh nampak sungai semulajadi yang mengalir dibawah jambatan. Tak kuasa la aku nak snap segala stalagtit stalagnit dalam gua..entah ejaan betui ke dak tu..tak minat aku geografi.haha..
Antara scenary yang sempat aku snap diluar gua melepasi jambatan gantung.
Berhenti kejap je menikmati keindahan alam pastu kami berpatah balik. TQ Wan dengan Maktok sudi jadi model. Anaknda berdua dah meragam tak nak photoshoot.
Mulanya sebelum balik nak ke Padang Besar, tapi abah dan en suami macam keberatan nak kesana. Bagi alasan penat la esok abah nak berniaga tapi aku tau prospek sebenar depa takut poket rabak.hahaha.
Lepas pekena nasi kandaq perlis kami terus balik Alor Setar. Tak ke Padang Besar pun ok kot..lenguh dah kaki berkawad sepanjang hari..lagipun tak aim nak beli apa..barang sana pun sama je dekat mana-mana..dah takda murahnya sekarang ni.
8 comments:
wah bestnya, kami orang perlis pun balik perlis tak berkesempatan nak masuk lagi, dah lama sangat ni tak melawat Gua Kelam. ;)
Tak pernah jejak kaki ke Gua Kelam, selalu dengar aja. Dan baru tahu rupa2 nya ada kawasan mandi manda kat situ.
4 taun pakchaq kerja kat perlih/kedah.. selalu teringin nak pi gua kelam & taman ulaq...tapi tak pi pi... tak dan ja selalu... kami pi sana pun sat-sat ja.. tu yang tak dan tu..
Besaqnya dah Aiman.. baru darjah 3 kan dia.. nak sama tinggi ngan maktok dah..
Model cilik dah penat... model veteren pun jadi la....
Rindu dengan Gua Kelam tu.. teringat kenangan zaman sebelum jadi mak dara dulu.. hehehe..
betul tu.. brg kt pdg besar dh blh cri kat sakan j. hiks.. tp setakat nk usha kawasan blh la kot..
yp caye ke tak sambaq apa2 kalau dh p pdng besar..
eh.. eh..sya suka geografi. niat di hati msa form 6 nk smbung lgi tp cikgu tak galakkan ambil jurusan tu. huhuhu.
frust sangat
tak pa la anak2 ganti wan dgn tok jd model.. bila lg kan tok dgn wan nk posing..
ppsstt: pk cmna ? sihat ke.. lama x singgah. last entry hri tu pasai gadjet, kan.. skali mai bls komen dh entry kt perlis.. mesti dh oke kan sbb tu jjcm :)
Alhamdulillah masuk temister kedua ni dh makin kuat sikit..dh makin rajin dah..klu tak nk msk pun malas.asyik makan beli je.hehe..
Kalau hang yg dekat pun jarang sampai, mak ni lagilah hihi....Tak pernah sampai. Mak pun tak minat Geografi PK, so nampaknya jangankan menulis, gi Gua Kelam pun belum tentu termasuk dlm list ....
Kuat lahi noh atok ngan nenek berkawad
Besar juga ya Gua Kelam ni. Saya kalau bab-bab masuk gua ni memang seriau juga. Takut stalagtit stalagmite menimpa diri. Hahaha! Dasar penakut ni memang semua pun jadi alasan tau!
Tak meraung pulak Cik Pia masuk Gua Kelam ni. Adventurouslah nampaknya minah sorang ni!
Post a Comment