Jumaat tempohari kami dinner di D'Madinah Corner. Sebelum ni memang pernah pergi dekat Taman Sejati tapi susah sangat nak parking orang punya ramai tu yang kami tukar plan makan tempat lain. Pastu sampai kesudah tak berjodoh lagi nak merasa makanan western kat situ.
Sekarang depa dah buka cawangan area Laguna Merbok..lagi dekat dengan rumah, so kami ke cawangan baru sajalah. Aku bagi alamat kedua-dua cawangan ye.
D'Madinah Corner
Lorong 9 , Taman Sejati Indah, 08000,Sungai Petani, Kedah, Sungai Petani.
Ground Floor, 32, Lorong BLM 1/6, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.
D'Madinah ni memang menghidangkan makanan western sahaja. Tak banyak sangat menu dia cuma chicken chop, lamb chop, spageti, roti bakar tu je la rasanya. Kalau nak nasi boleh request, tu pun katanya ada nasi goreng sejenis tu saja kot.
Antara pakej menu jimat yang aku sempat snap.
Antara pakej menu jimat yang aku sempat snap.
Kalau order yang set, air dia bagi sejug. Boleh pilih sirap atau teh o ais. Masa kami sampai tu orang memang ramai, penuh meja tu yang lokasi pilihan agak kelam kurang pengcahayaan. Tangkap gambar pun kena on flash.
Air teh o dah sampai jom kita minum dulu!!
Kami order Set Kasih Sayang RM 35. Nak order yang family set rasa macam banyak sangat pulak. Tak sangka yang kasih sayang ni macam tak cukup. Dok tengok kat facebook nampak macam banyak. Portion dia tak banyak pun..padan la dengan harga kan. Set ni ada chicken chop 2 ketul..lamb chop pastu lain-lain menu sampingan macam gambar.
Set memang dihidangkan dalam talam. Piring kecik je dia bagi nak makan pun susah.huhu..Aku add on meatball spageti dah spageti habis pulak. Emm agak kecewa juga padahal belum pukul 10 kot masa tu. Nasiblah en suami ada order sate. Kalau tak memang tak kenyang. Makan untuk dua orang katanya.hehe
Overall bolehlah. Nak kata sedap sangat tu takdelah..boleh la tekak ni terima. Servis pun cepat even ramai orang. Tema pakaian pekerja agak interesting ikut syariah, yang lelaki berkopiah yang perempuan berjubah. Pemilik kedai melayu kenalah bagi sokongan kan. Pendek kata kalau takda pilihan sangat boleh la kot repeat makan sini lagi.hehe..
9 comments:
Kena ada yg mulakan pelayan pakai pakaian yg patuh syariah barulah ramai yg akan ikut. Bagus kakak suka cara dia.
LAgi suka pegi restoren yang tak banyak menu.. pening nak pilih kalau byk2
Si abang semakin tembam...hehe...
Boleh la cuba tmpt ni bila mai utara nnti. =D hihi
hsna penah pergi yg jln nak ke tikam batu tu.. sedap, murah tp kena laa dgn kuantitinya.. kami pilih asing² tak ambek set.. so mkn pon tak brapa kenyang.. huhuhu..
Set Kasih Sayang RM 35 ni utk org bercinta kot..
org bercinta mana makan banyak..
Kalau mak nak makan chiken chop kena sorang satu PK hihi...barulah kenyang. Tapi tengahari tu kena melahap nasi dengan ikan talapia sekor dulu haha....
Alamak teringinlah pulak nak makan westren ni weyh....
Betul tu setuju....org melayulah nak sokong org melayu kalau tak sapa lagi
bagus camni... jrg jumpa restoran y patuh pd adat bpakaian camni..
ok dah tu hdangan, boleh rasa belaka serba sikit
nasib ada mknn lain kan. dpt juga rasa serba sikit. k
jrg jrg jumpa restoren pakai gini.
Post a Comment